Naftalena

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Naphthalin ialah satu sebatian organik dengan formula kimia C10H8.Ianya merupakan sebatian PAH(policyclic aromatic hidrokarbon) yang teringkas dan merupakan satu pepejal putih pada suhu dan tekanan piawai.Disebabkan baunya yang sangat hancing,Naphthalin boleh dikesan walaupun pada konsentrasi yang rendah!.Naphthalin digunakan untuk menghasilkan ubat gegat.

Sejarah penemuan[sunting | sunting sumber]

Pada awal tahun 1820,dua orang ahli kimia telah menulis di dalam laporan mereka bahawa melalui proses penyulingan tar batu arang satu pepejal putih yang mempunyai bau yang hancing boleh dihasilkan.Pada tahun 1821,John Kidd pula memperincikan sifat-sifat dan cara penghasilan pepejal putih itu(Naphthalin).Formula kimia sebatian organik ini telah ditentukan atau ditetapkan oleh Michael Faraday.Manakala teori bahawa naphthalin mempunyai struktur yang terhasil daripada gabungan dua benzena telah diusulkan oleh Emil Erlenmeyer pada tahun 1866 dan teori itu telah disahkan betul oleh Carl Gräbe tiga tahun selepas itu.

Penghasilan[sunting | sunting sumber]

Naphthalin kebiasaanya dihasilkan daripada tar batu arang.Pada tahun 60-an hingga 90-an,sejumlah besar naphthalin telah dihasilkan daripada petroleum tetapi pada masa kini hanya sedikit sahaja kuantiti naphthalin yang dihasilkan daripada petroleum.Proses penyulingan tar arang batu menghasilkan satu minyak yang mengandungi 50% naphthalin dan sebilangan kecil hidrokarbon lain di dalamnnya.Sebelum minyak ini ditapis secara berperingkat untuk mendapatkan naphthalin,minyak ini perlu di'basuh' dengan natrium dioksida untuk menghilangkan komponen-komponen yang berasid dan juga asid sulfurik untuk meghilangkan komponen-komponen yang beralkali pada minyak tersebut.