Penerima Anugerah Sri Wirama Anugerah Industri Muzik

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Berikut adalah penerima anugerah Sri Wirama yang disampaikan pada penganjuran Anugerah Industri Muzik. Anugerah ini diberikan kepada penggiat seni muzik dan industri rakaman Malaysia yang berkhidmat untuk industri dalam tempoh yang signifikasi dan menyumbang pelbagai jasa. Anugerah ini juga digelar sebagai anugerah pencapaian sepanjang hayat buat mana-mana artis dan penggiat belakang tabir. Ia disampaikan kepada seorang artis ketika berlangsungnya AIM.


Tahun Artis Umur Sumbangan/Penglibatan
1993 Ahmad Nawab
60 Komposer / Penerbit / Pemuzik / Penggubah Lagu
Sudirman Posthumous (meninggal pada usia 37 tahun) Penyanyi (Aliran Pop) / Penghibur
1995 Ahmad Daud 61 Penyanyi (Aliran Pop) / Penghibur
1996 Ahmad Merican 72 Penyiar / Penerbit / Komposer
1997 SM Salim 67 Penyanyi (Aliran Asli/Etnik)
1998 Julie Sudiro 52 Penyanyi (Aliran Jazz)
Zain Azman 62 Penyanyi (Aliran Jazz)
1999 Johari Salleh 58 Penggubah Lagu / Pemuzik / Penerbit
2000 Sharifah Aini 48 Penyanyi (Aliran Pop / Etnik) / Penulis Lirik / Penghibur
2001 Rosiah Chik 69 Penyanyi (Aliran Asli/Etnik)
2002 M. Nasir 44 Penyanyi (Aliran Pop) / Pemuzik / Komposer / Penerbit
2003 Ali Bakar 53 Promoter / Penerbit
2004 Orkes Nirwana
Dianggotai oleh;-
A. Rahman Hassan
Azizah Mohamad
E. Elias
B. Badrun
A. Rozie Ashari
M. Radzi Jamil
Diantara 51 - 56 tahun Penyanyi (Aliran Pop Yeh Yeh) / Pemuzik / Komposer
2005 Frankie Cheah 63 Penyanyi (Aliran Pop) / Penerbit / Usahawan
2006 S. Atan 59 Pemuzik / Penggubah Lagu / Penerbit
2007 Freddie Fernandez 53 Pemuzik / Penerbit / Usahawan
2008 Fauzi Marzuki 60 Komposer / Pemuzik / Penggubah Lagu
2009 Habsah Hassan 58 Penulis Lirik / Penerbit
2010 Adnan Abu Hassan 49 Komposer / Penggubah Lagu / Penulis Lirik / Penyanyi (Aliran Pop)
2011 Beh Suat Pheng 64 Promoter / Aktivis / Penerbit
2012 Kumpulan Alleycats
Dianggotai oleh; -
David Arumugam
Loganathan Arumugam
Tan Chin Hock
Shunmugam Arumugam
Chester Anthony Passerella
Khoo Fook Sin
Grenville Pereira (Gren)
Frank Ong
Nazaruddin Abdullah
Loh Kum Swee
Mike Prawing Aroonratana
Di antara 45 - 66 tahun Penyanyi (Aliran Pop) / Pemuzik / Komposer
2013 Tony Fernandes 49 Promoter / Penerbit / Pemuzik
2014 Ramli Sarip 62 Penyanyi / Penggubah Lagu / Pemuzik
2015/2016 Sheila Majid 52 Penyanyi (Aliran Pop) / Penghibur
2021/2022 Tan Su Loke 81 Penasihat / Pengarah Urusan Syarikat Rakaman