Pemberontakan Sa'dah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pemberontakan Sa'dah

Kegabenoran dengan aktiviti Houthi
TarikhJun 2004 - Februari 2010
Lokasi
Status Gencatan senjata/kedamaian sementara berbilang pihak;[9] pertempuran kecil-kecilan berterusan
Pihak yang terlibat

 Yaman
Puak pro-kerajaan[1]
 Arab Saudi
dikatakan:
 Jordan[2]
 Maghribi[3]
 Pakistan[4]

 Amerika Syarikat[5]

Houthis (Al-Shabab al-Muminin)
dikatakan:
Iran (Angkatan Quds)

Hizbullah[6]
Harakat al-Shabaab Mujahideen[7]
al-Qaeda[8]
Komandan dan pemimpin

Ali Abdullah Saleh
Yaman Ali Mohammed Mujur
Amr Ali Mousa Al-Uuzali   [10]
Ali Salem al-Ameri   [11]
Ahmed Bawazeir   [11]
Ali Mohsen al-Ahmar[12] Abdullah bin Abdul Aziz Al Saud
Khalid bin Sultan

Saleh Al-Muhaya

Hussein Badreddin al-Houthi  
Abdul-Malik al-Houthi
Yahia Badreddin al-Houthi
Abdul-Karim al-Houthi
Badr Eddin al-Houti
Abdullah al-Ruzami #
Yousuf al-Madani  

Mohammad Abd al-Salam
Kekuatan

Yaman:
30,000 dalam-kancah[13]
66,700 jumlah[14]
3,000 pejuang puak[1]
Arab Saudi:
199,500 jumlah[14]
dikatakan:

Jordan: 2,000[3]

2,000-10,000 pemberontak[15]
dikatakan

200 pejuang Somali[7]
Kerugian dan korban

Yaman:
1,000-1,300 terbunuh
6,000 cedera[16][17][18]
(dakwaan Yaman)
2,200-2,800 terbunuh
8,000 cedera[19]
(anggaran bebas)
217 ditawan
(117 dibebaskan)[19][20]
Arab Saudi:
133 KIA[21][22]
470 WIA[22]

6 MIA/POW[21]
3,700-5,500 pemberontak dan orang awam terbunuh[19] (termasuk 187 children)[23]

Pemberontakan Sa'dah adalah perang saudara di Yaman. Hal ini bermula pada bulan Jun 2004 apabila ketua ulama pembangkang Badreddin Hussein al-Houthi, dari aliran Syiah Zaidiyah melancarkan pemberontakan melawan kerajaan Yaman dan berakhir pada bulan Februari 2010 dengan gencatan senjata. Sebahagian besar pertempuran terjadi di Sa'dah di barat laut Yaman. Kawasan lain ialah di Hajjah, Amran, Al Jawf dan Wilayah Jazan.

Kerajaan Yaman menuduh puak Houthis berusaha untuk menggulingkan kerajaan dan untuk hendak melaksanakan undang-undang agama Syiah. Tetapi pemberontak menyatakan mereka mahu "membela komuniti mereka melawan diskriminasi dan pencerobohan kerajaan. Kerajaan Yaman menuduh Iranmembiayai pemberontakan.

Pada bulan Ogos 2009, tentera Yaman melancarkan serangan baru melawan pemberontak Syiah di utara wilayah Sa'ada .Ratusan ribu orang terlantar akibat pertempuran itu. Konflik ini mendapat dimensi antarabangsa pada tarikh 4 November 2009 apabila pasukan keselamatan Arab Saudi turut memburu mereka di sepanjang smepadan dengan Yaman. Arab Saudi melancarkan serangan anti-Houthi. Para pemberontak menuduh Arab Saudi menyokong kerajaan Yaman .Kerajaan Saudi membantah tuduhan ini. Pemimpin Houthi menyatakan bahawa penglibatan AS dalam perang bermula pada tarikh 14 Disember ketika AS melancarkan serangan udara .

Latar Belakang[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 1962, sebuah revolusi di Yaman Utara berakhir . Perjuangan 1,000 tahun dipimpin oleh Imam Zaydi , sebuah cabang dari Islam Syiah , yang mengaku keturunan dari Nabi Islam , Muhammad Hazart . Sa'dah yang terletak di utara Yaman, merupakan kubu utama mereka . Sejak itu kawasan ini diabaikan ekonomis dan tetap terbelakang. Kerajaan Yaman mempunyai kuasa kecil di Saada.

Yaman selama perang saudara 1994 , aliran Wahhabi satu kelompok Islam Sunni menjadi kuat di negara jiran Arab Saudi.Puak Zaydi mengeluh kerana kerajaan Yaman telah membenarkan Wahabi menjadi kuat di Yaman. Arab Saudi bimbang dengan perselisihan yang dilancarkan oleh aliran Syiah di sempadan Yaman dengan Arab Saudi boleh membangkitkan semangat juang di Saudi itu sendiri.

Banyak negara-negara Arab kuatir dengan meningkatnya pengaruh Syiah Iran.

Kerajaan Yaman berusaha memerangi kumpulan bersenjata Houthis pada 2004 dan berusaha untuk menangkap Hussein al-Houthi , seorang pemimpin agama Zaydi dari Shabab Al-Mukminin dan bekas ahli parlimen .

