Mohd Osman Mohd Jailu

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Yang Berhormat Kapten (B)

Mohd Osman Mohd Jailu
Osman-jailu.jpg
YB Mohd Osman Mohd Jailu

Ahli Dewan Undangan Negeri
Tempoh jawatan
2008 – kini

Assembly Member
for N14 Changkat Jering, Perak
Tempoh jawatan
2008 – kini

Parti politik Bebas
Pekerjaan Ahli politik, bekas tentera
Religion Islam
Laman web Portal Komuniti DUN Changkat Jering

Kapten (B) Mohd Osman Jailu merupakan ahli politik Malaysia berketurunan Melayu yang juga ADUN Bebas di negeri Perak, Malaysia. Sebelum ini beliau mewakili parti PKR Pilihan Raya Umum Malaysia 2008 pada 8 Mac 2008 dan menang di DUN Changkat Jering, Taiping, Perak. Berikutan kemenangan itu, kerajaan Pakatan Rakyat dibentuk di Perak.

Politik[sunting | sunting sumber]

Mohd Osman aktif dalam politik Parti Keadilan Rakyat dan teruja dengan perjuangan Anwar Ibrahim. Bakat kepimpinan beliau di dalam tentera sebagai kapten membolehkan beliau mendapat sokongan ramai di Changkat Jering - sebuah kawasan penempatan orang Melayu. Changkat Jering termasuk dalam parlimen Bukit Gantang.

Tuduhan rasuah[sunting | sunting sumber]

Di Mahkamah Sesyen Ipoh, Mohd Osman Jailu dan Jamaluddin Mohd Radzi dituduh menerima rasuah dan habuan seks ketika menjadi Exco kerajaan negeri Perak.

Menjadi Adun Bebas[sunting | sunting sumber]

Krisis demi krisis berlaku selepas beliau, Jamaluddin Mohd Radzi dan Hee Yit Fong menyebelahi Barisan Nasional dengan menjadi Adun Bebas. Mereka bertiga tidak menyertai parti UMNO atau MCA, sebaliknya hanya menjadi ahli Bebas sahaja bagi mengelakkan isu perundangan dan kepentingan. Setelah mereka melompat parti, kerajaan Barisan Nasional dibentuk semula di Perak. Ahli-ahli perundangan berpendapatan pembentukan kerajaan negeri ini tidak mengikut prosedur perundangan . Mereka bertiga telah menandatangani surat akuan tanpa tarikh yang akan meletak jawatan jika melompat parti. Sepatutnya DUN Changkat Jering dan Behrang dibubarkan dan pilihan raya kecil diadakan semula.

Sejak Februari 2009, beliau menerima dana hampir RM1 juta pada 2009 berbanding hanya RM275,000 ketika menjadi ADUN Pakatan Rakyat.Peruntukan hampir RM1 juta digunakan untuk pelbagai projek di DUN Changkat Jering.Semasa menjadi ADUN Pakatan Rakyat, beliau hanya dapat RM75,000 sebagai wakil rakyat dan RM200,000 sebagai Exco Kerajaan Negeri Perak.

Pada 28 Oktober 2009, Persidangan DUN Perak akan diadakan di Ipoh, Perak. Persidangan ini menimbulkan beberapa isu perundangan kerana beberapa pertikaian belum diselesaikan secara hitam putih. Osman dan Jamaluddin dikatakan berkira-kira untuk menyertai semula PKR dengan dakwaan tidak berpuas hati dengan BN. Tetapi mereka segera menafikannya kerana berpuashati dengan peruntuhan yang diberikan oleh kerajaan negeri dan kerajaan persekutuan.YB Osman berkata bahawa menerima dana hampir RM1 juta tahun ini berbanding hanya RM275,000 ketika menjadi ADUN Pakatan Rakyat dan tambahan ini membantunya memulihkan sokongan masyarakat kepadanya.[1]

Kesahihan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar Perak akan ditentukan oleh mahkamah.Sidang DUN pada 28 Oktober 2009 akan meluluskan Bajet Perak 2010 yang akan dibentangkan oleh Menteri Besar BN Datuk Seri Zambry Abdul Kadir.[2]

Rujukan[sunting | sunting sumber]