Panlong (mitos)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Dalam mitos Cina, Panlong (Cina ringkas: 蟠龙Cina tradisional: 蟠龍pinyin: pánlóngWade-Giles: p'an-lung; harf. "naga melingkar") ialah seekor naga air yang menyerupai jiaolong 蛟龍, satu motif kesenian Cina yang kuno, dan satu kata nama khas.

Gelang jed Dinasti Jin dengan reka bentuk naga melingkar
Lambang naga melingkar pada bendera Dinasti Qing

Istilah[sunting | sunting sumber]

Kata jamak Cina panlong ialah gabungan pan "melingkar; melilit; bergelung" dan long atau "naga". Longpan 龍蟠 "lingkaran naga", iaitu panlong yang diterbalikkan, merupakan kata kiasan bagi seseorang yang bakatnya terpendam (rujuk Fayan di bawah).

Panlong boleh dieja 蟠龍 atau 盤龍, yang mana pan 蟠 digantikan dengan aksara Cina varian yang sama sebutannya iaitu pan atau "dulang; pinggan". Dua pepatah Cina Klasik yang menyebut panlong 盤龍 ialah panlongpi 盤龍癖 ("tabiat naga melingkar") "ketagihan berjudi" (menyentuh kaki judi abad ke-5, Liu Yi 劉毅 atau Liu Panlong 劉盤龍) dan panlong-wohu盤龍臥虎 ("naga melingkar harimau mendekam") "orang berbakat yang masih terpendam". Dalam ilmu feng shui dan astrologi Cina, Naga dan Harimau ibarat buku bertemu ruas. Misalnya, longtan-huxue 龍潭虎穴 ("kolam naga gua harimau") "tempat berbahaya" atau Wohu canglong 臥虎藏龍 "harimau mendekam, naga menyorok" (tajuk filem).

Catatan[sunting | sunting sumber]

Naga Melingkar

Panlong mula-mula disebut dalam naskhah-naskhah klasik Cina sewaktu Dinasti Han (206 SM-220 M). Naskhah Huainanzi (abad ke-2 SM) (8, tr. Morgan 1934:95) mula-mula menyatakan panlong sebagai gaya hiasan pada hasil gangsa Cina.

Terhasilnya karya-karya kesenian seperti genta dan kaki tiga yang agam, pasu yang indah. Hiasan padanya juga menakjubkan. Padanya terukirlah naga gunung mahupun burung kuang, dan segala mergastua yang beraneka warna bulunya, rumput air, warna semarak dan bijian-bijian, setiap satunya bertenun dengan satu sama lain. Tertempanya badak sumbu yang tidur dan harimau yang mendekam, serta naga yang melingkar.


Istilah panlongwen 蟠龍文 "corak naga melingkar (pada gangsa, tiang dsb.)" berbanding dengan panchiwen蟠螭紋 (rujuk chilong 螭龍) dan panqiuwen 蟠虯紋 (see qiulong 虯龍).

Satu lagi konteks Huainanzi (15, tr. Morgan 1934:199) menyenaraikan longshepan 龍蛇蟠 (lit. "lingkaran naga ular") "laluan berliku-liku" sebagai tempat yang sesuai untuk menyerang hendap.

An exiguous pass, a ferry pontoon, a great mountain, a serpentine defile, a cul-de-sac, a dangerous pitfall, a narrow ravine, full of winding ways like the intestines of a sheep, a hole like a fisher's net, which admits, but from which there is no exit, are situations in which one man can hold back a thousand.

Ahli falsafah materialis, Yang Xiong (53 BCE-18 CE) menggunakan panlong dan longpan sekali. Kamus Fangyan 方言 "Bahasa Daerah" oleh beliau (12, tr. Visser 1913:73) menakrifkan panlong seperti berikut: "Naga yang belum naik ke syurga [cf. tianlong "naga syurga"] dipanggil p'an-lung." Antologinya, Fayan 法言 "Kata-Kata Petua" (4, tr. Carr 1990:112) mencipta kata kiasan longpan 龍蟠 ("lingkaran naga") sebagai "orang yang bakatnya terpendam", "'naga yang melingkar dalam lumpur pasti dihina oleh cicak,' ertinya 'yang bijaksana dihina oleh yang bodoh'."

Ulasan Shangshu dazhuan 尚書大傳 (abad ke-2) terhadap Klasik Sejarah (1, tr. Carr 1990:113) menyamakan panlong dan jiaoyu 鮫魚 (atau jiaolong 蛟龍), "蟠龍 'naga melingkar' amat tabii di sarangnya, 鮫魚 'naga; buaya' melompat masuk ke dalam kolamnya."

Biji manzhi 碧雞漫志 "Catatan Rawak dari Kawasan Jaguh Hijau" (abad ke-12 M) oleh Wang Zhuo 王灼 (tr. Visser 1913:117) dari Dinasti Song menyebut tentang penggunaan naga panlong sebagai jampi menyeru hujan: "yang mana sebidang cermin yang dihiasi "naga melingkar", p'an lung, 盤龍 di belakangnya, dikatakan dipuja (ataupun disihirkan) untuk menyeru hujan."

Kata nama khas[sunting | sunting sumber]

Lukisan Banryū (1868) yang mengaramkan Chōyō.

Selain gaya hiasan kuno yang diterangkan di atas, Panlong 蟠龍 atau 盤龍 turut dijadikan nama.

Panlong diserap ke dalam bahasa Jepun sebagai banryū 蟠龍 atau 蟠竜. Banryu merupakan nama bagi sebiji buah catur Taikyoku shogi dan sejenis kapal perang kegunaan bakufu.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]