Zainal Abidin Hassan
| Maklumat peribadi | |||
|---|---|---|---|
| Nama penuh | Zainal Abidin Hassan | ||
| Tarikh lahir | 9 November 1962 (50 tahun) | ||
| Tempat lahir | Selangor, Malaysia | ||
| Posisi permainan | Pertahanan, Penyerang | ||
| Maklumat kelab | |||
| Kelab terkini | Shahzan Muda (Jurulatih) | ||
| Kerjaya senior* | |||
| Tahun | Pasukan | Kmncln† | (Gol)† |
| 1980-1982 1983-1985 1986-1990 1991-1996 1997-1999 |
Selangor Pahang Selangor Pahang Selangor |
||
| Pasukan kebangsaan | |||
| 1980 - 1997 | |||
| Pasukan diurus | |||
| 2001 2004-2006 2006-2008 2009 2009- |
Malaysia B-17 Pahang Pahang (Pengurus) Shahzan Muda (Pengurus) Shahzan Muda |
||
| * Kemunculan kelab senior dan gol dikira untuk liga tempatan sahaja . † Kemunculan (Gol). |
|||
Zainal Abidin Hassan (lahir pada 9 November 1963) merupakan bekas pemain bola sepak yang terkenal pada era 1980-an dan 90-an di Malaysia. Beliau pernah bermain untuk pasukan Selangor, Pahang dan pasukan kebangsaan Malaysia. Anaknya Zaiza turut mengikut jejak langkahnya selaku pemain bola sepak.
Isi kandungan |
Latar Belakang [sunting]
Zainal Abidin Hassan di lahirkan pada 9 November 1962 di Selangor dan merupakan anak ke-11 daripada 12 orang adik-beradik. Bapa beliau merupakan seorang berketurunan Kenya dan ibunya merupakan orang tempatan. Beliau memulakan alam persekolahan di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Inggeris Jalan Padang Tembak (1), Kuala Lumpur dan melanjutkan ke Sekolah Menengah Maxwell.
Pembabitan Awal [sunting]
Bakat beliau dalam bola sepak mula terserlah apabila berjaya mewakili Selangor dalam kejohanan Majlis Sukan Sekolah-sekolah Malaysia (MSSD) kategori bawah 12 tahun, dan berjaya memperoleh tempat ketiga dalam kejohanan tersebut.
Di peringkat menengah pula, beliau mewakili Selangor dalam acara bola sepak dan sepak takraw. Pencapaian beliau di peringkat sekolah melayakan beliau untuk keperingkat kebangsaan dan antarabangsa. Hasilnya beliau dianugerahkan sebagai Olahragawan Terbaik peringkat menengah akibat sumbangan beliau dalam sukan. Beliau bertekad untuk menumpukan pada satu jenis sukan sahaja iaitu bolasepak
Sebagai Pemain [sunting]
Bersama Selangor [sunting]
Zainal memulakan kerjayanya sebagai pemain bola sepak pada 1980 berikutan kecemerlangan beliau dalam bola sepak di peringkat negeri. Dia bermain bersama dengan beberapa lagenda Malaysia seperti Soh Chin Aun dan allahyarham Mokhtar Dahari. Sebagai seorang yang mempunyai sosok tubuh yang tinggi, beliau diletakkan sebagai pertahanan bersama lagenda Santokh Singh. Beliau membantu Selangor memenangi Piala Malaysia dua tahun (1981,1982) berturut-turut. Perlawanan yang paling diingati beliau apabila berjaya mengejar setelah ketinggalan 2 jaringan untuk membantu Selangor menumbangkan Singapura dengan jaringan 4-2. Beliau kembali ke pankuan Selangor pada 1986 dan berjaya membenam Johor FA 6-1 pada final Piala Malaysia. Beliau kembali semula ke pangkuan Selangor pada 1997 hingga tamat karier beliau sebagai pemain.
Bersama Pahang [sunting]
Adat bola sepak, pasti ada yang berhijrah ke pasukan baru. Beliau menerima tawaran yang lumayan pada 1983 dan menyertai Pahang FA pada tahun tersebut. Beliau turut ditemani oleh pemain import dari Singapura seperti T. Pathmanathan dan R. Suriamorthy dalam pasukan. Hasilnya, Pahang berjaya merampas Piala Malaysia pada 1983. Status beliau sebagai pemain bervariasi terserlah apabila beliau diletakan sebagai penyerang dan berjaya menjadi penyerang yang paling digeruni di dalam kancah Liga Malaysia dan antarabangsa. Pada 1987, Zainal digandingkan bersama Dollah Salleh dan mendapat jolokan penyerang kembar oleh peminat tempatan. Ketika bersama Pahang, beliau berjaya membantu pasukan mendapat tempat ketiga dalam Liga Semi Pro 1991, juara pada 1992 serta juara Liga Perdana pada 1995.
Bersama Malaysia [sunting]
Pada 1996, Zainal membantu Malaysia mara ke perlawanan akhir Piala Tiger 1996 tetapi kecundang 0-1 kepada Thailand. Meskipun tewas, Zainal dianugerahkan selaku pemain paling bernilai (MVP) dalam kejohanan tersebut.
Sebagai Jurulatih [sunting]
Bersama Pahang [sunting]
Beliau menggantung bootnya pada 1999 dan terpilih untuk menjadi pengendali pasukan bawah 17 tahun Malaysia. Pada 2002,beliau dilantik sebagai penolong jurulatih pasukan senior Malaysia. Beberapa tahun kemudian, beliau dilantik menjadi penegndali pasukan Pahang. Kejayaan pertamanya ialah menjulang Pahang untuk memenangi Piala Liga Super Malaysia seterusnya menjulang Piala FA Malaysia pada 2006. Di tahun-tahun terakhirnya sebelum tamat kontrak, beliau bergabung semula dengan rakan sepasukannya dahulu, Dollah Salleh, sebagai pengendali bersama pasukan Pahang. Pabila kontraknya tamat secara rasmi, beliau menerima kontrak sebagai pengendali pasukan Shahzan Muda. Pada awalnya beliau memegang jawatan pengurus pasukan Shahzan Muda. Namun perpindahan Dollah Salleh ke Pahang mengizinkannya mengambil alih jawatan jurulatih pada 2009 hingga 2010. Beliau kembali menjadi pembantu jurulatih Pahang pada 2011.