F/A-18E/F Super Hornet

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
F/A-18E/F Super Hornet
FA-18 Hornet VFA-41.jpg
Sebuah pesawat F/A-18F Super Hornet milik Tentera Laut AS sedang melaksanakan misi di Teluk Parsi.
Peranan Pesawat pejuang pelbagai peranan
Pesawat pejuang-penyerang
Pengeluar McDonnell Douglas
Boeing Integrated Defense Systems
Penerbangan sulung 29 November 1995
Status Aktif
Pengguna utama Tentera Laut Amerika Syarikat
Tentera Udara Diraja Australia
Dikeluarkan 1999
Jumlah dibina 500 setakat April 2011[1]
Kos program Jumlah perolehan: AS$4.85 billion (sehingga FY2011)[2]
Kos seunit AS$55 juta (kos terbang pada 2011)[3][4][N 1]
Dibangunkan dari F/A-18 Hornet
Kelainan EA-18G Growler

Boeing F/A-18E/F Super Hornet ialah pesawat pejuang-penyerang supersonik yang beroperasi di atas kapal pengangkut pesawat. Pesawat F/A-18E/F Super Hornet adalah lebih besar dan lebih canggih berbanding pesawat F/A-18C/D Hornet. Pesawat Super Hornet mula berkhidmat dengan Tentera Laut Amerika Syarikat pada tahun 1999, bagi mengantikan pesawat F-14 Tomcat. Ia kini berkhidmat bersama-sama dengan pesawat asal F-18C/D Hornet. Pesawat Super Hornet telah dipesan oleh Tentera Udara Diraja Australia pada tahun 2007 untuk mengantikan angkatan pesawat F-111 yang telah usang.

Pembangunan[sunting | sunting sumber]

Permulaan[sunting | sunting sumber]

Pesawat Super Hornet adalah versi pesawat F/A-18C/D Hornet yang lebih besar dan maju. Versi awal dipasarkan oleh McDonnell Douglas sebagai Hornet 2000 dalam tahun 1980-an. Konsep pesawat Hornet 2000 adalah versi temaju pesawat F/A-18 dengan sayap yang lebih besar, fiuslaj yang lebih panjang untuk membawa lebih bahan api dan enjin yang lebih berkuasa.[5]

Pada awal tahun 1990-an, cabang udara Tentera Laut A.S menghadapi beberapa masalah. Program A-12 Avenger II yang mana bertujuan untuk mengantikan pesawat A-6 Intruders dan A-7 Corsair II yang telah usang, telah menghadapi masalah yang serius dan dibatalkan. Perang Teluk mendedahkan bahawa keupayaan serangan Tentera Laut A.S terbelakang berbanding dengan Tentera Udara A.S dalam aspek-aspek tertentu.

Dengan tiadanya program yang boleh memberi keputusan yang jelas sebelum tahun 2020, pembangunan terhadap reka bentuk sedia ada menjadi pilihan yang baik untuk dipertimbangkan. Sebagai pilihan pada program A-12, McDonnell Douglas mencadangkan program "Super Hornet" (atau pada awalnya, "Hornet II"), untuk dipertimbangkan pada 1980-an untuk memperbaiki model awal pesawat F/A-18,[6] dan bertujuan sebagai pilihan untuk mengantikan pesawat A-6 Intruder. Pesawat F/A-18E/F Super Hornet juga mempunyai jarak / berat muatan yang lebih baik berbanding pesawat A-7 Corsair yang mana pada asalnya bertujuan untuk digantikan dengan pesawat awal Hornet. Pada masa yang sama, tentera laut memerlukan angkatan pesawat pejuang pertahanan untuk mengantikan program NATF yang telah dibatalkan. Cadangan awal adalah untuk menggunakan pesawat F-22 Raptor versi untuk kegunaan tentera laut.

