Pemuras

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Pemuras kancing batu api (‘’flintlock’’) Inggeris

Pemuras (bahasa Inggeris blunderbuss) adalah bedil muat hadapan dengan laras berkaliber pendek, besar, yang kembang di muncung, dan digunakan bersama peluru timah hitam (lead). Pemuras merupakan bentuk awal bedil yang digunakan bagi ketenteraan dan kegunaan pertahanan.[1] Istilah Terakol (Dragon) digunakan bagi menggambarkan pemuras dalam bentuk pistol tangan, dan dalam bentuk ini istilah dragoon terbentuk.[2][3][4].

Di Alam Melayu pula Pemuras adalah antara senjata yang gemar digunakan oleh orang-orang Melayu dahulukala.Dalam Perang Naning,catatan askar Inggeris menyatakan orang-orang Melayu amat pandai menggunakan Pemuras ini sehingga Inggeris terpaksa menghantar beberapa kali pasukan tenteranya menentang Dol Said dan Perang Naning juga berlaku dalam beberapa siri.Orang-orang Melayu Borneo khususnya orang Brunei dan Sulu adalah mereka yang selalu menggunakan Pemuras. Pemuras atau dalam bahasa Inggeris,blunderbuss adalah sejenis alat bedil muat hadapan dengan laras berkaliber pendek, besar, yang mempunyai muncung peledak hadapan yang berbentuk kembang (funnel-shaped muzzle ). Pemuras ini menggunakan peluru timah hitam (lead)

Ia digunakan untuk menembak dalam jarak dekat dan selalu digunakan oleh pasukan berkuda (Dragoons).Perkataan Dragoon ini berasal dari penggunaan Pemuras yang telah dimajukan bentuknya, menjadi lebih kecil, seperti pistol. Orang-orang Melayu memanggilnya sebagai Terakol atau Tarkul. Dragoon atau Terakol inilah asal-usul pistol pada hari ini. Pemuras juga adalah senapang atau bedil yang pertama sekali dicipta untuk tujuan pertahanan. Dalam masyarakat Melayu, senjata Pemuras dan Tarkul adalah agak popular berbanding di dunia barat. Penggunaan Pemuras adalah lebih kerap digambarkan di dalam peristiwa perang Melayu berbanding istinggar atau Flintlock Musket. Mengapa?

Ini kerana pada masa dahulu orang Melayu adalah pelaut dan pengembara yang gigih. Penggunaan blunderbuss ini adalah amat popular dikalangan pelaut, lanun dan pedagang. Ini kerana ia sesuai untuk pertempuran secara pantas dan berdepan kerana ia mampu mencederakan beberapa orang musuh dengan hanya satu tembakan dari jarak dekat.

Pemuras biasanya amat pendek, dengan laras kurang dari 60 cm (dua kaki), pada ketika laras senapang lantak biasanya melebihi 90 cm (tiga kaki) panjang. Satu sumber menggambarkan senjata dari awal hingga pertengahan abad ke-17, menyenaraikan panjang laras Terakul kancing roda (wheel lock) sekitar 28 cm (sebelas inci), berbanding 41 cm (enam belas inci) panjang bagi Pemuras.


Dalam budaya masyarakat Melayu, Kesultanan Brunei adalah diantara salah sebuah Kerajaan Melayu yang menggunakan Pemuras sebagai salah sebuah alat kebesaran kerajaan atau regalia. Ia menjadi lambang kebesaran Brunei dengan panggilannya yang tersohor 'Pemuras dan Karga'. Karga ialah bekas menyimpan peluru pemuras yang dibuat cantik dan berseni.

Pemuras sering dihiasi dengan ukiran yang amat halus dan cantik. Ada juga Pemuras yang dibuat daripada logam berharga seperti Emas dan Perak serta ditatahkan dengan intan permata. Di dunia barat penggunaan Pemuras adalah lebih kerap digunakan oleh pasukan berkuda kerana ia mudah digunakan terutama ketika mengisi peluru.


Etimologi[sunting | sunting sumber]

Istilah blunderbuss adalah berasal dari bahasa Belanda, dari perkataan Belanda donderbus, iaitu gabungan donder, bererti "Halilintar", dan bus, bererti "Paip" (Belanda Tengah: busse, kotak, tiub, dari Latin Akhir, buxis, kotak).[1] Terjemahan dari donder kepada blunder dipercayai sesetengah orang sebagai sengaja; istilah blunder pada asalnya digunakan dalam bentuk transitive verb, sinonim dengan bagi mengelirukan, dan ini dipercayai menggambarkan bunyi kuat Pemuras laras pendek, mulut besar.[3] Istilah dragon di ambil dari fakta bahawa versi asal dihiasi dengan ukiran berbentuk haiwan mitikal kepala Naga mengelilingi muncung; letupan muncung akan memberikan gambaran nafas naga berapi..[5][6][7] Pemuras biasanya amat pendek, dengan laras kurang dari 60 cm (dua kaki), pada ketika laras senapang lantak biasanya melebihi 90 cm (tiga kaki) panjang.[8][9] Satu sumber menggambarkan senjata dari awal hingga pertengahan abad ke-17, menyenaraikan panjang laras Terakul kancing roda (’’wheel lock’’) sekitar 28 cm (sebelas inci), berbanding 41 cm (enam belas inci) panjang bagi Pemuras.[3]

