Majlis Musyawarah Rakyat Sementara

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Majlis Musyawarah Rakyat Sementara (MPRS) adalah perintis Majlis Musyawarah Rakyat (MPR), dewan negara Republik Indonesia yang tertinggi. MPRS dibentuk berdasarkan perintah undang-undang dikeluarkan Presiden Sukarno pada 5 Julai 1959.

Tempoh 1960 - 1965[sunting | sunting sumber]

Susunan MPRS ditetapkan dalam Penetapan Presiden Nombor 2 Tahun 1959 seperti yang berikut:

  1. MPRS terdiri daripada anggota-anggota Dewan Perwakilan Rakyat Gotong Royong (DPR-GR) serta anggota-anggota tambahan yang terdiri daripada wakil-wakil Daerah Autonomi Tingkat I dan Golongan Karya, dengan jumlahnya ditetapkan oleh Presiden.
  2. Anggota-anggota tambahan dilantik oleh Presiden dan mengangkat sumpah menurut agama masing-masing di hadapan Presiden atau Ketua MPRS yang diberikan kuasa oleh Presiden.
  3. MPRS mempunyai seorang Ketua dan beberapa Timbalan Ketua yang dilantik oleh Presiden.

Jumlah anggota MPRS berdasarkan Keputusan Presiden Nombor 199 Tahun 1960 ialah 616 orang yang terdiri daripada 257 anggota DPR-GR, 241 orang wakil Golongan Karya, dan 118 orang wakil Daerah.

Susunan pimpinan[sunting | sunting sumber]

Perhimpunan Agung MPRS Pertama (1960)[sunting | sunting sumber]

Perhimpunan Agung MPRS Pertama yang diadakan di Bandung pada 10 November - 7 Disember 1960 menghasilkan dua ketetapan, iaitu:

  1. Ketetapan MPRS Nombor I/MPRS/1960 tentang Manifesto Politik Republik Indonesia sebagai Garis Kasar Haluan Negara (GBHN);
  2. Ketetapan MPRS Nombor II/MPRS/1960 tentang Garis Kasar Pola Pembangunan Nasional Sejagat Peringkat Pertama 1961-1969.

Perhimpunan Agung MPRS Ke-2 (1963)[sunting | sunting sumber]

Perhimpunan Agung MPRS Ke-2 yang diadakan di Bandung pada 15 - 22 Mei 1963 menghasilkan dua ketetapan, iaitu:

  1. Ketetapan MPRS Nombor III/MPRS/1963 tentang pelantikan Sukarno, ketua Revolusi Indonesia, sebagai Presiden Republik Indonesia Seumur Hidup;
  2. Ketetapan MPRS Nombor IV/MPRS/1963 tentang pedoman-pedoman pelaksanaan Garis Kasar Haluan Negara dan Haluan Pembangunan.

Perhimpunan Agung MPRS Ke-3 (1965)[sunting | sunting sumber]

Perhimpunan Agung MPRS Ke-3 yang diadakan di Bandung pada 11 - 16 April 1965 menghasilkan empat ketetapan, iaitu:

  1. Ketetapan MPRS Nombor V/MPRS/1965 tentang Mandat Politik Presiden/Ketua Revolusi/Ketua MPRS yang berjudul Berdiri di atas Kaki Sendiri (lebih dikenali sebagai "Berdikari") untuk pelaksanaan revolusi Indonesia dalam bidang politik, Pedoman Pelaksanaan Manifesto Politik dan Landasan Program Perjuangan Rakyat Indonesia;
  2. Ketetapan MPRS Nombor VI/MPRS/1965 tentang pertukaran haluan untuk berdikari dalam bidang ekonomi dan pembangunan;
  3. Ketetapan MPRS Nombor VII/MPRS/1965 tentang "Gesuri", "TAVIP" (Tahun Vivere Pericoloso), "Kebebasan Kelima Senjata Kita" dan "Era Konfrontasi" sebagai pedoman pelaksanakan Manifesto Politik Republik Indonesia;
  4. Ketetapan MPRS Nombor VIII/MPRS/1965 tentang Prinsip-prinsip Mesyuarat Untuk Mencapai Persetujuan Dalam Demokrasi Terpimpin sebagai pedoman kepada Dewan-dewan Musyawarah dan Perwakilan.

Tempoh 1966 - 1972[sunting | sunting sumber]

Tempoh 1959-1965 adalah tempoh yang penuh dengan pertentangan ideologi dalam sejarah kehidupan ketatanegaraan di Indonesia dan memuncak pada 30 September 1965 dengan peristiwa Gerakan 30 September (G-30-S).