Beralih kepada Super Hornet[sunting | sunting sumber]

Pesawat F/A-18F menghasilkan "tabir bunyi".
Pesawat EA-18G Growler.
4 pesawat F/A-18F VFA-41 "Black Aces" terbang di Laut Pasifik dalam formasi stack pada tahun 2003. Perhatikan pod AN/ASQ-228 ATFLIR pada pesawat pertama dan ketiga, dan tangki simpanan berkembar pada pesawat keempat.

Pesawat Super Hornet pertama kalinya telah dipesan oleh Tentera Laut A.S pada tahun 1992. Tentera laut juga ingin menggunakan pesawat ini untuk mengantikan pesawat F-14 Tomcat yang telah berusia, membuatkan kesemua pesawat tempur tentera laut berasaskan pada model-model pesawat F/A-18 Hornet sehingga penerimaan pesawat F-35C Lightning II.[7] Tentera laut mengekalkan pengenalan F/A-18 untuk mendapatkan kelulusan Kongres sebagai program "terbitan" berisiko rendah, walaupun Super Hornet adalah merupakan sebuah pesawat baru dan memiliki sedikit persamaan aerodinamik dengan pesawat Hornet sebelumnya.[5] The Super Hornet did retain most of the avionic systems from the F/A-18C/D's then current configuration.[5]

Pesawat Super Hornet membuat penerbangan sulung pada 29 November, 1995.[5] Pengeluaran awal pesawat F/A-18E/F bermula pada tahun 1995, dan ujian penerbangan dilakukan pada tahun 1996. Pesawat F/A-18E/F melakukan pendaratan di atas kapal pengangkut pesawat pada tahun 1997.[5] Pengeluaran berskala kecil dimulakan pada bulan Mac 1997[8] dan pengeluaran penuh bermula pada bulan September 1997.[9] Ujian disambung sehingga tahun 1999, melengkapkan ujian di laut dan demonstrasi pengisian minyak di udara. Ujian melibatkan 3,100 ujian penerbangan merangkumi 4,600 jam penerbangan.[6] Super Hornet melakukan ujian operasi dan penilaian Tentera Laut A.S pada tahun 1999,[10] dan telah diluluskan pada bulan Februari 2000.[11] Tentera Laut A.S mempertimbangan perolehan pesawat Super Hornet yang mana memenuhi keperluannya iaitu kos, jadual penghantaran dan berat (di bawah 400 lb, 181 kg).[12]

Walaupun mempunyai persamaan tata rajah dan sistem, pesawat Super Hornet mempunyai banyak perbezaan dengan pesawat asal F/A-18 Hornet. Secara tidak rasmi, pesawat Super Hornet dikenali sebagai "Rhino" untuk membezakannya dengan model awal "warisan" Hornet. Rujukan "Rhino" sangat penting untuk operasi selamat penerbangan di atas kapal pengangkut. Sebagai contoh, krew dek penerbangan memasang set mekanisme pelembaban "Rhino" untuk mengukuhkan kabel penangkap secara betul bagi berat mendarat yang lebih tinggi bagi pesawat Super Hornet. Versi terkini termasuk pesawat satu tempat duduk F/A-18E dan 2 tempat duduk F/A-18F.

Pesawat Super Hornet telah mengambil alih tugas skuadron pesawat F-14 Tentera Laut A.S, ia juga mengambil alih misi yang dulunya dikendalikan oleh pesawat-pesawat A-6 Intruder, S-3 Viking, dan KA-6D. Versi untuk peperangan elektronik, EA-18G Growler, akan mengantikan pesawat usang EA-6B Prowler. Dalam Perang Vietnam, jenis opersi yang dilaksanakan oleh pesawat Super Hornet dijalankan oleh pesawat-pesawat A-1/A-4/A-7 (serangan ringan), A-6 (serangan sederhana), F-8/F-4 (pejuang), RA-5C (pengawasan), KA-3/KA-6 (penangki) dan EA-6 (peperangan elektronik). Adalah dianggarkan sebanyak A.S$1 bilion/setahun dapat dijimatkan ekoran penggantian pesawat-pesawat tersebut dengan pesawat Super Hornet.[13] Hanya peranan pesawat berkipas-turbo dan pesawat sayap berputar yang tidak di rangkumi oleh pesawat Hornet.

