Perjanjian Anggota Nuklear Jarak Sederhana

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Perjanjian Anggota Nuklear Jarak Sederhana
Perjanjian Antara Amerika Syarikat dan Republik Sosialis Kesatuan Soviet Berkenaan Penghapusan Peluru Berpandu Jarak Dekat dan Sederhana
Gorbachev dan Reagan menandatangani kertas perjanjian.
Gorbachev dan Reagan menandatangani kertas perjanjian.
JenisPerlucutan senjata nuklear
Ditandatangani8 Disember 1987, 1:45 p.m.[1] di White House, Washington, D.C.
Berkuat kuasa
1 Jun 1988
SyaratRatifikasi oleh Kesatuan Soviet dan Amerika Syarikat
Tamat tempoh
1 Februari 2019 (Amerika Syarikat)
2 Februari 2019 (Rusia)
Penandatangan Kesatuan Soviet: Gorbachev
 Amerika Syarikat: Reagan
Teks Perjanjian
sunting
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Perjanjian Anggota Nuklear Jarak Sederhana (Perjanjian INF, secara rasminya Perjanjian Antara Amerika Syarikat dan Republik Sosialis Kesatuan Soviet Berkenaan Penghapusan Peluru Berpandu Jarak Dekat dan Sederhana; Rusia: Договор о ликвидации ракет средней и меньшей дальности / ДРСМД, Dogovor o likvidatsiy raket sredney i menshey dalnosti / DRSMD) merujuk pada satu perjanjian kawalan senjata yang ditandatangani pada tahun 1987 antara Amerika Syarikat dan Kesatuan Soviet (dan kemudian negara pengantinya Persekutuan Rusia). Ia telah ditandatangani di Washington, D.C. oleh Presiden Ronald Reagan dan Setiausaha Agung Mikhail Gorbachev pada 8 Disember 1987,[1] perjanjian ini kemudian diluluskan oleh Senat Amerika Syarikat pada 27 Mei, 1988 dan diratifikasikan oleh Reagan dan Gorbachev pada 1 Jun 1988.[2]

Perjanjian ini menghapuskan kesemua peluru berpandu krus dan balistik (termasuk pelancarnya) yang dilancarkan dari darat, dengan jarak 500–1,000 kilometer (310–620 bt) (jarak dekat-sederhana) dan 1,000–5,500 km (620–3,420 bt) (jarak sederhana). Perjanjian ini tidak memasukkan peluru berpandu yang dilancarkan daripada udara atau laut.[3][4] Menjelang bulan Mei 1991, 2,692 buah peluru berpandu dihapuskan, diikuti dengan 10 tahun pemeriksaan di tapak untuk pengesahan.[5]

Memetik kegagalan pematuhan oleh Rusia, Presiden A.S. Donald Trump telah mengumumkan pada 20 Oktober, 2018 bahawa beliau akan menarik keluar A.S daripada perjanjian ini.[6] A.S. secara rasminya mengantung perjanjian ini pada 1 Februari, 2019,[7] diikuti oleh Rusia pada hari berikutnya.[8]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b Garthoff, Raymond L. (1994). The Great Transition: American-Soviet Relations and the End of the Cold War. Washington, DC: Brookings Institution. m/s. 326. ISBN 978-0-8157-3060-6. The reason for this precision of timing… was a mystery to almost everyone in both governments… Only much later did it become known that the time had been selected as propitious by Nancy Reagan's astrologer
  2. ^ AP Archive. "Reagan And Gorbachev Meet, Reagan And Gorbachev Sign Ratification Instruments For INF Treaty" – melalui YouTube.
  3. ^ "INF Treaty". United States Department of State. Dicapai pada 4 October 2018.
  4. ^ Kramer, Andrew E.; Specia, Megan (1 February 2019). "What Is the I.N.F. Treaty and Why Does It Matter?" – melalui NYTimes.com.
  5. ^ Stockholm International Peace Research Institute (2007). SIPRI Yearbook 2007: Armaments, Disarmament, and International Security. New York, NY: Oxford University Press. m/s. 683. ISBN 978-0-19-923021-1.
  6. ^ Pengelly, Martin (20 October 2018). "Trump says US will withdraw from nuclear arms treaty with Russia". The Guardian. Dicapai pada 20 October 2018.
  7. ^ "Pompeo announces suspension of nuclear arms treaty". CNN (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2019-02-01.
  8. ^ "Russia suspends INF treaty in 'mirror response' to US – Putin". Russia Today. 2 February 2019. Dicapai pada 2 February 2019.

Bacaan lanjut[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

  • Text of the INF Treaty
  • Video of a 1986 PBS program on the future of arms control
  • Video of a 1986 year-in-review for the Soviet Union
  • Statements by Ronald Reagan on INF Treaty negotiations in March, April, June, and December 1987

Templat:Nuclear weapons limitation treaty Templat:Ronald Reagan