Northrop Corporation

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Northrop
Nasib Bergabung dengan Grumman
Pengganti Northrop Grumman
Ditubuhkan 1939
Dibubarkan 1994
Ibu pejabat Hawthorne, California

Northrop Corporation merupakan sebuah pengeluar pesawat terkemuka dari Amerika Syarikat. Syarikat ini telah ditubuhkan pada tahun 1939 tetapi telah bergabung dengan Grumman pada tahun 1994 bagi membentuk syarikat Northrop Grumman. Syarikat ini dikenali atas pembangunan rekabentuk sayap terbang, walaubagimanapun hanya sebilangan kecil sahaja yang memasuki perkhidmatan.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Jack Northrop telah menubuhkan tiga buah syarikat dengan menggunakan nama beliau. Syarikat beliau yang pertama adalah Avion Corporation yang ditubuhkan pada tahun 1927, yang mana kemudian diserap pada tahun 1929 oleh United Aircraft and Transport Corporation sebagai sebuah anak syarikat yang dinamakan sebagai "Northrop Aviation Corporation". Syarikat induk kemudian memindahkan operasi ke Kansas pada tahun 1931, dan oleh itu Jack, bersama-sama Donald Douglas, menubuhkan syarikat "Northrop Corporation" yang bertempat di El Segundo, California. Syarikat ini mengeluarkan beberapa rekabentuk pesawat yang berjaya seperti Northrop Gamma dan Northrop Delta. Walaubagimanapun, kesukaran mendapatkan pekerja membawa kepada pembubaran syarikat ini oleh Douglas pada tahun 1937, dan kilang pengeluarannya menjadi Divisyen El Segundo bagi Douglas Aircraft.

Northrop masih lagi mengimpikan syarikat beliau sendiri, dan pada tahun 1939 menubuhkan syarikat "Northrop Corporation" berdekatan dengan Hawthorne, California, sebuah tapak yang dicari oleh pengasas bersama Moye Stephens. Syarikat ini berjaya bertahan sehingga tahun 1994. Pengeluaran pesawat-pesawat P-61 (pejuang malam), B-35 dan YB-49), pesawat pemintas F-89, peluru berpandu balistik antara benua Snark dan F-5 Freedom Fighter (dan terbitannya, seperti T-38) telah dibangunkan dan dibina di sini.

Kejayaan besar pesawat F-5 mengakibatkan Northrop menghabiskan sepanjang tahun 1970-an dan 1980-an dengan cuba menyalin kejayaan ke atas rekabentuk pesawat pejuang ringan. Percubaan pertama mereka bagi memperbaiki F-5 adalah N-300, yang mana memiliki enjin yang lebih berkuasa dan mengalih sayap ke kedudukan lebih tinggi bagi membolehkan kelengkapan ditingkatkan. N-300 kemudian dibangunkan lagi menjadi P-530 dengan enjin yang lebih besar, kali ini dengan memiliki sejumlah kecil "saluran" (turbin kipas) bagi memperbaiki penyejukkan dan membenarkan berat ruang enjin lebih ringan, selain permukaan sayap yang lebih luas. P-530 juga memiliki radar dan sistem-sistem lain yang ditimbangkan mesti dimiliki pada pesawat moden. Apabila Program Pejuang Ringan diumumkan, kebanyakan peralatan pada pesawat P-530 telah ditanggalkan dan menjadi P-600, yang mana kemudian secara perlahan-lahan menjadi YF-17 Cobra, sebuah pesawat yang kalah di dalam persaingan ini kepada F-16 Fighting Falcon.

Meskipun begitu, YF-17 Cobra kemudian telah diubahsuai dengan pertolongan daripada McDonnell Douglas dan menjadi F/A-18 Hornet bagi memenuhi persaingan rekabentuk pesawat ringan yang sama bagi Tentera Laut Amerika Syarikat. Northrop ingin memasarkan versi bukan tentera laut yang dikenali sebagai F-18L, tetapi pesawat asas F-18A adalah lebih laris, menyebabkan pertikaian undang-undang yang berpanjangan dan tidak berkesudahan di antara dua syarikat ini. Walaupun Northrop masih meneruskan pembinaan fiuslaj F-18 d sistem-sistem lain selepas tempoh ini, mereka juga kembali kepada rekabentuk asal F-5 dengan memasang enjin baru bagi menghasilkan pesawat F-20 Tigershark sebagi sebuah pesawat berkos rendah. Pesawat ini tidak mendapat perhatian dari pasaran, oleh itu projek ini kemudian digugurkan.

Pada tahun 1994, sebahagian kecil disebabkan oleh kekalahan dalam mendapatkan kontrak pesawat Pejuang Taktikal Termaju kepada Lockheed Martin dan penolakan cadangan Northrop daripada pertimbangan untuk persaingan Pejuang Penyerang Bersama, syarikat ini telah dibeli oleh Grumman bagi membentuk Northrop Grumman. Grumman merupakan sebuah syarikat yang terkenal pada tahun 1940-an untuk ujikaji dengan sayap terbang; walaupun begitu sejumlah rekabentuk hanya merupakan ujian penerbangan, hanya pesawat pengebom B-2 yang dibangunkan pada tahun 1980-an yang pernah dikeluarkan dan diaturgerak.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]