F-20 Tigershark

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
F-20 Tigershark
F-20 Tigershark launching AGM-65 Maverick.jpg
F-20 sedang melepaskan peluru berpandu AGM-65 Maverick
Penerangan
Jenis Pejuang
Pengeluar Northrop
Kos seunit AS$ 8 juta[1]
AS$1.2 bilion (kos pembangunan)
Penerbangan sulung 30 Ogos 1982
Variasi Northrop F-5
Krew 1
Jumlah dibina 3
Status Tidak aktif
Dimensi
Panjang 14.2 m
Tinggi 4.2 m
Rentas sayap 8.1 m
Luas sayap 17 m²
Berat
Berat tanpa muatan 5,090 kg
Berat muatan penuh 6,830 kg
Berat berlepas maksimum 11,920 kg
Janakuasa
Enjin General Electric F404-GE-100 kipas turbo, 76 kN
Persenjataan
Meriam 2× 20 mm (0.787 in) meriam M39
Bom Bom :
5 tenggekan dengan 3,600 kg muatan
Peluru berpandu :
AIM-9 Sidewinder
Prestasi
Kelajuan maksimum Mac 2.1
Jarak pemanduan 2,760 km
Jarak tempur 555 km
Altitud tertinggi 16,800 m
Kadar panjat 255 m/s

Northrop F-20 Tigershark (asalnya F-5G) adalah sebuah pesawat pejuang yang dibiayai, direka dan dibina oleh pihak swasta iaitu Northrop (sekarang Northrop Grumman) di A.S, bermula pada tahun 1975 dan ditawarkan untuk jualan bermula pada tahun 1980-an dan penawaran pesawat ini secara rasminya ditamatkan pada awal tahun 1990-an.

Ia bermula sebagai pembangunan lanjutan untuk pesawat F-5 Freedom Fighter/Tiger II, walaubagaimanapun pesawat ini lebih berupaya jika dibandingkan dengan pesawat-pesawat lain dalam keluarga Northrop F-5.

Pembangunan[sunting | sunting sumber]

Pesawat F-20 pertama dalam warna syarikat Northrop.

Pada awalnya pesawat ditandakan sebagai F-5G, yang mana telah diluluskan oleh Tentera Udara A.S pada bulan Mei 1981. Permintaan awal untuk perolehan pesawat F-20 telah ditolak pada tahun 1982, dimana Tentera Udara A.S telah mencadangkan perolehan pesawat F-19, yang mana akhirnya pesawat ini tidak digunakan langsung. Pihak Tentera Udara A.S akhirnya memberi kelulusan penanda F-20 digunakan pada bulan November 1982 dan nama tambahan Tigershark bulan Mac 1983.

Perubahan ketara adalah penukaran 2 enjin General Electric J85 pesawat Northtrop F-5 kepada enjin kipas turbo tunggal General Electric F404, yang mana telah meningkatkan jumlah tujahan kepada 60%. Sama seperti pesawat F-5, pesawat ini direka sebagai pesawat berkos rendah, pesawat pejuang berkeupayaan tinggi yang mudah diselenggara. Ia boleh mencapai kelajuan Mac 2.1 dan jarak pemanduan sejauh 2,760 km. Pesawat ini dilengkapkan dengan radar General Electric AN/APG-67 yang menawarkan peningkatan keupayaan ketara jika dibandingkan dengan radar Emerson AN/APQ-159 pada pesawat F-5E/F.

Pesawat F-20 membuat penerbangan sulongnya pada 30 Ogos, 1982. 3 buah pesawat prototaip telah dibina. Pesawat ini bertujuan untuk ditawarkan kepada tentera dari negara. Pasaran untuk pesawat ini tidak pernah dirancang, disebabkan Presiden Ronald Reagan lebih menumpukan jualan pesawat pejuang F-16 Fighting Falcon. Pada tahun 1986, kerajaan A.S memutuskan untuk tidak menggunakan pesawat F-20 tetapi sebaliknya menggunakan pesawat F-16 sebagai memenuhi keperluan pertahanan udara negara A.S [2] [3], telah memberi kesan kepada keputusan negara lain untuk tidak membeli pesawat F-20. Tentera Udara Pakistan telah ditawarkan pesawat F-20 dan A-10 Thunderbolt II, tetapi telah berkeras untuk memilih pesawat F-16 kerana berpendapat ia akan memberi kelebihan teknologi kepada Pakistan.

