Matlan Marjan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Matlan Marjan
Maklumat peribadi
Nama penuh Matlan bin Marjan
Posisi permainan Penyerang
Kerjaya remaja
1987-1988 Piala Presiden Sabah
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
1988-1995 Sabah
Pasukan kebangsaan
1991-1995 Malaysia
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik

Matlan Marjan (lahir pada 18 Oktober, 1968) merupakan bekas penyerang dan ketua pasukan bola sepak kebangsaan Malaysia dari Sabah. Dia mula mendapat perhatian apabila menjaringkan dua gol ketika perlawanan persahabatan antara Malaysia dan England pada 1991 [1][2].

Anak jati Kg. Timbang Dayang, Kota Belud, Sabah, Matlan merupakan salah seorang pemain bola sepak yang disegani dalam tahun 90-an. Beliau bukan sahaja disegani di negeri Sabah, malah beliau merupakan salah seorang pemain Malaysia yang cukup berpengalaman dan memiliki kemahiran yang cukup tinggi.

Ketika menyarung jersi kebangsaan dalam perlawanan menentang Flamengo XI, Matlan mencipta sejarah apabila menjadi pemain pertama dari Sabah dipilih untuk mengetuai pasukan negara. Dalam satu perlawanan persahabatan menentang England di Stadium Merdeka pada 12 Jun 1991, pasukan Malaysia tewas 4-2 kepada pasukan gergasi dunia itu. Namun, pasukan negara tidak pulang dengan tangan kosong tatkala Matlan menjaringkan dua gol untuk pasukan negara. Dia juga menyamai rekod 35 tahun Toni Fritsch apabila berjaya menembusi gawang England sebanyak dua kali selaku pemain yang membuat penampilan sulung diperingkat antarabangsa.[3]

Walau bagaimanapun, imej dan reputasi beliau dihancurkan oleh kesilapan beliau sendiri, apabila beliau bersama 4 orang rakan sepasukannya (pasukan Sabah) ditahan polis pada Jun 1995 atas tuduhan rasuah.[4] Pada waktu tersebut beliau baru berusia 26 tahun. Seterusnya beliau telah digantung seumur hidup dari mewakili pasukan negeri apatah lagi negara dan dibuang daerah ke Semporna, Sabah.[5] Sesungguhnya ini merupakan satu sejarah hitam dalam sejarah bola sepak negara dan patut dijadikan iktibar oleh semua pemain dan peminat bolasepak sejati.

Kini, Matlan masih lagi berkecimpung dalam dunia bola sepak. Kejayaan demi kejayaan yang tercipta membuatkan Matlan Marjan masih lagi disegani sehingga ke hari ini. Nama beliau masih lagi menjadi bualan ramai. Biarpun beliau terlibat dengan skandal rasuah bola sepak suatu ketika dahulu, namun kegigihan dan keikhlasan beliau untuk terus menyumbangkan pengalaman serta tenaga dalam dunia bola sepak masih lagi terserlah, terutama di kalangan belia. Beliau harus menjadi contoh terpenting dalam bola sepak negara seperti juga Allahyarham Mokhtar Dahari, Datuk Soh Chin Aun, Santokh Singh, dan Zainal Abidin Hassan.

Rujukan[sunting | sunting sumber]