Pada 7 Mei, 2007, laporan mendedahkan jurutera menemui kecacatan reka bentuk pada pilon bawah sayap pesawat Super Hornet, yang mana boleh mengurangkan jangka hayat perkhidmatan pesawat sekiranya tidak dibaiki. Masalah ini telah diperbetulkan untuk pesawat baru dan bagi pesawat sedia ada ia akan dibaiki bermula pada tahun 2009.[14]

Pada awal tahun 2008, Boeing telah mengadakan perbincangan dengan tentera A.S dan Australia untuk mewujudkan pesawat Super Hornet Blok III, iaitu pesawat tingkat upaya generasi 4.75 dengan keupayaan tambahan halimunan, dan jarak yang lebih jauh, yang mana akan digantikan dengan pesawat generasi ke-6 pada tahun 2024.[15]

Reka bentuk[sunting | sunting sumber]

Reka bentuk pesawat Super Hornet telah melalui evolusi yang lebih ekstensif berbanding mana-mana pesawat tempur yang lain. Pesawat F-5 Freedom Fighter mendermakan platfom asas sayap, pangkal sayap besar yang dipanjangkan, dan muncung pesawat sebagai titik permulaan untuk pesawat pejuang ringan Northrop YF-17.[16] Pesawat YF-17 kemudian dibesarkan untuk menghasilkan pesawat pejuang pelbagai fungsi kelas pertengahan F/A-18, yang mana menyamai pesawat F-4 Phantom II sekiranya diukur dalam jarak, muatan dan persenjataan peluru berpandu. Pesawat Super Hornet 20% lebih besar, lebih 7000 lb (3000 kg) berat kosong, dan lebih 15,000 lb (6800 kg) berat maksimum jika dibandingkan dengan pesawat asal Hornet. Pesawat Super Hornet boleh membawa lebih 33% bahan api, meningkatkan jarak misi sehingga 41% dan ketahanan 50% berbanding pesawat "warisan" Hornet. Berat kosong Super Hornet adalah kira-kira 11,000 lb (5000 kg) kurang berbanding pesawat F-14 Tomcat.

Sistem avionik dan perisian pesawat Super Hornet mempunyai 90% persamaan dengan pesawat F/A-18C/D sedia ada. Fiuslag pesawat dipanjangkan kira-kira 34-inchi. Ia mempunyai 2 tenggekan tambahan senjata, menjadikannya berjumlah 11 tenggekan. Untuk operasi di atas kapal pengangkut pesawat, kira-kira 3 kali lebih muatan boleh dibawa oleh kapal. Pesawat Super Hornet boleh membawa sistem pengisi minyak ke pesawat lain.[17]

Misi-misi yang dilaksanakan[sunting | sunting sumber]

Pesawat F/A-18F sedang melakukan pendaratan.
  • Serangan siang/malam dengan senjata panduan tepat
  • Peperangan anti-udara
  • Kawalan pesawat
  • Sokongan dekat udara
  • Menumpaskan Pertahanan Udara Musuh (SEAD)
  • Serangan maritim
  • Pengawasan
  • Kawalan Udara Hadapan (Udara) (FAC(A))
  • Pengisian minyak di udara
  • Leaflet drops with Payload Delivery Unit 5 (PDU-5) containers[18]

Tentera Udara Diraja Australia[sunting | sunting sumber]

