Nasir Al-Din Al-Tusi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Cendekiawan Islam
Zaman Kegemilangan Islam
Al-Tusi Nasir.jpeg
Nama: Nasir al-Din al-Tusi
Gelaran:
Lahir: 16 Februari 1201 atau 11 Jamadil Awal 597 H
Wafat: 25 Jun 1274 atau 18 Zulhijah 672 H
Mazhab: Jaafari
Etnik: Parsi
Rantau: Parsi
Bidang: Teologi, Falsafah, Matematik, Astronomi, Perubatan
Idea utama: Trigonometri Sfera, Gandingan Tusi
Pengaruh: Ibnu Sina, Fakhruddin al-Razi
Diilhami: Qutib al-Din al-Shirazi


Nasir Al-Din Al-Tusi (12011274) adalah ahli sains Islam Syiah berkebangsaan Iran yang dikenali sebagai ahli falsafah, matematik, astronomi, teologi, serta pakar perubatan dan penulis, iaitu beliau adalah seorang pakar dalam pelbagai bidang.

Biografi[sunting | sunting sumber]

Dilahirkan di Tous, Khorasan, Iran, Nasir memulakan pendidikannya pada masa awal lagi. Di Tous, beliau mengaji al-Quran, Hadis, dan jurisprudens Syiah, serta belajar bahasa Arab, logik, falsafah, matematik, perubatan, dan astronomi. [1] Ketika masih muda, beliau berpindah ke Nishapur untuk belajar falsafah di bawah Farid al-Din Damad, dan matematik di bawah Muhammad Hasib. [2]

Apabila tentera Genghis Khan menyerang tanah airnya, Nasir melarikan diri untuk menyertai orang-orang Ismaili dan membuat sumbangannya yang terpenting dalam bidang sains pada masa itu, ketika berpindah-pindah dari satu kubu ke kubu yang lain. Akhirnya, beliau menyertai Hulagu Khan, anak Genghis Khan, selepas serangan kota kubu Alamut milik puak Hashshashin oleh angkatan tentera Mongol.

Hulagu Khan, pemerintah Mongol, membina sebuah balai cerap untuk Nasir di Maragheh, sebuah kota di barat laut Iran. Nasir dianggap sebagai ahli astronomi pertama daripada Pusat Pengajian Maragheh yang membuat sumbangan yang penting kepada bidang astronomi. Antara ahli-ahli Pusat Pengajian ini yang terkenal ialah Mu’ayyad al-Din al-’Urdi dan Qutb al-Din al-Shirazi.

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Nasir mencipta jadual-jadual pergerakan planet yang persis, seperti yang digambarkan dalam bukunya, Zij-i ilkhani (Jadual-jadual Ilkhani). Buku ini mengandungi nama-nama bintang, serta jadual astronomi untuk menghitung kedudukan planet. Sistem planetnya merupakan sistem yang paling maju pada zamannya dan digunakan secara meluas sehingga perkembangan model heliosentrik pada zaman Copernicus. Antara Ptolemy dan Copernicus, Nasir dianggap sebagai ahli astronomi yang paling unggul pada masanya.

Nasir Al-Din Al-Tusi

Nasir merupakan orang pertama untuk mengolahkan trigonometri sebagai satu bidang matematik yang berasingan. Dalam bukunya, Karya mengenai Sisi Empat, beliau merupakan orang pertama untuk menyenaraikan enam kes yang berbeza bagi segi tiga sudut tegak dalam trigonometri sfera. Nasir mereka teknik geometri yang dipanggil Gandingan Tusi untuk model-model planetnya yang menjanakan gerakan linear daripada jumlah dua gerakan bulat. Beliau juga menghitung nilai sebanyak 51" untuk liukan tahunan ekuinoks dan menyumbang kepada sebilangan pembinaan dan penggunaan alat astronomi, termasuk astrolab. Nasir memberikan penjelasan pertama tentang seluruh sistem trigonometri sfera dan satah yang masih wujud pada hari ini. Beliau juga banyak menulis tentang biologi dan merupakan salah satu perintis untuk sejenis evolusionisme dalam pemikiran saintifik. [1]

Sebuah kawah berdiameter 60 kilometer yang terletak di hemisfera selatan bulan dinamakan sempenanya sebagai "Nasireddin".

Nota[sunting | sunting sumber]

  1. Dabashi, Hamid. "Khwajah Nasir al-Din al-Tusi: The philosopher/vizier and the intellectual climate of his times". Routledge History of World Philosophies. Vol I. History of Islamic Philosophy. Seyyed Hossein Nasr and Oliver Leaman (eds.) London: Routledge. 1996. p. 529
  2. Siddiqi, Bakhtyar Husain. "Nasir al-Din Tusi". A History of Islamic Philosophy. Vol 1. M. M. Sharif (ed.). Wiesbaden:: Otto Harrossowitz. 1963. p. 565

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]