Maktab Rendah Sains MARA Merbok

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Maktab Rendah Sains MARA Merbok.jpg
MRSM Merbok
Astaka
Gelanggang Tenis
Surau
Tanda Arah
Dewan Selera

Maktab Rendah Sains MARA Merbok, Kedah merupakan Maktab Rendah Sains MARA yang ke-35 ditubuhkan. MRSM Merbok terletak kira-kira 15 km dari bandar Sungai Petani, Kedah, berhampiran pekan Merbok. Ia dibina di bawah Rancangan Malaysia Ke-8 (RMK8).

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Majlis perletakan batu asas MRSM Merbok telah disempurnakan oleh Tun Daim Zainuddin, Ahli Parlimen Merbok, pada 10 Oktober 2003. Kini, MRSM Merbok tersergam indah di atas tanah seluas 45.95 ekar (termasuk tanah yang belum dibangunkan), di kawasan Lembah Bujang, Merbok, Kedah Darul Aman.

Maktab Rendah Sains MARA Merbok mula beroperasi pada 3 Januari 2007. Pentadbirannya diketuai oleh seorang Pengetua dan dibantu oleh Penolong Pengetua Hal Ehwal Akademik dan Penolong Pengetua Hal Ehwal Pelajar serta seorang Penolong Pegawai Tadbir (Kanan). MRSM Merbok mempunyai 58 orang guru dan 30 orang staf pentadbiran pada ketika itu. Kumpulan pelajar perintisnya seramai 409 orang mula melapor diri pada 18 Mac 2007. Mereka terdiri daripada 123 orang pelajar tingkatan satu dan 286 orang pelajar tingkatan empat. Selain itu, pada 20 Mac 2007, MRSM Merbok menerima 356 orang pelajar MRSM Pengkalan Hulu yang ditempatkan sementara di sini. Kumpulan pelajar MRSM Pengkalan Hulu tersebut terdiri daripada 116 pelajar tingkatan satu dan 240 pelajar tingkatan empat.

Pada bulan Disember 2007 lebih seratus pelajar ting. 4 berpindah ke MRSM-MRSM lain. Calon SPM 2008 adalah seramai 423 orang. Pada semester 2 2007 Program Gempur Gemilang PMR dan SPM telah dilancarkan dengan sasaran 100% 1A SPM 2008 dan 100% A PMR 2009. Pada bulan Januari 2008, Pengetua Pn. Rohana bt. Mohd. Yunus mengumumkan sasaran MRSM Merbok menjadi MRSM no. 1 di Kedah pada SPM 2008.

Pada tahun 2009,MRSM Merbok telah memperolehi keputusan SPM yang membanggakan apabila mendapat menduduki tangga ke-8 dalam keputusan SPM 2008 seluruh MRSM Semalaysia.

Misi & visi[sunting | sunting sumber]

Visi

Menjadi pusat kecermelanagn pendidikan yang inovatif dan bertaraf dunia.

Misi

Menyediakan Pelajar Bumiputera Yang Berpotensi Tinggi Dalam Bidang Sains Dan Teknologi.

Warga pentadbir[sunting | sunting sumber]

Berikut adalah senarai warga pentadbir dari kalangan guru, staf dan pelajar:

Pengetua

  1. Puan Rohana (2007 - 2012)
  2. Tuan Haji Ahmad Nazir bin Lateh (2012 - sekarang)

Penolong Pengetua Hal Ehwal Akademik (PPHEA)

  1. En. Abd. Rahim b. Abd. Wahab (2007 - 2010)
  2. En. Shahariman b. Abdul Rahman (2011 - sekarang)

Penolong Pengetua Hal Ehwal Pelajar (PPHEP)

  1. En. Ariffin b. Bujang (2007 - sekarang)

Ketua-Ketua Jabatan

  1. Jabatan Bahasa  : Pn. Salmah bt. Junus (2011 - sekarang)
  2. Jabatan Sains  : En. Rosli b. Zain (2007 - sekarang)
  3. Jabatan Sains Sosial  : Ust. Mat Romli b Md Peah (2008 - sekarang)
  4. Jabatan Matematik  : En. Marzuki b. Mohamed (2007 - sekarang)

Ketua Warden

  1. En. Rizalmi b. Dahaman (2007 - 2008)
  2. En. Rozaidi b. Ishak (2008 - 2009)
  3. En. Razmi b. Mohd Idrus (2010 - 2011)
  4. En. Putra b. Mahmud (2011 - 2012)
  5. Ust. Muhd Hafiz b. Mad Zuki (2013 - sekarang)

Kaunselor

  1. Pn Noraim Bt. Abu Hassan (2009 - sekarang)
  2. Cik Ruslina Bt. Mat Lazin (2009 - sekarang)

Presiden Kelab Guru dan Kakitangan

  1. Ust. Mat Romli b. Md. Peah (Jan - Jul 2007)
  2. En. Mohd. Hafeiz b. Abu Zarin (Jul 2007 - sekarang)

Presiden Badan Wakil Pelajar (BWP)

  1. Hamidi B. Abd Aziz ('07/'08)
  2. Nur Ijazati Izni Bt. Abdul Razak ('08/'09)
  3. Azizi Afiq B. Mohd Zaki ('09/'10)
  4. Ahmad Daniel ('10/'11)
  5. Muhd Faeiz bin Mohd Shukri('11/'12)
  6. Muhammad Afiq bin Idris ('12/'13)
  7. Megat Muhammad Nurhan Bin Munir ('13/'14)

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]