AV-8 Harrier II
| AV-8B Harrier II | |
|---|---|
|
|
|
| Peranan | Pesawat penyerang V/STOL |
| Pengeluar | McDonnell Douglas / British Aerospace Boeing / BAE Systems |
| Penerbangan sulung | 9 November 1978 (YAV-8B) |
| Mula digunakan | 12 Januari 1985 (AV-8B) Jun 1993 (AV-8B+) |
| Pengguna utama | Kor Marin Amerika Syarikat Tentera Laut Sepanyol Tentera Laut Itali |
| Dikeluarkan | AV-8B/B+: 1981-2003[1] |
| Kos seunit | AS$ 6.7 juta (AV-8A) AS$ 30-35 juta pada 1997 (Harrier II Plus)[2] |
| Dibangunkan dari | Hawker Siddeley Harrier BAE Sea Harrier |
| Kelainan | BAE Harrier II |
McDonnell Douglas AV-8B Harrier II merupakan keluarga generasi kedua pesawat jet V/STOL pelbagai peranan pada akhir kurun ke-20. Firma British Aerospace bergabung kembali ke dalam projek ini pada awal 1980-an, dan telah diuruskan oleh Boeing/BAE Systems sejak tahun 1990-an.
Dibangunkan berdasarkan pesawat Hawker Siddeley Harrier, pesawat ini berperanan utama sebagai pesawat serangan ringan atau pelbagai peranan, kebiasaannya dioperasikan daripada kapal pengangkut pesawat kecil dan kapal penyerang amfibia. Pelbagai versi pesawat ini digunakan oleh negara-negara NATO, termasuk United Kingdom, Sepanyol, Itali, dan Amerika Syarikat.
Pesawat ini dikenali sebagai AV-8B Harrier II dalam perkhidmatan Kor Marin Amerika Syarikat dan Harrier GR7/GR9 dalam perkhidmatan British. Walaupun ia berkongsi angka penandaan yang sama dengan pesawat AV-8A/C Harrier yang terdahulu, AV-8B Harrier II secara ekstensif telah dibangunkan semula oleh McDonnell Douglas. Pesawat AV-8A adalah merupakan pesawat Hawker Siddeley Harrier GR.1A generasi awal yang dibekalkan kepada Kor Marin A.S. Model-model pesawat ini sering kali dipanggil sebagai "Harrier Jump Jet".
Isi kandungan |
[sunting] Spesifikasi (AV-8B+ Harrier II Plus)
Data dari Norden,[3] Aerospaceweb.org[4]
Ciri umum
- Anak kapal: 1
- Panjang: 46 kaki 4 in (14.12 m)
- Rentang sayap: 30 kaki 4 in (9.25 m)
- Tinggi: 11 kaki 8 in (3.55 m)
- Sayap luas: 243.4 kaki² (22.61 m²)
- Aerofoil: airfoil superkritical
- Berat kosong: 13,968 lb (6,340 kg)
- Berat berisi: 22,950 lb (10,410 kg)
- Berat berlepas maksimum:
- Beroleng: 31,000 lb (14,100 kg)
- Menegak: 20,755 lb (9,415 kg)
- Loji kuasa: 1× Rolls-Royce F402-RR-408 (Mk 105) turbofan tujahan vektor, 23,500 lbf (105 kN)
Prestasi
- Kelajuan maksimum: Mach 0.89 (662 bsj, 1,070 km/j) pada aras laut
- Jarak: 1,200 batu nautika (1,400 batu, 2,200 km)
- Jejari bertempur: 300 batu nautika (556 km)
- Jarak maksimum: 1,800 batu nautika (3,300 km)
- Kadar kenaikan: 14,700 kaki/min (4,485 m/min)
- Beban sayap: 94.29 lb/kaki² (460.4 kg/m²)
Persenjataan
- Meriam: 1× 25 mm meriam GAU-12U "Equalizer" (pod kiri) dan 300 butir peluru (pod kanan) (konfigurasi A.S/Sepanyol/Itali)
- Titik beban: 7 dengan 13,200 lb muatan persenjataan (STOVL), termasuk bom jatuhan bebas, bom rangkaian, kanister napalm, bom panduan laser, AGM-65 Maverick atau AGM-84 Harpoon, pod mensasar LITENING, sehingga 4x AIM-9 Sidewinder atau peluru berpandu inframerah yang sama saiz. Radar yang dipasang pada versi AV-8B+ boleh membawa sehingga 4x AIM-120 AMRAAM. Program tingkat upaya yang sedang dilakukan ke atas kerangka pesawat kini dengan perkakasan dan perisian persenjataan pintar berasaskan bus-1760 contohnya JDAM) muatan,
Avionik
- Radar APG-65
[sunting] Lihat juga
- Harrier Jump Jet, gambaran keseluruhan keluarga Harrier
Pembangunan berkaitan
Pesawat setanding
Senarai berkaitan
[sunting] Rujukan
- ↑ Norden 2006, Appendix A.
- ↑ Military aircraft prices
- ↑ Norden 2006, Appendix C.
- ↑ "AV-8B Harrier II". Aerospaceweb.org Aircraft Museum. http://www.aerospaceweb.org/aircraft/attack/av8/. Capaian 2006-10-29.
[sunting] Pautan luar
| Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan: AV-8B Harrier II |
- AV-8B Plus product page on Boeing.com
- AV-8B Harrier description and AV-8B Harrier II history page on Navy.mil
- RTP-TV AeroSpace Show: Video of Harrier Hovering
- Defense Industry Daily: AV-8B Harrier finding success in Iraq (30 March 2005)
- The Vertical Vision - a Pulitzer Prize winning article in three parts on the accident-prone Harrier published in 2002
|
||||||||||||||||||||||||||
|
|||||||||||||||||