McDonnell Douglas X-36

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
McDonnell-Douglas X-36
Boeing-X36-InFlight.jpg
X-36 semasa penerbangan
Peranan Pesawat eksperimen
Pengeluar McDonnell Douglas
Penerbangan sulung 17 Mei 1997

McDonnell Douglas X-36 merupakan sebuah pesawat penyelidikan pejuang lincah tanpa ekor. Ia merupakan sebuah pesawat jet prototaip berskala kecil yang direka untuk terbang tanpa memerlukan satah ekor seperti yang terdapat pada kebanyakan pesawat biasa.

Ringkasan[sunting | sunting sumber]

Bagi mengawal pesawat ini, sayap kanard hadapan akan digunakan selain aileron belahan dan muncung enjin tujahan termaju untuk mengawal arah. Pesawat X-36 adalah tidak stabil pada satah anggulan dan olengan, maka sistem kawalan terbang-dengan-wayar digital termaju digunakan bagi mengawal kestabilan pesawat.

X-36 bersaiz 28% berbanding skala pesawat pejuang dan ia dikawal oleh juruterbang melalui kokpit stesyen maya di darat. Penglihatan disediakan melalui kamera video yang dipasang pada hidung pesawat. Pesawat ini telah diterbangkan pertama kalinya pada 17 Mei, 1997, dan berjaya membuat 31 penerbangan penyelidikan. Ia boleh dikawal dengan baik, dan program ini dilaporkan memenuhi atau melepasi kesemua objektif projek.

Kadang kala pesawat ini merujuk kepada Boeing X-36, oleh kerana program ujian masih berlangsung apabila McDonnell Douglas bergabung dengan Boeing Company. Pada gambar sebelah, X-36 membawa lambang Boeing.

Pesawat ini telah dipamerkan di Muzium Kebangsaan Tentera Udara Amerika Syarikat di Pangkalan Tentera Udara Wright-Patterson berdekatan Dayton, Ohio pada 16 Julai, 2003, pada hari yang sama dengan pesawat Boeing Bird of Prey.

Potensi pembangunan[sunting | sunting sumber]

Pesawat X-36 yang berskala ini mewakili teori konfigurasi pesawat pejuang termaju. Kebolehan-kendalian yang tinggi dan stabil pada kedua penghujung lingkungan kelajuan menjadikan ia ideal untuk digunakan sebagai sebuah pesawat pejuang. Meskipun memiliki potensi keserasian, tiada pengumuman telah dibuat oleh Boeing atau mana-mana agensi kerajaan berkenaan membangunkan X-36 sebagai sebuah pesawat pejuang.

Spesifikasi (X-36)[sunting | sunting sumber]

X-36 3-view drawing.png

Ciri umum

Prestasi


Rujukan[sunting | sunting sumber]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Pembangunan berkaitan

Pesawat setanding

Senarai berkaitan

Pautan luar[sunting | sunting sumber]