Maktab Rendah Sains MARA Kuching

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Koordinat: 1°37′12″N 110°20′41″E / 1.61995°N 110.34481°E / 1.61995; 110.34481

Maktab Rendah Sains MARA Kuching
مكتب رنده ساءين س مارا كوچيڠ
Lokasi
Q100 Jalan Sultan Tengah
Kuching, 93050, Sarawak
Malaysia
Maklumat
Nama lainMRSM Kuching
Jenis sekolahPendidikan menengah
DitubuhkanDisember 1993
StatusBeroperasi
PengetuaEn. Mohd Junaidi bin Julam
Timb. Pengetua
Kecemerlangan Akademik
Pn. Hamidah binti Ali
Timb. Pengetua
Pembangunan Pelajar
En. Mohd Gahffari bin Hamdan
Timb. Pengetua
Pembangunan Bakat
En. Mohd Firdaus bin Abdul Munir
Sistem pendidikanSPMRSM Program IGCSE
BahasaBahasa Melayu, Bahasa Inggeris
SloganA Tradition of Pride And Excellence
Nama alumniANSARA Kuching
Laman sesawang
Kali terakhir dikemaskinikan: Disember 2022

Maktab Rendah Sains MARA (singkatan: MRSM ) merupakan sebuah sekolah berasrama penuh di bawah institusi MRSM, yang dikelolakan oleh MARA. Ianya terletak di Kuching, Sarawak. MRSM Kuching dinamakan sedemikian kerana ia terletak dalam kawasan bandar raya Kuching. Maktab ini terletak berhadapan dengan kampus CIDB cawangan Sarawak, bersebelahan dengan Institut Kemahiran MARA (IKM). MRSM Kuching juga berlatarbelakangkan gunung legenda Negeri Sarawak iaitu Gunung Santubong. MRSM Kuching terletak kira-kira 40 km (atau 40 minit perjalanan) dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching.


Sejarah[sunting | sunting sumber]

Penubuhan maktab[sunting | sunting sumber]

Sejarah MRSM Kuching bermula pada awal tahun 1990-an apabila pihak kerajaan Negeri Sarawak bersetuju menyediakan sejumlah kawasan tanah untuk pembinaan MRSM pertama di Malaysia Timur. Pada September 1993 prasarana asas sebuah sekolah telah siap dibina dan telah diserahkan kepada pihak MARA pada Disember 1993 untuk menempatkan pelajar pada tahun berikutnya.

Kumpulan pertama pengajar sampai pada penghujung 1993 dan kedatangan mereka adalah secara berperingkat. Pada sesi pertama MRSM Kuching beroperasi (93/94), ia mempunyai seramai 16 orang pengajar termasuk seorang Pengetua.

Manakala pengambilan dan penempatan pelajar hanya bermula pada semester kedua sesi pertama (93/94) iaitu dengan pengambilan seramai 106 orang pelajar tingkatan satu. Jumlah ini tidak memenuhi kuota yang sepatutnya iaitu seramai 150 orang kerana penawaran yang lewat serta masalah prosedur antara Bahagian Pelajaran Menengah, Ibu Pejabat MARA dan Kementerian Pendidikan Malaysia


Lagu rasmi[sunting | sunting sumber]

Wahai putera puteri bangsaku
Ayuh segera menuju
Mengikut gerak langkah maju
Bersatu mencari ilmu

Di zaman sains dan teknologi
Negara perlukan jasamu
Janganlah rasa malas lagi
Bersama memegang teraju

Di Maktab Rendah Sains MARA
Tuntut ilmu jangan jemu
Ikrar taat setia pada guru
Berdisiplin selalu

Hari ini hari mulanya
Hari esok berjaya
Lengkapkan segala yang ada
Ke kuliah kita segera


Rujukan[sunting | sunting sumber]


Lihat juga[sunting | sunting sumber]