Pada 3 Mei, 2007 Kerajaan Australia memeterai kontrak perolehanan 24 buah pesawat F/A-18F untuk Tentera Udara Diraja Australia, bernilai A$2.9 bilion, sebagai pengantian jangka pendek untuk pesawat F-111 yang telah uzur.[19] Jumlah kos untuk latihan dan sokongan selama 10 tahun adalah A$6 bilion (AS$4.6 bilion).[20] Pesanan pesawat Super Hornet dibuat ekoran kebimbangan pesawat F-35 Joint Strike Fighter (JSF) tidak mungkin beroperasi apabila pesawat F-111 dibersarakan. Juruterbang tentera udara Australia dan pegawai tempur udara akan memulakan latihan di A.S pada tahun 2009, dan Skuadron No. 1 dan Skuadron No. 6 dirancang beroperasi sepenuhnya menggunakan pesawat F/A-18F dalam tahun 2010.

Pada 31 Disember, 2007, Kerajaan Parti Buruh Australia mengumumkan bahawa kerajaan akan menilai semula perolehan sebagai sebahagian rancangan perolehan pesawat pejuang TUDA yang lebih meluas, dengan kemungkinan perolehan pesawat F/A-18F akan dikurangkan ataupun dibatalkan. Alasan-alasan yang diberikan adalah kekhuatiran mengenai kesesuaian operasi, kekurangan proses penilaian yang betul, dan kepercayaan dalaman yang mengatakan pesawat pejuang jangka masa pendek adalah tidak diperlukan.[21]

Pada 17 Mac, 2008, kerajaan mengumumkan rancangan untuk memperoleh kesemua 24 buah pesawat F/A-18F akan diteruskan. Menteri Pertahanan, Joel Fitzgibbon mengatakan berdasarkan nasihat daripada pasukan penilai, kerajaan memutuskan bahawa menjadi keperluan untuk memperoleh pesawat Super Hornets, though they remained critical of the previous government's air power planning. Beliau mengulas lagi bahawa tiada pesawat lain yang bersuaian yang dapat dikeluarkan untuk memenuhi tarikh akhir pada tahun 2010 yang disetkan oleh kerajaan terdahulu untuk membersarakan pesawat F-111 dan tiada kemungkinan untuk memanjangkan tempoh perkhidmatan pesawat F-111 melepasi tarikh ini.[22]

Pengguna berpotensi[sunting | sunting sumber]

Boeing pada tahun 2002 telah membuat tawaran baru kepada kerajaan Malaysia iaitu pemilikan F/A-18F Super Hornet dan akan membeli semula F/A-18D Hornet yang sedia ada dalam inventori TUDM. Walaubagaimanapun, program pembelian Super Hornet ini tertangguh selepas kerajaan Malaysia memperuntukkan sebahagian belanjawan untuk membeli 18 buah pesawat Su-30MKM Flanker dari Rusia. Panglima TUDM, Jeneral Datuk Nik Ismail Nik Mohamed pada sidang media berkata, beliau tidak membayangkan Super Hornet telah digugurkan dari senarai pembelian TUDM sebaliknya menekankan, TUDM amat memerlukan pesawat sedemikian.[23]

Boeing turut berbincang mengenai pesawat Super Hornet dengan kerajaan Denmark dan Brazil pada awal tahun 2008. Pesawat Super Hornet adalah satu daripada beberapa pesawat pejuang yang ingin merebut peluang dalam pertandingan untuk mengantikan 48 buah pesawat F-16 Denmark.[24][25]

Pada bulan Oktober 2008, laporan menyebut bahawa Super Hornet telah dipilih sebagai salah satu daripada 3 calon akhir di dalam persaingan pesawat pejuang Brazil. Brazil telah meletakan keperluan awal sebanyak 36 buah pesawat, dengan potensi jumlah perolehan keseluruhan sebanyak 120 buah pesawat.[26][27]

