Maktab Rendah Sains MARA Langkawi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Maktab Rendah Sains MARA Langkawi
Moto Berdisplin, Berilmu, Beramal
Dirasmikan 1999
Jenis Maktab Rendah Sains MARA
Lokasi Jalan Ayer Hangat, Langkawi, Kedah, Malaysia
MRSM Langkawi
MRSM Langkawi

Maktab Rendah Sains MARA Langkawi (MRSM Langkawi) merupakan MRSM yang ke-25 ditubuhkan di Malaysia. Pembinaan MRSM ini telah dilhamkan oleh Perdana Menteri Malaysia yang ke-4 iaitu Tun Dr. Mahathir bin Mohamad. Seperti namanya, MRSM ini terletak di Langkawi, Kedah. Kedudukan MRSM Langkawi yang terletak di pinggir hilir bukit, memberikan susana yang aman, selesa, damai dan kondusif kepada para pelajar untuk belajar. MRSM ini terletak di Jalan Ayer Hangat dan juga hanya beberapa kilometer daripada pekan Kuah (bandar utama di Langkawi) meletakkan MRSM Langkawi di kedudukan yang strategik di Pulau Langkawi ini.

Sejarah penubuhan[sunting | sunting sumber]

MRSM Bitara Langkawi merupakan antara MRSM yang terbesar dan termahal di Malaysia dengan kos pembinaannya sebanyak RM 60 juta. MRSM ini dirancang dan dibina di bawah Rancangan Malaysia Ketujuh (RMK7).

MRSM Langkawi telah mula beroperasi pada bulan Februari 1999. Sesi pertama bermula pada 14 Mac 1999 dengan 350 pelajar dalam Tingkatan 1 (154 orang) dan Tingkatan 4 (198 orang). Program Minggu Suai Kenal pelajar pertama ini telah dirasmikan oleh Y.B. Dato’ Mustapa bin Mohamed. Perasmian MRSM Langkawi pula disempurnakan oleh DYMM Sultan Negeri Kedah Darul Aman Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah pada 7 Oktober 2000 bersamaan dengan 9 Rejab 1421 H.

Pada tahun 2008, taraf BITARA yang dipegang oleh MRSM Langkawi telahpun ditarik semula. Namun, pada tahun 2010, taraf berkenaan telahpun diberikan semula. Untuk keputusan SPM 2009 yang mana calon merupakan pelajar bukan BITARA, MRSM Langkawi berjaya merangkul tempat ke-7 antara MRSM dan juga tempat ke-13 bagi sekolah-sekolah seluruh Malaysia.

Kemudahan[sunting | sunting sumber]

Maktab ini dilengkapi dengan pelbagai bentuk kemudahan untuk pelajar dan juga staf. Antaranya adalah

  • Dewan Kuliah dengan kapasiti melebihi 150 pelajar
  • Bilik Tayangan
  • Bilik Bincang
  • Bilik Muzik
  • Tiga buah banglo untuk kediaman Senat
  • Kediaman guru
  • Lima blok asrama
  • Dewan makan
  • Surau ( terbahagi kepada dua tingkat dan penghawa dingin )
  • Bilik Badan Wakil Pelajar
  • Bilik Lembaga Disiplin Pelajar
  • Bilik Sedang Redaksi
  • Koperasi (terbahagi kepada empat seksyen ; Pejabat pentadbiran, runcit, dobi dan bahagian aktiviti pelajar)
  • Pusat sumber pembelajaran
  • Blok akademik (terdiri daripada blok tiga tingkat yang menempatkan 30 buah kelas, makmal sains, makmal matematik dan makmal bahasa)
  • Gelanggang Tennis
  • Gelanggang bola keranjang
  • Dua Padang bola sepak
  • Padang hoki
  • Gelanggang skuash
  • Gelanggang futsal
  • Gimnasium
  • Akuarium Fem
  • padang ragbi

Guru[sunting | sunting sumber]

Kediaman guru juga terletak di dalam MRSM ini. Guru-guru perintis MRSM Langkawi seramai 15 orang telah berpindah secara besar-besaran pada 3 Januari 2007. Mereka bertanggungjawab membina kecemerlangan, budaya dan kejayaan-kejayaan yang telah mengharumkan nama sekolah di peringkat kebangsaan terutama sekali dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Program Usahawan Muda dan Kuiz Sains Nasional.

Guru-guru Terkenal

  • Tn Hj Mohamad Anuar bin Mohd Yusoff
  • Encik Syed Zuhair
  • Encik Hassan bin Ghazalli (Pak Hasan)
  • Encik Anuar Asfandi (Sir Anuar)
  • Encik Yusmizal Yusof
  • Ustaz Khoeirul Fahmi
  • Ustazah Sofiah
  • Ustaz Fahmi
  • Encik Sanusi Hashim
  • Tn. Hj. Abdul Hamid

Kejayaan[sunting | sunting sumber]

MRSM Langkawi telah berjaya mencatat keputusan Sijil Pelajaran Malaysia 2007 yang cemerlang. MRSM Langkawi telah menempah nama sebagai yang terbaik seluruh Malaysia dengan GPS 1.446 dengan sebanyak 156 pelajar mendapat keputusan semua A dan 59 pelajar mendapat semua 1A. Manakala kejayaan diteruskan pada tahun 2008 yang mana, MRSM Langkawi, sekali lagi mendapat tempat pertama dalam Malaysia dengan keputusan GPS dengan keputusan 1.4041

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]