Akibat berlogik daripada peristiwa pengkhianatan G-30-S/PKI, dasar-dasar yang telah diambil sebelumnya dalam kehidupan kenegaraan dibetulkan secara keseluruhan. Selepas pemberontakan G-30-S/PKI, Dewan MPRS yang pembentukannya berdasarkan Dekri Presiden 5 Julai 1959 dan selanjutnya disusun semula dengan Penetapan Presiden Nombor 2 Tahun 1959, namun Penetapan Presiden tersebut masih dipandang tidak memadai lagi.

Untuk memenuhi keperluan tersebut, langkah-langkah untuk membersihkan keanggotaan MPRS daripada unsur-unsur PKI harus diambil. Oleh itu, Undang-Undang Nombor 4 Tahun 1966 menegaskan bahawa MPRS harus menjalankan tugas-tugas dalam bidang kuasanya, sesuai dengan Perlembagaan 1945 sehingga Majlis Musyawarah Rakyat dibentuk melalui pilihan raya umum.

Susunan pimpinan[sunting | sunting sumber]

Perhimpunan Agung IV MPRS (1966)[sunting | sunting sumber]

Perhimpunan Agung MPRS Keempat yang diadakan di Stadium Utama Senayan, Jakarta antara 21 - 5 Julai 1966 menghasilkan 24 ketetapan, iaitu:

  1. Ketetapan MPRS Nombor IX/MPRS/1966 tentang surat-surat perintah Presiden/Panglima Tertinggi Angkatan Bersenjata Republik Indonesia/Ketua Revolusi /Ketua Majlis Musyawarah Rakyat Sementara Republik Indonesia;
  2. Ketetapan MPRS Nombor X/MPRS/1966 tentang kedudukan dan peranan semua Dewan Negara Tingkat Pusat dan Daerah, sebagaimana yang ditetapkan dalam Perlembagaan Republik Indonesia 1945;
  3. Ketetapan MPRS Nombor XI/MPRS/1966 tentang pilihan raya umum;
  4. Ketetapan MPRS Nombor XII/MPRS/1966 tentang penegasan semula dasar-dasar politik luar negeri Republik Indonesia;
  5. Ketetapan MPR Nombor XIII/MPRS/1966 tentang Kabinet Ampera;
  6. Ketetapan MPRS Nombor XIV/MPRS/1966 tentang pembentukan jawatankuasa-jawatankuasa ad hoc MPRS yang memerhatikan Dewan-dewan Negara, penyusunan pembahagian kekuasaan antara Dewan-dewan Negara menurut Perlembagaan 1945 dan penyusunan perincian hak asasi manusia;
  7. Ketetapan MPRS Nombor XV/MPRS/1966 tentang tata cara pelantikan Presiden dan pemilihan/pelantikan Timbalan Presiden;
  8. Ketetapan MPRS Nombor XVI/MPRS/1966 tentang pengertian Ketua MPRS;
  9. Ketetapan MPRS Nombor XVII/MPRS/1966 tentang Ketua Revolusi;
  10. Ketetapan MPRS Nombor XVIII/MPRS/1966 tentang kajian semula Ketetapan MPRS Nombor III/MPRS/1963
  11. Ketetapan MPRS Nombor XIX/MPRS/1966 tentang kajian semula hasil-hasil Perundangan Negara yang bukan hasil MPRS dan yang tidak sesuai dengan Perlembagaan 1945;
  12. Ketetapan MPRS Nombor XX/MPRS/1966 tentang Memorandum DPR-GR mengenai sumber tertib undang-undang Republik Indonesia dan tata urutan peraturan perundangan Republik Indonesia;
  13. Ketetapan MPRS Nombor XXI/MPRS/1966 tentang pemberian autonomi seluas-luasnya kepada ketua daerah;
  14. Ketetapan MPRS Nombor XXII/MPRS/1966 tentang parti politik, organisasi massa, dan perkaryaan.
  15. Ketetapan MPRS Nombor XXIII/MPRS/1966 tentang pembaharuan dasar-dasar ekonomi, kewangan, dan pembangunan;
  16. Ketetapan MPRS Nombor XXIV/MPRS/1966 tentang dasar pertahanan keamanan;
  17. Ketetapan MPRS Nombor XXIV/MPRS/1966 tentang pembubaran dan pengisytiharan Partai Komunis Indonesia sebagai sebuah pertubuhan haram di seluruh wilayah Republik Indonesia, serta larangan terhadap sebarang penyebaran atau pengembangan faham Komunis/Marxisme-Leninisme;
  18. Ketetapan MPRS Nombor XXVI/MPRS/1966 tentang pembentukan Jawatankuasa Pemerhati terhadap ajaran-ajaran Ketua Revolusi Bung Karno;
  19. Ketetapan MPRS Nombor XXVII/MPRS/1966 tentang agama, pendidikan dan kebudayaan;
  20. Ketetapan MPRS Nombor XXVIII/MPRS/1966 tentang dasar peningkatan kesejahteraan rakyat;
  21. Ketetapan MPRS Nombor XXIV/MPRS/1966 tentang pelantikan Pahlawan Ampera;
  22. Ketetapan MPRS Nombor XXX/MPRS/1966 tentang penarikan balik bintang "Maha Putera" Kelas III daripada Dipa Nusantara Aidit;
  23. Ketetapan MPRS Nombor XXXI/MPRS/1966 tentang penggantian gelaran "Paduka Yang Mulia" (P.Y.M) dengan gelaran "Bapa/Ibu" atau "Saudara/Saudari";
  24. Ketetapan MPRS Nombor XXXII/MPRS/1966 tentang pengembangan media massa.

