Palestin Bermandat

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Palestin Mandat)
Palestin
1920–1948
Bendera Palestin
Jata awam Palestin
Bendera Jata awam
Palestin Bermandat pada 1946
Palestin Bermandat pada 1946
StatusMandat Liga Bangsa
Ibu negaraBaitulmaqdis
Bahasa yang umum digunakanInggeris, Arab, Ibrani
Agama
Islam, Yahudi, Kristian, Baháí, Druze
Pesuruhjaya Tinggi 
• 1920–1925 (pertama)
Herbert Samuel
• 1945–1948 (terakhir)
Alan Cunningham
Badan perundangan
• Badan berparlimen bagi masyarakat Islam
Majlis Islam Tertinggi
• Badan berparlimen bagi masyarakat Yahudi
Dewan Perwakilan
Era Sejarah
• Mandat diperoleh
25 April 1920
• Britain dikira mengawal secara rasmi
29 September 1923
14 Mei 1948
Keluasan
• Jumlah
25,585.3 km2 (9,878.5 bt2)[1]
Mata wangPaun Mesir
(sehingga 1927)
Paun Palestin
(dari 1927)
Kod ISO 3166PS
Didahului oleh
Diganti oleh
Pentadbiran Wilayah Musuh yang Diduduki
Israel
Pengilhakan Jordan di Tebing Barat
Negara Naungan Seluruh Palestin
Sekarang sebahagian dariIsrael
Palestin

Palestin Bermandat[a][2] ialah sebuah entiti geopolitk yang ditubuhkan antara 1920 dan 1948 di wilayah Palestin di bawah terma Mandat Liga Bangsa untuk Palestin.

Semasa Perang Dunia Pertama (1914–1918), berlaku kebangkitan Arab menentang pemerintahan Uthmaniyah dan Pasukan Ekspedisi Mesir milik Empayar British telah mengalahkan orang Turki Uthmaniyah daripada tanah Syam.[3] United Kingdom telah bersetuju dalam surat-menyurat McMahon–Hussein bahawa mereka akan menganugerahkan kemerdekaan Arab sekiranya orang Arab memberontak menentang Turki Uthmaniyah, tetapi pada akhirnya, United Kingdom dan Perancis membahagikan kawasan tersebut di bawah Perjanjian Sykes-Picot — sebuah tindakan pengkhianatan pada mata orang Arab.

Perkara selanjutnya yang merumitkan keadaan ialah Perisytiharan Balfour 1917, yang mana British berjanji mereka menyokong penubuhan sebuah negara rumah Yahudi di Palestin. Pada akhir perang, British dan Perancis membentuk sebuah kerjasama Pentadbiran Wilayah Musuh Yang Diduduki yang terletak di Syria Uthmaniyah. British menerima kesahan dengan memperoleh sebuah mandat daripada Liga Bangsa pada Jun 1922. Salah satu matlamat sistem mandat Liga Bangsa ialah untuk mentadbir kawasan dari Empayar Uthmaniyah yang tidak lagi berfungsi "sehingga cukup masa untuk mereka boleh berdiri sendiri".[4]

Semasa mandat tersebut berkuat kuasa, kawasan ini menyaksikan gelombang penghijrahan Yahudi dan kebangkitan gerakan kebangsaan di kedua-dua masyarakat Arab dan Yahudi. Persaingan kedua-dua golongan penduduk ini membawa kepada pemberontakan Arab di Palestin 1936–1939 dan pemberontakan Yahudi di Palestin 1944–1948. Pelan Pembahagian Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu untuk Palestin untuk memisahkan wilayah tersebut kepada dua negara, satu untuk Arab dan satu untuk Yahudi, diluluskan pada November 1947. Perang Palestin 1948 berakhir dengan wilayah Palestin Bermandat dibahagikan kepada Negara Israel, Kerajaan Hasyimiah Jordan yang mengilhak wilayah Tebing Barat di Sungai Jordan, dan Kerajaan Mesir, yang menubuhkan "Negara Naungan Seluruh Palestin" di Genting Gaza.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Nota[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Semasa kewujudannya, wilayah ini secara rasmi dikenali dengan ringkas sebagai Palestin, tetapi, beberapa tahun kemudian, pelbagai nama lain digunakan, termasuklah Bermandat atau Mandat Palestin, Mandat British kepada Palestin dan Palestin British. (Arab: فلسطين الانتدابية Filasṭīn al-Intidābiyah; Ibrani: פָּלֶשְׂתִּינָה (א״י) Pāleśtīnā (E.Y.), yang mana "E.Y." merujuk pada ’Eretz Yiśrā’ēl, Tanah Israel)

