Nebula Carina

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Panorama Nebula Carina

Koordinat: Peta langit 10h 45m 08.5s, −59° 52′ 04″

Nebula Carina (juga dikenali sebagai Nebula Agung Carina, Nebula Carina Rta, atau NGC 3372) ialah sebuah nebula cerah yang mengelilingi beberapa bintang gugusan terbuka. Dua daripada bintang terbesar galaksi kita, Eta Carinae and HD 93129A, terangkum dalam nebula ini. Nebula Carina dianggarkan terletak antara 6,500 dan 10,000 tahun cahaya dari Bumi. Ia kelihatan di dalam buruj Carina, dan terletak pada Lengan Carina–Sagittarius. Nebula ini mengandungi berbilang bintang jenis-O.

Nebula Carina merupakan satu daripada nebula resap yang kelihatan di langit. Walaupun ia lebih kurang empat kali ganda lebih besar dan lebih cerah daripada Nebula Orion, nebula ini kurang terkenal kerana kedudukannya di Hemisfera Selatan. Ia ditemui dari Tanjung Harapan oleh Nicolas Louis de Lacaille pada tahun 1751–52.

Objek di dalam Nebula Carina[sunting | sunting sumber]

Eta Carinae[sunting | sunting sumber]

Eta Carinae ialah bintang hiper-raksasa yang amat cerah. Jisimnya dianggarkan antara 100 ke 150 kali jisim Matahari, dan kekilauannya (luminositi) lebih kurang empat juta kali kekilauan Matahari ataupun Suria.

Buat masa ini objek ini merupakan bintang berjisim paling tinggi yang dapat dikaji secara terperici. Terdapat beberapa bintang yang mungkin lebih berkilau dan mempunyai jisim yang lebih besar daripada Eta Carinae, akan tetapi data berkaitan mereka kurang teguh. (Kaveat: memandangkan contoh-contoh "bintang berjisim paling tinggi" seperti Bintang Pistol sudah diturunkan tahap berikutan kemunculan data baharu, senarai-senarai "bintang berjisim paling tinggi" harus dibaca dengan berhati-hati. Dalam tahun 2006, Eta Carinae masih memiliki luminositi yang disahkan yang tertinggi berdasarkan data yang diperoleh dari julat panjang gelombang yang luas).

Bintang-bintang yang jisimnya lebih daripada 80 kali ganda jisim Suria mengeluarkan cahaya yang sejuta kali lebih banyak daripada Suria. Bintang sedemikian jarang terjumpa —hanya beberapa dozen dalam galaksi sebesar galaksi kita— dan bintang-bintang ini berhadapan malapetaka apabila menghampiri had Eddington, yakni tekanan ke luar sinaran mereka hampir cukup kuat bagi menangani graviti. Bintang-bintang yang jisimnya melebihi 120 jisim suria melewati had teori Eddington, dan daya graviti mereka hanya cukup-cukup bagi mengawal sinaran dan gas. Keadaan ini memeungkinkan terjadinya supernova atau hipernova pada masa mendatang.

Kesan Eta Carinae terhadap nebula dapat dilihat secara langsung. Globul gelap dan juga objek yang kurang kelihatan dalam imej di atas mempunyai ekor yang menghala keluar dari bintang itu. Seluruh nebula kelihatan amat berlainan sebelum Ledakan Kuat yang berlaku pada tahun 1840-an menyelubungi Eta Carinae dengan debu, dan dengan itu mengurangkan jumlah cahaya ultraungu yang diletakkan ledakan itu ke dalam nebula.

Nebula Homunculus[sunting | sunting sumber]

Terkandung di dalam nebula cerah yang besar itu ialah sebuah objek yang lebih kecil, yang mengelilingi Eta Carinae sendiri. Nebula kecil ini dikenali sebagai Nebula Homunculus (daripada Latin, bermaksud Orang Kecil), yang dipercayai telah diusir dalam satu ledakan yang amat besar pada tahun 1841 yang buat seketika waktu menjadikan Eta Carinae bintang yang kedua paling cerah di langit.

"Gunung Mistik". Gunung debu dan gas menaik dalam Nebula Carina. Bahagian atas tiang hidrogen sejuk setinggi tiga tahun cahaya dihakis oleh sinaran bintang berdekatan, sementara bintang di dalam tiang itu melepaskan pancutan gas yang mengalir dari puncak-puncak gunung.

Nebula Lubang Kunci[sunting | sunting sumber]

Sebahagian Nebula Carina disebut Nebula Lubang Kunci ("Keyhole Nebula"), gelaran yang diberikan oleh John Herschel dalam abad ke-19. Nebula Lubang Kunci sebenarnya kepulan molekul sejuk dan debu yang lebih kecil dan gelap, yang mengandungi filamen cerah terdiri daripada bebayang bentuk gas panas pendafluor yang berlatarkan nebula yang lebih cerah. Garis bulatan Lubang Kunci lebih kurang 7 tahun cahaya.

Gunung Mistik[sunting | sunting sumber]

"Gunung Mistik" merupakan imej tiang debu-gas di dalam Nebula Carinae yangdirakamkan oleh Teleskop Angkasa Hubble pada hari ulang tahun kedua puluh teleskop tersebut. Rantau itu dicerap oleh Kamera Lapangan Luas 3 Hubble pada 1–2 hb Februari 2010. Tiang berukuran tiga tahun cahaya; bintang-bintang nasen di dalam tiang tersebut mengeluarkan pancutan gas yang keluar dari puncak-puncak tinggi.

Galeri[sunting | sunting sumber]

Jom berkunjung ke Nebula Carina!!
Carina Nebula.
Video ini bermula dari pandangan lapangan lebar buruj Carina (Lunas), dan kemudian zum masuk kepada wilayah Nebula Carina.
Jujukan zum ini bermula dengan pandangan lebar Bima Sakti dan kemudian ia zum masuk kepada Nebula Carina. Pada jujukan terakhir kita lihat imej baharu yang diambil menggunakan cahaya inframerah dengan camera HAWK-I Very Large Telescope ("Teleskop Amat Besar") ESO. Banyak objek yang terdahulunya tersorok, yang bertaburan di atas lanskap hebat dan menakjubkan terbentuk daripada gas, debu dan bintang muda, kini dapat dilihat.
Jujukan video ini membandingkan pandangan Nebula Carina yang dirakam dalam cahaya nampak dengan sebuah gambar baharu yang dirakam dengan cahaya inframerah. Paparan cahaya nampak hasilan teleskop MPG/ESO 2.2-metre di La Silla Observatory dan gambar inframerah hasilan kamera HAWK-I Teleskop Amat Besar (VLT) ESO. Banyak binaan baharu yang tidak kelihatan dalam cahaya nampak dapat dilihat dengan terperinci dalam imej baharu dan tajam hasilan VLT.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Templat:RCW

Templat:Caldwell catalogue