Boeing telah menghantar cadangan untuk membekalkan pesawat di dalam persaingan bagi membekalkan Pesawat Tempur Pelbagai Peranan Sederhana (MMRCA) kepada India pada 24 April 2008. Versi Super Hornet yang telah ditawarkan kepada India dinamakan sebagai F/A-18IN. Ia akan dilengkapi dengan radar Raytheon APG-79 AESA.[28] Pada bulan Ogos 2008, Boeing telah menghantar cadangan usahasama penglibatan industri dengan syarikat-syarikat di India.[29] Super Hornet kemudian dihantar ke India untuk ujian medan pada 18 Ogos, 2009.[30]

Pada 10 Mac 2009, Boeing telah menawarkan pesawat Super Hornet untuk Program Pesawat Pejuang Generasi Baru Greece.[31]

Berdasarkan belanjawan bagi Tahun Kewangan 2010, Tentera Udara A.S telah dinasihatkan bagi menimbangkan penggunaan pesawat Super Hornet bagi mengelakkan kekosongan dalam pertahanan udara negara sementara menunggu ketibaan pesawat JSF.[32]

Kelainan[sunting | sunting sumber]

  • F/A-18E Super Hornet : versi satu tempat duduk
  • F/A-18F Super Hornet : versi 2 tempat duduk
  • EA-18G Growler : Versi peperangan elektronik bagi pesawat F/A-18F Super Hornet, dirancang untuk pengeluaran pada tahun 2008, dan di atur gerak pada 2009. Pesawat EA-18G akan mengantikan pesawat EA-6B Prowler.

Kelainan[sunting | sunting sumber]

  • F/A-18E Super Hornet: versi satu tempat duduk
  • F/A-18F Super Hornet: versi dua tempat duduk
  • EA-18G Growler: Versi peperangan elektronik bagi F/A-18F Super Hornet. Dihasilkan dalam pengeluaran berskala rendah pada tahun 2007, dan mula diaturgerak ke dalam armada pada tahun 2009. EA-18G akan mengantikan pesawat EA-6B Prowler.

Pengguna[sunting | sunting sumber]

Sebuah F/A-18F Super Hornet melakukan pergerakan mengelak di dalam satu pertunjukan kuasa udara.
Pesawat F/A-18F dari Skuadron VFA-106 Gladiator Tentera Laut A.S semasa di Pertunjukan Udara Paris 2007.
Australia Australia
Amerika Syarikat Amerika Syarikat
  • Tentera Laut Amerika Syarikat
    • Armada Pasifik
      • VFA-2 "Bounty Hunters" (F/A-18F)
      • VFA-14 "Tophatters" (F/A-18E)
      • VFA-22 "Fighting Redcocks" (F/A-18F)[33]
      • VFA-27 "Royal Maces" (F/A-18E)
      • VFA-41 "Black Aces" (F/A-18F)
      • VFA-102 "Diamondbacks" (F/A-18F)
      • VFA-115 "Eagles" (F/A-18E)
      • VFA-122 "Flying Eagles" (Skuadron Penggantian Armada, menggunakan F/A-18E/F)[34]
      • VFA-137 "Kestrels" (F/A-18E)
      • VFA-147 "Argonauts" (F/A-18E)
      • VFA-154 "Black Knights" (F/A-18F)
    • Armada Atlantik
      • VFA-11 "Red Rippers" (F/A-18F)
      • VFA-31 "Tomcatters" (F/A-18E)
      • VFA-32 "Swordsmen" (F/A-18F)
      • VFA-34 "Blue Blasters" (F/A-18E)
      • VFA-81 "Sunliners" (F/A-18E)
      • VFA-103 "Jolly Rogers" (F/A-18F)
      • VFA-105 "Gunslingers" (F/A-18E)
      • VFA-106 "Gladiators" (Skuadron Penggantian Armada, menggunakan F/A-18A/B/C/D/E/F)
      • VFA-136 "Knighthawks" (F/A-18E)
      • VFA-143 "Pukin' Dogs" (F/A-18E)
      • VFA-211 "Fighting Checkmates" (F/A-18F)
      • VFA-213 "Black Lions" (F/A-18F)
    • Unit Ujian dan Penilaian
      • VX-9 Vampires (Skuadron Ujian dan Penilaian Udara, menggunakan F/A-18E/F dan pesawat-pesawat lain)
      • VX-23 Salty Dogs (Skuadron Ujian dan Penilaian Udara, menggunakan F/A-18E/F dan pesawat-pesawat lain)
      • VX-31 Dust Devils (Skuadron Ujian dan Penilaian Udara, menggunakan F/A-18E/F dan pesawat-pesawat lain)
      • NSAWC (Naval Strike and Air Warfare Center), menerima F/A-18F, dan pesawat-pesawat lain)

