Orang-orang

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Orang-orang di sawah padi di Jepun

Orang-orang atau orang-orangan ialah sesuatu benda yang mirip seperti manusia yang digunakan untuk menakutkan haiwan secara lazimnya burung daripada menghampiri sesuatu sawah atau ladang itu.

Reka Bentuk[sunting | sunting sumber]

Bentuk lazimnya orang-orangan sawah ialah figura humanoid yang berpakaian lama dan diletakkan di kawasan lapang untuk menghalang burung seperti burung gagak serta ia selalunya akan menghindar burung-burung tersebut terus mengganggu serta memakan benih-benih baru sahaja menjadi tanaman padi di sawah.

Jentera seperti kincir angin telah digunakan sebagai orang-orangan sawah, tetapi diketahui kebanyakan pesawah menyatakan bahawa keberkesanannya sedikit berkurangan apabila haiwan mudah menjadi biasa dengan situasi keadaan struktur tersebut.

Sejak penciptaan orang-orangan sawah humanoid, kaedah yang lebih berkesan telah dibangunkan.

Diketahui bahawa di tanah ladang gandum California, reben filem PET aluminisasi yang sangat reflektif diikat pada tumbuhan untuk menghasilkan kilauan dari matahari.

Pendekatan lain ialah menggunakan senapang bunyi automatik yang dikuasakan oleh gas propana.

Telah terdapat pencubaan menggunakan lelaki tiub kembung atau penari udara untuk menakutkan burung namun diketahui bahawa dengan meletakan penari udara adalah sangat mudah untuk diatasi burung-burung gagak sebagai diantara beberapa spesies sinonim cenderung untuk memakan padi-padi yang telah matang dan subur di sawah padi mahupun di ladang gandum mahupun kebun-kebun sayuran dan lain-lain sepertimana diketahui para pesawah padi dan peladang.