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Department of Statistics (1945). Village Statistics, April, 1945. Government of Palestine. Scan of the original document at the National Library of Israel.
  2. ^ "League of Nations decision confirming the Principal Allied Powers' agreement on the territory of Palestine". Diarkibkan daripada yang asal pada 25 November 2013.
  3. ^ Hughes, Matthew, penyunting (2004). Allenby in Palestine: The Middle East Correspondence of Field Marshal Viscount Allenby June 1917 – October 1919. Army Records Society. 22. Phoenix Mill, Thrupp, Stroud, Gloucestershire: Sutton Publishing Ltd. ISBN 978-0-7509-3841-9. Allenby to Robertson 25 January 1918 in Hughes 2004, p. 128
  4. ^ Article 22, The Covenant of the League of Nations Diarkibkan 26 Julai 2011 di Wayback Machine and "Mandate for Palestine", Encyclopaedia Judaica, Vol. 11, p. 862, Keter Publishing House, Jerusalem, 1972

Bibliografi[sunting | sunting sumber]

Bacaan selanjutnya[sunting | sunting sumber]

  • Bar-Yosef, Eitan. "Bonding with the British: Colonial Nostalgia and the Idealization of Mandatory Palestine in Israeli Literature and Culture after 1967." Jewish Social Studies 22.3 (2017): 1–37. online Diarkibkan 31 Oktober 2019 di Wayback Machine
  • Cohen, Michael J. Britain's Moment in Palestine: Retrospect and Perspectives, 1917–1948 (2014)
  • El-Eini, Roza. Mandated landscape: British imperial rule in Palestine 1929–1948 (Routledge, 2004).
  • Galnoor, Itzhak. Partition of Palestine, The: Decision Crossroads in the Zionist Movement (SUNY Press, 2012).
  • Hanna, Paul Lamont, "British Policy in Palestine Diarkibkan 1 Oktober 2018 di Wayback Machine", Washington, D.C., American Council on Public Affairs, (1942)
  • Harris, Kenneth. Attlee (1982) pp 388–400.
  • Kamel, Lorenzo. "Whose Land? Land Tenure in Late Nineteenth- and Early Twentieth-Century Palestine", "British Journal of Middle Eastern studies" (April 2014), 41, 2, pp. 230–242.
  • Miller, Rory, ed. Britain, Palestine and Empire: The Mandate Years (2010)
  • Morgan, Kenneth O.The People's Peace: British history 1945 – 1990 (1992) 49–52.
  • Ravndal, Ellen Jenny. "Exit Britain: British Withdrawal From the Palestine Mandate in the Early Cold War, 1947–1948", Diplomacy and Statecraft, (Sept 2010) 21#3 pp. 416–433.
  • Roberts, Nicholas E. "Re‐Remembering the Mandate: Historiographical Debates and Revisionist History in the Study of British Palestine." History Compass 9.3 (2011): 215–230. online[pautan mati].
  • Sargent, Andrew. " The British Labour Party and Palestine 1917–1949" (PhD thesis, University of Nottingham, 1980) online Diarkibkan 25 Disember 2018 di Wayback Machine
  • Shelef, Nadav G. "From 'Both Banks of the Jordan' to the 'Whole Land of Israel:' Ideological Change in Revisionist Zionism." Israel Studies 9.1 (2004): 125–148. Online Diarkibkan 5 November 2019 di Wayback Machine
  • Sinanoglou, Penny. "British Plans for the Partition of Palestine, 1929–1938." Historical Journal 52.1 (2009): 131–152. online Diarkibkan 10 November 2019 di Wayback Machine
  • Wright, Quincy, The Palestine Problem, Political Science Quarterly, 41#3 (1926), pp. 384–412, online Diarkibkan 1 Oktober 2018 di Wayback Machine.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Templat:Mandatory Palestine topics