Setiap skuadron memiliki jumlah standard sebanyak 12 buah pesawat.

Spesifikasi (F/A-18E/F)[sunting | sunting sumber]

Data dari fail fakta Tentera Laut A.S,[12] Aerospaceweb[35]

Ciri umum

  • Anak kapal: F/A-18E: 1, F/A-18F: 2
  • Panjang: 60 kaki 1¼ in (18.31 m)
  • Rentang sayap: 44 kaki 8½ in (13.62 m)
  • Tinggi: 16 kaki (4.88 m)
  • Sayap luas: 500 kaki² (46 m²)
  • Berat kosong: 30,564 lb (13,864 kg)
  • Berat berisi: 47,000 lb (21,320 kg) (dalam konfigurasi pesawat pejuang)
  • Berat berlepas maksimum: 66,000 lb (29,900 kg)
  • Loji kuasa:General Electric F414-GE-400 turbin kipas
  • Muatan bahan api dalaman: F/A-18E: 6,530 kg, F/A-18F: 6,145 kg
  • Muatan bahan api luaran: 5 tangki × 480 gelen, berjumlah 7,430 kg

Prestasi

Persenjataan

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Pembangunan berkaitan

Pesawat setanding

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. "Navy celebrates 500th Super Hornet, Growler delivery." U.S. Navy, 20 April 2011. Retrieved: 25 July 2011.
  2. "Analysis of the Fiscal Year 2012 Pentagon Spending Request." costofwar.com. Retrieved: 22 September 2011.
  3. "Department Of The Navy Fiscal Year (FY) 2012 Budget Estimates, Aircraft Procurement Vol. I, BA 1–4." Department of the Navy, February 2011, p. 33. Retrieved: 25 July 2011.
  4. 4.0 4.1 Capaccio, Tony. "Lockheed F-35 Program Faces $1 Billion Cut in U.S. Senate Spending Measure." Bloomberg, 16 December 2010. Retrieved: 11 May 2011.
  5. 5.0 5.1 5.2 5.3 5.4 Jenkins, Dennis R. F/A-18 Hornet: Kejayaan Tentera Laut. New York: McGraw-Hill, 2000. ISBN 0-07-134696-1.
  6. 6.0 6.1 Peristiwa penting program F/A-18E/F Super Hornet
  7. Young, J., Anderson, R., Yurkovich, R., AIAA-98-4701, "Huraian Proses Rekabentuk dan Rekabentuk pesawat F/A-18E/F", 7th AIAA/USAF/NASA/ISSMO Symposium on Multidisciplinary Analysis and Optimization, St. Louis, Missouri, 2-4 September 1998. (F/A-18E bertujuan untuk mengantikan A-6 dan F-14D)
  8. Pengeluaran berskala kecil pesawat F/A-18E/F Super Hornet diluluskan
  9. F/A-18E/F Super Hornet dikeluarkan
  10. Ulasan ujian penilaian dan operasi F/A-18E/F dan F-22 di hantar ke Jawatankuasa Perkhidmatan Bersenjata Senat, 22 Mac, 2000.
  11. DoD Taklimat khas berkenaan Keputusan Penilaian Operasi "Super Hornet"
  12. 12.0 12.1 12.2 12.3 F/A-18 US Navy fact file
  13. "The F/A-18E/F Super Hornet: Kuasa Udara Masa Depan pada Hari ini" (PPT). Persatuan Industri Pertahanan Kebangsaan. http://www.ndia.org/Content/ContentGroups/Divisions1/International/4202_Wallace.ppt. Capaian 2006-12-12. 
  14. Cavas, Christopher P. (2007-05-18). "Navy, Boeing downplay alleged F/A-18 problems". Navy Times. http://www.navytimes.com/news/2007/05/navy_boeing_superhornet_070517/. 
