Maktab Rendah Sains MARA Batu Pahat

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Koordinat: 1°55′10″N 102°52′00″E / 1.91958°N 102.86655°E / 1.91958; 102.86655

Maktab Rendah Sains MARA Batu Pahat
مكتب رنده ساءين س مارا باتو ڤاهت
Lokasi
Jalan Simpang Lima Parit Sulong
Batu Pahat, 83000, Johor
Malaysia
Maklumat
Nama lainMRSM Batu Pahat
Jenis sekolahPendidikan menengah
DitubuhkanMac 2002
StatusBeroperasi
PengetuaEn. Muhammad Kamal Bin Husain
Timb. Pengetua
Kecemerlangan Akademik
Pn. Zilawati Roslinda binti Mohd. Zain
Timb. Pengetua
Pembangunan Pelajar
En. Emirrudin bin Jaafar
Timb. Pengetua
Pembangunan Bakat
En. Ade Sukma bin Kamarudin
Sistem pendidikanSPMRSM Program Premier
BahasaBahasa Melayu, Bahasa Inggeris
SloganDiscipline Integrity Excellence
Nama alumniANSARA Batu Pahat
Laman sesawang
Kali terakhir dikemaskinikan: Disember 2022

Maktab Rendah Sains MARA Batu Pahat (singkatan: MRSM Batu Pahat) merupakan sebuah sekolah berasrama penuh di bawah institusi MRSM, yang dikelolakan oleh MARA. Ianya terletak di Kampung Separap, Batu Pahat, Johor. Kampus ini berkeluasan 50 ekar. Bagaimanapun, pembangunan MRSM Batu Pahat ini hanya meliputi 40 ekar sahaja dan yang selebihnya adalah untuk pembangunan akan datang.


Sejarah[sunting | sunting sumber]

Penubuhan maktab[sunting | sunting sumber]

Wujudnya MRSM Batu Pahat ini adalah atas usaha Datuk Ruhanie bin Hj. Ahmad iaitu Ahli Parlimen Parit Sulong. Majlis pecah tanah dan perletakan batu aras pembinaan MRSM ini telah disempurnakan pada 5 Oktober 1999 oleh Timbalan Perdana Menteri Malaysia pada ketika itu, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Kos keseluruhan projek MRSM ini menelan belanja hampir 46.0 juta iaitu 25.6 juta untuk kos pembinaan dan selebihnya kos tanah, perunding serta alatan dan kelengkapan.

Bangunan yang berkelengkapan conventional ini adalah direka oleh Arkitek DZJ & Associate dan telah dibina oleh Syarikat Kontraktor Bakti Insani Sdn.Bhd. Pembinaan MRSM ini mengambil masa selama 18 bulan dari September 1999 hingga April 2001.

MRSM Batu Pahat mula beroperasi pada 1 Mac 2002. Sebelum MRSM Batu Pahat bersedia mengambil pelajarnya, terlebih dahulu MRSM Batu Pahat telah mengambil pelajar tingkatan 1 pada tahun 2001. Pelajar-pelajar ini ditempatkan buat sementara di MRSM Mersing. Terdapat lima batch pada 2016.

Senarai pengetua[sunting | sunting sumber]

Lagu rasmi mrsm[sunting | sunting sumber]

Wahai putera puteri bangsaku
Ayuh segera menuju
Mengikut gerak langkah maju
Bersatu mencari ilmu

Di zaman sains dan teknologi
Negara perlukan jasamu
Janganlah rasa malas lagi
Bersama memegang teraju

Di Maktab Rendah Sains MARA
Tuntut ilmu jangan jemu
Ikrar taat setia pada guru
Berdisiplin selalu

Hari ini hari mulanya
Hari esok berjaya
Lengkapkan segala yang ada
Ke kuliah kita segera


Rujukan[sunting | sunting sumber]


Lihat juga[sunting | sunting sumber]