Kegunaan[sunting | sunting sumber]

Terakul atau ’’dragon’’, dijumpai di medan tempur di Cerro Gordo, Mexico
Sepasang Terakul dari Poland dilengkap[I dengan kancing miquelet

Pemuras, dan terutamanya Terakul pendek diberikan kepada tentera seperti tentera berkuda, yang memerlukan bedil yang ringan, dan mudah dikendalikan.[9] Dragon (Terakul) dikaitkan dengan tentera berkuda dan istilah dragoon menjadi sinonim dengan tentera infantry berkuda. Tambahan kepada tentera berkuda, Pemuras juga digunakan bagi tugasan lain di mana kualiti senapang patah diingini, seperti menjaga tahanan atau mempertahankan koach mel, dan kegunaannya bagi pertempuran bandar juga telah diakui.[10][4]

Pemuras digunakan bagi perkhidmatan menghantar surat British dalam tempoh 1788–1816 merupakan kancing batu api (’’flintlock’’) dengan laras tembaga kembang sepanjang 14 inci, pelindung picu tembaga, dan picu dan kancing besi. Koach surat British biasanya mempunyai seorang pekerja bagi mengawal surat dari Highwayman, bersenjatakan Pemuras dan sepasang pistol.[11] Satu Permuras koach anad ke-18 dalam koleksi British yang lain memiliki laras tembaga 17 inci, kembang sehingga 2 inci di muncung laras; ia turut dilengkapi dengan bayonet ("sangkur") berspring yang dipegang sepanjang laras dengan pencangkuk, dan akan melantun ketempatnya apabila dilepaskan.[7]

Sungguhpun Pemuras sering kali dikaitkan dengan Penghijrah (Pilgrims),[12] bukti menunjukkan bahawa Pemuras agak jarang di koloni Amerika. Selepas Pertempuran Lexington, Jeneral British Thomas Gage menduduki Boston, Massachusetts. Selepas berunding dengan jawatankuasa bandar, Gage bersetuju membenarkan penduduk Boston meninggalkan Bandar dengan keluarga dan barangan, sekiranya mereka menyerahkan semua senjata. Walaupun kebanyakan penduduk Boston kekal, mereka yang pergi di bawah perjanjian tersebut menyerahkan 1,778 bedil, 634 pistol, 273 bayonet, dan hanya 38 Pemuras.[13] bagaimanapun Pemuras ada kegunaan awamnya; Ekspedisi Lewis dan Clark membawa sejumlah pemuras, sesetengah darinya bertenggek dan digunakan sebagai meriam berpusing pada perahu batang balak (pirogue)s.[6]

Pemuras Harper's Ferry 1808, yang di bawa semasa Ekspedisi Lewis dan Clark Expedition

Menjelang abad ke-19, pemuras dianggap lapuk. Bagi kegunaan ketenteraan, pemuras digantikan dengan karbin, sungguhpun sesetengah menganggap ia pengganti yang teruk (karbin yang digunakan Britain semasa Perang Krimea dipersenda dalam Majalah Punch sebagai pengguna yang mahir mampu “mengenai timbunan jerami pada 80 ela"), sungguhpun ia masih digunakan oleh orang awam sebagai bedil pertahanan.[14][15]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. 1.0 1.1 The Encyclopædia Britannica. 1911. , entry for Blunderbuss
  2. Kamus Kata Klasik - Edisi Pelajar By Rahman Shaari
  3. 3.0 3.1 3.2 Sibbald Mike Lier (1868). The British Army: Its Origin, Progress, and Equipment. Cassell, Petter, Galpin. ms. 33, 302 - 304. 
  4. 4.0 4.1 George Elliot Voyle, G. de Saint-Clair-Stevenson (1876). A Military Dictionary. ms. 43, 114. 
  5. "Musketoon (AAA2517)". National Maritime Museum. 
  6. 6.0 6.1 "Thunder Gun". 
  7. 7.0 7.1 Society of Antiquaries of Newcastle upon Tyne (1905). Proceedings. Society of Antiquaries of Newcastle-upon-Tyne. ms. 251. 
  8. See Brown Bess.
  9. 9.0 9.1 Charles Francis Hoban (1853). Pennsylvania Archives. , page 324, from a letter dated March 7, 1778
  10. George Otto Trevelyan (1905). The American Revolution. Longmans, Green and co. 
  11. The British Postal Museum and Archive. "Weapons". , see items OB1995.338 and OB1995.344
  12. Archie Frederick Collins (1917). Shooting: For Boys. Moffat, Yard and company. ms. 33 - 34. 
  13. Abiel Holmes (1829). The Annals of America, Volume II. Hillard and Brown. ms. 242. 
  14. Edward Henry Knight (1876). Knight's American Mechanical Dictionary. Hurd and Houghton. 
  15. Henry Mayhew (1855). "Punch". XXVIII. Number 704, page 2

Pautan luar[sunting | sunting sumber]