Sidang Khas MPRS (1967)[sunting | sunting sumber]

Ketika Sukarno selaku Presiden Republik Indonesia merangkap Ketua MPRS menyampaikan ucapan kebertanggungjawapannya di hadapan Perhimpunan Agung MPRS Ke-4 pada tahun 1966, rakyat yang berasa telah dikhianati oleh peristiwa pemberontakan Gerakan 30 September Partai Komunis Indonesia mengharapkan penjelasan kebertanggungjawapannya terhadap pemberontakan tersebut dan susulannya serta kemunduran ekonomi dan akhlak. Namun ucapan kebertanggungjawapan Sukarno yang berjudul "Nawaksara" (Sembilan Aksara) ternyata tidak memuaskan MPRS sebagai pemberi mandat. Ketidakpuasan MPRS dikemukakan dalam Keputusan MPRS Nombor 5 Tahun 1966 yang meminta Presiden Sukarno melengkapkan ucapan kebertanggungjawapannya.

Walaupun kemudian, Presiden Sukarno memenuhi permintaan MPRS dalam suratnya bertarikh 10 Januari 1967 yang berjudul "Pelengkap Nawaksara", tetapi surat itu ternyata tidak dapat juga memenuhi harapan rakyat. Selepas membahas surat Presiden itu, pimpinan MPRS menyimpul bahawa Presiden Sukarno telah lalai dalam memenuhi kewajiban perlembagaannya.

Sementara itu, Dewan Perwakilan Rakyat Gotong Royong (DPR-GR) dalam ketetapan dan memorandumnya bertarikh 9 Februari 1967 menilai "Nawaksara" serta pelengkapnya dan berpendapat bahawa "Kepimpinan Presiden Sukarno dari segi perlembagaan, politik, dan ideologi membahayakan keselamatan bangsa, negara, dan Pancasila". Sehubungan dengan ini, DPR-GR meminta MPRS supaya mengadakan Sidang Khas untuk:

  • memberhentikan jawatan Presiden Sukarno sebagai Presiden Republik Indonesia serta Ketua MPRS;
  • memilih Leftenan Jeneral Suharto sebagai Presiden Republik Indonesia dan Ketua MPRS, sesuai dengan Fasal 3 dalam Ketetapan MPRS Nombor IX/MPRS/1966; dan
  • memerintahkan Badan Kehakiman supaya mengadakan pengamatan, penyiasatan, dan penuntutan di sisi undang-undang terhadap Sukarno.

Berdasarkan permintaan DPR-GR, MPRS mengadakan Sidang Khas di Stadium Utama Senayan, Jakarta antara 7 hingga 12 Mac 1967. Sidang Khas MPRS ini menghasilkan empat ketetapan, iaitu :

  1. Ketetapan MPRS Nombor XXXIII/MPRS/1967 tentang penyingkiran kuasa pemerintahan negara daripada Presiden Sukarno;
  2. Ketetapan MPRS Nombor XXXIV/MPRS/1967 tentang kajian semula Ketetapan MPRS Nombor I/MPRS/1960 yang berkaitan dengan Manifesto Politik Republik Indonesia sebagai Garis Kasar Haluan Negara;
  3. Ketetapan MPRS Nombor XXXV/MPRS/1967 tentang pemansuhan Ketetapan MPRS Nombor XVII/1966;
  4. Ketetapan MPRS Nombor XXVI/MPRS/1967 tentang pemansuhan Ketetapan MPRS Nombor XXVI/MPRS/1966.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]