Garis masa[sunting | sunting sumber]

Pertempuran pertama[sunting | sunting sumber]

Dari bulan Jun hingga Ogos 2004, pasukan tentera kerajaan bertempur dengan penyokong al-Houthi di utara. Kira-kira 500 hingga 1000 terbunuh. Pada bulan September, pasukan Yaman berjaya membunuh al-Houthi. Sejak itu, pemberontakan diketuai oleh salah saudaranya, Abdul-Malik al-Houthi.[24] Ayahnya, Badr Eddin al-Houthi, mengambil alih kedudukan sebagai pemimpin kerohanian.

Petempuran Kedua[sunting | sunting sumber]

Antara Mac dan April 2005, sekitar 1,500 orang terbunuh dalam kebangkitan pertempuran antara pasukan pemerintah dan penyokong ulama .

Pada bulan Mei 2005, pemberontak menolak tawaran Grasi Presiden oleh Presiden Yaman Ali Abdullah Saleh. Pada 21 Mei, kerajaan mengumumkan telah membunuh 552 orang , 2708 cedera, dan lebih dari Rp 270.000.000 rugi.

Pada bulan Mac 2006, kerajaan membebaskan 600 pejuang Syiah yang ditangkap. Tidak ada data yang berkaitan dengan korban pada tahun 2006, tetapi jumlah lebih rendah.

Pada, 23 Jun 2005, "komander pemberontak Abdullah al-Ruzami menyerah diri kepada pihak berkuasa Yaman.


Pertempuran Ketiga[sunting | sunting sumber]

Pertempuran berlaku pada 28 Januari 2007. Militan menyerang beberapa pejabat kerajaan, mengorbankan enam tentera dan mencederakan 20 lagi.

Pada 31 Januari , lebih enam tentera terbunuh dan 10 luka-luka. Sepuluh askar mati dan 20 luka-luka dalam serangan berhampiran sempadan Arab Saudi pada 1 Februari. Sumber kerajaan mendakwa tiga pejuang pemberontak tewas dalam operasi keselamatan selepas serangan 31 Januari.

Pada bulan Februari, kerajaan melancarkan serangan besar-besaran terhadap para pemberontak yang melibatkan 30.000 tentera. Pada 19 Februari hampir 200 anggota pasukan keselamatan dan lebih dari 100 pemberontak tewas dalam pertempuran itu. Lebih 160 pemberontak tewas dalam dua minggu seterusnya. Seorang mahasiswa Perancis juga tewas.

Perjanjian gencatan senjata telah dicapai pada 16 Jun 2007. Para pemimpin pemberontak bersetuju untuk meletakkan senjata dan pergi ke pengasingan di Qatar. Kerajaan Yaman pula bersetuju untuk membebaskan tahanan pemberontak, membantu membayar pembinaan semula dan membantu pelarian kembali ke rumah.

Pertempuran Keempat[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b Government reinforces army to eradicate Houthis
  2. ^ "Jordanian commandos join war on Houthi fighters". Press TV. 21 November 2009. Dicapai pada 29 Disember 2009.
  3. ^ a b Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan Morocco tidak disediakan
  4. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan Pakistan tidak disediakan
  5. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan ReferenceA tidak disediakan
  6. ^ Olivier Guitta (2009-11-11). "Iran and Saudi Arabia drawn to Yemen". Asia Times Online. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-08-20. Dicapai pada 2009-11-15.
  7. ^ a b "Yemeni Rebels Receiving Assistance From Somali Fighters In Battle With Saleh Regime". Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-02-12. Dicapai pada 2010-07-22.
  8. ^ "Yemeni government: Air force targets al Qaeda hideout". CNN. Dicapai pada 2010-05-23.
  9. ^ http://www.guardian.co.uk/world/2010/feb/12/yemen-government-rebels-call-ceasefire
  10. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan Houthis kill top Yemeni commander tidak disediakan
  11. ^ a b Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan presstv.com tidak disediakan
  12. ^ Novak, Jane (2007-03-21). "Yemen's Internal Shia Jihad". Global Politician. Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-04-10. Dicapai pada 2008-05-23.
  13. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan Arrabyee-2007 tidak disediakan
  14. ^ a b Center for Strategic and International Studies The Middle East Military Balance, 2005
  15. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan economist.com tidak disediakan
  16. ^ "Yemeni Authorities Set Conditions for Ending Military Operations in Sa'ada- Yemen Post English Newspaper Online". Yemenpost.net. Dicapai pada 2009-11-09.
  17. ^ Ahmed Al-Haj (19 Februari 2007). "Clashes in Yemen Kill More Than 100". Fox News. Dicapai pada 29 Disember 2009.
  18. ^ "Yemeni military battles Shi'ite rebels". The Age. 20 Mac 2007. Dicapai pada 29 Disember 2009.
  19. ^ a b c Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan ploughshares1 tidak disediakan
  20. ^ "Middle East | Country profiles | Rebel video 'shows Yemeni POWs'". BBC News. 2009-09-02. Dicapai pada 2009-11-09.
  21. ^ a b Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan saud tidak disediakan
  22. ^ a b "Heavy Saudi casualties in war with Houthis". Press TV. 2009-12-22. Dicapai pada 2009-12-22.
  23. ^ 187 children killed in Yemen war, report says
  24. ^ Nasser Arrabyee (2005-05-25). "Rebellion continues". Al-Ahram Weekly. Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-06-19. Dicapai pada 2007-04-11.