Orang Manchu

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Manchu (Manju, Man)
滿族, 满族
Manchuguard.jpg
Jumlah penduduk
kira-kira 10.68 juta (2000)[1]
Kawasan ramai penduduk
 China (Heilongjiang · Jilin · Liaoning)
Juga terdapat di  Taiwan,  Amerika Syarikat,  Kanadaand  Jepun
Bahasa

Bahasa Mandarin,
Bahasa Manchu

Agama

Dahulunya shamanisme, pemujaan syurga dan pemujaan nenek moyang; Kini agama Buddha dan pemujaan nenek moyang[2][3]

Kelompok etnik berkaitan

Xibe, orang Tungus lain

Orang Manchu (Manchu: Manju.svg Manju; Cina Tradisional: 滿族, Cina Ringkas: 满族, pinyin: Mǎnzú, Mongol: Манж, Bahasa Rusia: Маньчжуры) ialah sekelompok orang Tungus yang berasal dari rantau Manchuria (di kawasan timur laut China). Orang Manchu mengecapi kegemilangan pada abad ke-17, apabila mereka menumpaskan Dinasti Ming lalu menggantikannya dengan Dinasti Qing, lalu memerintah China sehingga Revolusi 1911 yang mana mereka digulingkan oleh sebuah kerajaan republik.

Etnik Manchu kini sudah banyak berasimilasi dengan bangsa Cina Han, hinggakan bahasa Manchu hampir pupus kerana hanya ditutur oleh sebilangan kecil warga emas di kawasan luar bandar di China timur laut di samping beberapa orang ilmuwan; terdapat sekitar 10,000 orang penutur Sibe (Xibo), iaitu suatu loghat Manchu yang ditutur di kawasan Ili di Xinjiang. Namun demikian, kebelakangan ini bangkitnya semula minat terhadap kebudayaan Manchu di kalangan etnik Manchu dan Han. Bilangan rakyat China hari ini yang berketurunan Manchu agak besar,[4] ditambah pula dengan dasar-dasar yang membela etnik minoriti (seperti keutamaan kemasukan universiti, peluang pekerjaan kerajaan dan pengecualian dari dasar satu anak) telah menggalakkan ramai yang berketurunan campuran Han dan Manchu mengenali diri mereka sebagai Manchu.

Catatan[sunting | sunting sumber]

  1. "Ethnic Groups - china.org.cn - The Manchu ethnic minority". http://www.china.org.cn/e-groups/shaoshu/shao-manchu.htm. Capaian 2008-09-26. 
  2. Sate Nationalities Affairs Commission (September 2005). Zhang Yongfa and Fang Yongming. ed. Selected pictures of Chinese ethnic groups (edisi First edition). China Pictorial Publishing House. m/s. 48. ISBN 7-80024-956-5. 
  3. Wang Can; Wang Pingxing (May 2004). Ethnic groups in China. China Intercontinental Press. ISBN 7-5085-0490-9. 
  4. Dengan 10.68 juta orang, Manchu ialah kelompok etnik ketiga terbesar di selepas Han dan Zhuang. Rujuk: Wang & Wang 2005, halaman 9, 109

Sumber[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]