Selepas 6 tahun dan tiadanya pembeli, Northrop membatalkan projek yang berharga AS$1.2 bilion. Sesetengah berpendapat Tentera Udara A.S bersikap tidak adil pada pesawat ini disebabkan pembangunan yang tidak menurut kebiasaan cara tentera udara dalam pengurusan perolehan pesawat. [4] Pasukan tentera udara yang mampu untuk membeli F-20 telah membeli pesawat F-16, manakala yang tidak berkemampuan akan membeli pesawat F-5E/F Tiger II atau pesawat MiG-21 buatan Rusia yang lebih murah. Pesawat ini adalah setanding dengan pesawat dengan pesawat F-16 Blok 1/5/10 dan lebih hebat daripada pesawat versi eksport F-16/79 dijana-turbojet. Kerangka pesawat F-20 secara teorinya tidak berupaya untuk diperkembangkan lagi disebabkan ia dibangunkan di atas kerangka pesawat yang berusia lebih 20 tahun dan telah mencapai had keupayaannya. Kedudukan sayap pesawat F-20 yang rendah dan kedudukan giar pendaratan dibawah sayap juga telah menghadkan saiz dan jumlah tenggekan senjata dibawah sayap yang boleh digunakan (4 tenggekan dibawah sayap bagi F-20 berbanding 6 untuk pesawat F-16); dimana pesawat F-16 dilihat boleh membawa muatan senjata yang lebih banyak. Pesawat F-16 adalah merupakan pesawat pejuang baru yang masih mempunyai banyak tahap keupayaan sebenar yang belum digunakan sepenuhnya lagi.

Pesawat prototaip F-20 terakhir dipamerkan Pusat Sains California. Kehilangan 2 buah pesawat prototaip lain disebabkan oleh kejadian terhempas semasa pameran jualan diseluruh dunia. Kemalangan ini disebabkan oleh kesilapan juruterbang dan tiada kaitan dengan sebarang kegagalan berkaitan dengan pesawat.

Jualan berpotensi[sunting | sunting sumber]

Pesawat F-20

Walaupun pesawat ini tidak berjaya dijual, ia telah dinilai secara intensif oleh beberapa negara yang berminat untuk menperolehinya. Kebanyakan negara yang berpotensi akhirnya memilih pesawat F-16 Fighting Falcon, disebabkan oleh ketiadaan halangan eksport yang membuatkan ia lebih mudah untuk diperolehi. Salah satu contoh adalah Venezuela, yang mana hampir mempertimbangkan untuk membeli pesawat F-20. Contoh lain adalah Taiwan, yang telah memohon lesen pengeluaran pesawat ini sebelum dihalang oleh kerajaan A.S disebabkan oleh alasan politik. Akhirnya Taiwan mengambil keputusan untuk membangunakan pesawat AIDC F-CK-1 Ching-kuo. Pesawat F-16 akhirnya dijual kepada Taiwan pada tahun 1992. Kehilangan peluang jualan ke Sweden, yang pada mulanya berminat untuk membuat perolehan terhadap pesawat 'F-5S' (versi F-20 untuk Sweden) digugurkan untuk memberi laluan untuk membangunkan pesawat pejuang JAS 39 Gripen.[perlu rujukan] Sweden bagaimanapun telah menggunakan enjin RM12 iaitu terbitan daripada enjin F404 pada pesawat F-20 untuk digunakan pada pesawat JAS 39 Gripen. Pada tahun 1985 rundingan telah dilakukan untuk melengkapkan angkatan pesawat Tentera Udara Diraja Maghribi yang usang ataupun ditembak jatuh. Sejumlah 20 buah pesawat F-20 dijangka akan diperoleh tetapi telah dibatalkan, rundingan berkenaan perolehan pesawat ini juga ditamatkan. Pada tahun 1990-an, pesawat ini telah ditawarkan kepada India. [5] Pada masa yang sama, pesawat ini juga telah ditawarkan kepada A.S dengan peranan yang berbeza, tetapi tidak berjaya. Sekali lagi pesawat F-16 telah dipilih untuk memenuhi peranan-peranan ini. [6]

Usaha dilakukan untuk menjual pesawat F-20 ke Korea Selatan yang mana telah melibatkan skandal rasuah yang menyebabkan Ketua Eksekutif Northtrop Thomas V. Jones ditegur dan bersara pada tahun 1989 [7].

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Berkaitan :

Pesawat setanding :

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]