Liu Yoong Peng

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Liu Yoong Peng
Anggota Parlimen Malaysia
untuk Rawang
Dalam jawatan
1959–1964
Didahului olehkawasan baharu
Digantikan olehTunku Abdullah Tuanku Abdul Rahman
Butiran peribadi
LahirSelangor Rawang, Selangor

Liu Yoong Peng merupakan ahli politik Perikatan/ MCA di Malaysia. Beliau menang bertanding dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 1959 bagi kawasan Rawang, negeri Selangor (1958-1964). Kawasan Rawang, Sungai Choh, Batu Arang , Rasa dan sekitarnya banyak lombong bijih timah dan ladang getah yang didiami oleh kaum Cina dan India.


Ketika itu Perdana Menteri Malaysia ialah Tunku Abdul Rahman dan Timbalan Perdana Menteri ialah Tun Abdul Razak Hussein. Pilihan raya ini adalah yang pertama selepas merdeka 31 Ogos 1957. Pilihan raya umum Tanah Melayu 1959 ini cukup hebat kerana diadakan berperingkat-peringkat , bermula dari negeri Perlis hingga Kelantan. Ketika itu Sabah dan Sarawak belum menyertai / membentuk Malaysia. Kerusi Parlimen bertambah dari 52 (1955) kepada 104 kerusi (1959). Perikatan menang 74 kerusi dan pembangkang menang 30 kerusi.

Rujukan[sunting | sunting sumber]