  15. Fulghum, David A. (2008-01-30). "Boeing merancang Pesawat Pejuang Generasi ke-6 dengan pesawat Super Hornet Blok 3". Aviation Week. http://www.aviationweek.com/aw/generic/story.jsp?id=news/6THG013008.xml&headline=Boeing%20Plans%20Sixth%20Generation%20Fighter%20With%20Block%203%20Super%20Hornet&channel=defense. Capaian 2008-02-17. 
  16. Artikel di Aviation Week berkenaan reka bentuk YF-17, 1974.
  17. Donald, David. Angkatan pesawat perang. AIRtime Publishing Inc, 2004. ISBN 1-880588-81-1.
  18. U.S.N. photo of PDU-5 leaflet drop
  19. Kontrak perolehan Super Hornet ditandatangani
  20. Australia akan memperoleh 24 buah F/A-18F Super Hornets
  21. Allard, Tom. "Axe set to fall on Nelson's fighters", The Sydney Morning Herald, 2007-12-31. Dicapai pada 2007-12-31. 
  22. Kerajaan meneruskan rancangan perolehan pesawat Super Hornets The Age, 3 Mac, 2008
  23. . "Rancangan pembangunan TUDM siap lebih awal", Utusan Malaysia, 16 April 2004.
  24. Chuter, Andrew. "Boeing mungkin akan membida untuk membekalkan pesawat pejuang kepada Denmark", defensenews.com, 13 Mac 2008.
  25. Logan, Tim. "Lebih banyak negara mengintai Super Hornet", St. Louis Post-Dispatch, 15 Mac 2008.
  26. Trimble, Stephen. "Brazil names three finalists for F-X2 contract, rejects three others", Flight International, 6 October 2008.
  27. "Boeing F/A-18E/F Super Hornet a Finalist in Brazil Fighter Aircraft Competition", Boeing, 1 October 2008.
  28. "Boeing menghantar cadangan untuk melengkapkan Tentera Udara India dengan pesawat pejuang Super Hornet", Boeing, 24 April 2008. Dicapai 29 April 2008.
  29. "Boeing Submits Combat Aircraft Industrial-Participation Proposal to Indian Government". Boeing, 4 August 2008.
  30. [1]
  31. "Boeing to Offer Super Hornet for Greece's Next-Generation Fighter Program". Boeing. Boeing. March 10, 2009. http://www.boeing.com/news/releases/2009/q1/090310b_nr.html. Capaian 2009-04-22. 
  32. Air Force urged to consider Navy F-18s
  33. Buliavac, Joseph M. "The aircrew of an F/A-18F Super Hornet, assigned to the "Fighting Redcocks" of Strike Fighter Squadron (VFA) 22, wait to launch from Catapult 3 during night flight operations." navy.mil, 2 December 2007. Retrieved: 16 August 2010.
  34. "CSFWP  Link." lemoore.navy.mil. Retrieved: 16 August 2010.
  35. Pesawat F/A-18E/F Super Hornet di laman web Aerospaceweb.org
  36. Pesawat F/A-18E/F Super Hornet di laman web FAS.org

Pautan luar[sunting | sunting sumber]


Ralat petik: Tag <ref> untuk kumpulan "N" ada tetapi tag <references group="N"/> yang sepadan tidak disertakan