Perang Ain Jalut
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Pertempuran Ain Jalut)
| Perang Ain Jalut | |||||||||
|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
| Sebahagian dari Peperangan Islam-Mongol | |||||||||
|
|||||||||
| Pihak bersengketa | |||||||||
| Empayar Mongol | Empayar Mamluk | ||||||||
| Komander | |||||||||
| Kitbuqa | Saifuddin Muzaffar Al-Qutuz, Baibars | ||||||||
| Kekuatan | |||||||||
| Sekitar 20,000 | Sekitar 18,000 | ||||||||
| Korban dan kehilangan | |||||||||
| Sekitar 19,000, hampir keseluruhan pasukan termasuk Kitbuqa terkorban | Sekitar 5,000 | ||||||||
Pertempuran Ain Jalut (atau Ayn Jalut, Bahasa Arab: عين جالوت, "Mata Air Jalut") terjadi pada 3 September 1260 di antara Mamluk Mesir dan Mongol di Palestin, di Lembah Jezreel di Galilee.
[sunting] Keadaan semasa
Ketika ini, Saifuddin Muzaffar Al-Qutuz baru saja memegang takhta kerajaan Mamluk sejak bulan Januari 1260M dan keadaan kerajaan Mamluk adalah berada di dalam tidak stabil akibat pergeseran yang berlaku di antara dua puak Mamluk yang bertelagah iaitu Mamluk Bahriah dan Mamluk Mu'izziah. Namun krisis politik ini dapat diselesaikan oleh beliau.
[sunting] Persediaan
Sebagai langkah persediaan menghadapi peperangan, Qutuz melantik Baibars sebagai panglima bagi mengetuai pasukan utama tentera berkuda Mamluk.