Lagu Terbaik Anugerah Industri Muzik

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Lagu Terbaik atau digelar juga sebagai Lagu Sepanjang Tahun adalah salah satu kategori utama diberikan menerusi Anugerah Industri Muzik di mana berbentuk trofi mikrofon yang diberikan kepada persembahan rakaman lagu yang dicipta melodinya dan ditulis liriknya oleh rakyat Malaysia yang mencapai merit dan kualiti yang ditetapkan dalam industri rakaman. Ia disampaikan kepada penulis lagu dan lirik, serta diseiringkan dengan artis rakaman yang merakamkan lagu tersebut secara konsisten sejak mula diperkenal dan dianjurkan oleh Recording Industry Malaysia (RIM) dan Persatuan Industri Muzik Malaysia (PAIMM).

Senarai Pemenang dan Calon[sunting | sunting sumber]

Lagu Terbaik[sunting | sunting sumber]

Sheila Majid, Nora Ariffin, Ning Baizura, M. Nasir, Anuar Zain dan Yuna merupakan penyanyi yang paling banyak menerima anugerah ini masing-masing dengan dua kemenangan. Lagu No More nyanyian SonaOne pula menjadi lagu bahasa Inggeris yang pertama diangkat sebagai pemenang kategori ini. Ning Baizura menjadi penyanyi pertama memenangi kategori ini dua tahun berturut-turut.

Azlan Abu Hassan dan Loloq merupakan pencipta (komposer) dan penulis lirik yang paling banyak memenangi kategori ini masing-masing dengan empat dan tiga kemenangan.

† = Lagu yang memenangi Anugerah Juara Lagu & Juara Kategori
‡ = Lagu yang bertanding di Anugerah Juara Lagu

1990an[sunting | sunting sumber]

Tahun Pemenang Calon-calon Lain
1993 Satu dipersembahkan oleh Zainal Abidin & SM Salim;
Pencipta: Roslan Aziz
Penulis Lirik: Zainal Abidin & Nizam
1995 Mentera Semerah Padi dipersembahkan oleh M. Nasir;
Pencipta: M. Nasir
Penulis Lirik: Nurbisa (Loloq)
1996 Jentayu dipersembahkan oleh Johan Nawawi, Sheila Majid & Nora Ariffin;
Pencipta: Johan Nawawi
Penulis Lirik: Usman Awang
1997 Jerat Percintaan dipersembahkan oleh Siti Nurhaliza; †
Pencipta: Adnan Abu Hassan
Penulis Lirik: Othman Zainuddin & Hani MJ
1998 Selamanya dipersembahkan oleh Innuendo;
Pencipta: Azlan Abu Hassan
Penulis Lirik: Cahaya Pena & Rizal Kamarulzaman
1999 Aku Cinta, Aku Rindu dipersembahkan oleh Ajai & Nurul;
Pencipta: Ajai
Penulis Lirik: Nurul

2000an[sunting | sunting sumber]

Tahun Pemenang Calon-calon Lain
2000 Ku Mohon dipersembahkan oleh Sheila Majid;
Pencipta: Mac Chew
Penulis Lirik: Sheila Majid
2001 Menyemai Cinta Bersamamu dipersembahkan oleh Nora Ariffin ‡ ;
Pencipta: Azlan Abu Hassan
Penulis Lirik: Ucu
2002 Seandainya Masih Ada Cinta dipersembahkan oleh Dayang Nurfaizah; †
Pencipta: Ajai
Penulis Lirik: Syed EnV
2003 Keabadian Cinta dipersembahkan oleh Anuar Zain; ‡
Pencipta: Azlan Abu Hassan
Penulis Lirik: Intan Nazrahayu (Azalea)
2004 Selagi Ada Cinta dipersembahkan oleh Ning Baizura; ‡
Pencipta: Ajai
Penulis Lirik: Nurul
2005 Awan Yang Terpilu dipersembahkan oleh Ning Baizura; ‡
Pencipta: Lin Li Zhen
Penulis Lirik: Loloq
2006 Warkah Buat Laila dipersembahkan oleh Zahid Baharuddin; †
Pencipta: Ayub Ibrahim
Penulis Lirik: Habsah Hassan
2007 Juwita (Citra Terindah) dipersembahkan oleh M. Nasir; †
Pencipta: M. Nasir
Penulis Lirik: M. Nasir
2008 Izinku Pergi dipersembahkan oleh Kaer Azami; †
Pencipta: Azlan Abu Hassan
Penulis Lirik: Sulu Sarawak
2009 Nafas Cahaya dipersembahkan oleh Misha Omar;
Pencipta: M. Nasir
Penulis Lirik: Loloq

2010an[sunting | sunting sumber]

Tahun Pemenang Calon-calon Lain
2010 Dan Sebenarnya dipersembahkan oleh Yuna Zarai; †
Pencipta: Yuna Zarai
Penulis Lirik: Yuna Zarai
2010/2011 Sedetik Lebih dipersembahkan oleh Anuar Zain; ‡
Pencipta: Edry Abdul Halim
Penulis Lirik: Edry Abdul Halim

Anugerah ini asalnya diberikan kepada Yuna menerusi lagu ciptaan sepenuhnya beliau yang berjudul Penakut ‡ dipetik daripada album Decorate pada malam penganugerahan; pada 24 November 2011 anugerah ini ditarik balik oleh AIM dan RIM kerana kesilapan dalam penjurian. Trofi diserahkan kepada lagu Sedetik Lebih.

  • Joget Tak Senang HatiAdibah Noor (Gubahan & Lirik: Mohariz Yaakup)
  • Pedoman VOUNora Ariffin feat VOU (Gubahan: Johan Nawawi & Lirik: Shahril Inteam)
  • Pelita'A.P.I (Gubahan: Monoloque) ‡
2011/2012 Patah Seribu dipersembahkan oleh Shila Amzah; ‡
Pencipta: Shila Amzah
Penulis Lirik: Shila Amzah
2012/2013 Lelaki dipersembahkan oleh Yuna Zarai; ‡
Pencipta: Yuna Zarai & AG Coco
Penulis Lirik: Yuna Zarai
2013/2014 No More dipersembahkan oleh SonaOne;
Pencipta: Mikael Adam Lozach
Penulis Lirik: Mikael Adam Lozach
2014/2016 Sejati dipersembahkan oleh Faizal Tahir;
Pencipta: Faizal Tahir & Mike Chan
Penulis Lirik: Faizal Tahir & Mike Chan

2020an[sunting | sunting sumber]

Tahun Pemenang Calon-calon Lain
2021/22 Goodbye, Hello dipersembahkan oleh Syamel & Ernie Zakri;
Pencipta: Ernie Zakri, Syamel, Faizal Tahir, Mike Chan
Penulis Lirik: Ernie Zakri, Syamel, Faizal Tahir, Mike Chan