Pertempuran Ruhr

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Pertempuran Ruhr
Sebahagian daripada Perang Dunia Kedua
Tarikh 7 Mac hingga 21 April 1945
Lokasi Kawasan Ruhr, Jerman
Hasil Kemenangan Pihak Berikat
Yang berperang
Amerika Syarikat Amerika Syarikat
United Kingdom United Kingdom
Jerman Nazi Jerman
Komander dan pemimpin
Amerika Syarikat Omar Bradley
Amerika Syarikat Courtney H. Hodges
Amerika Syarikat William Hood Simpson
United Kingdom Bernard Montgomery
Jerman Walter Model 
Kekuatan
Tidak diketahui ~400,000
Kerugian
Tidak diketahui Jumlah maut tidak pasti
300,000 ditawan.

Pertempuran Ruhr merupakan pertempuran pengepungan yang terjadi pada akhir Mac dan awal April 1945, di akhir Perang Dunia Kedua, di kawasan Ruhr di Jerman.

Latar belakang[sunting | sunting sumber]

Pertempuran Ruhr mula dirancang pada 22 September 1944, apabila Presiden Eisenhower memberitahu pemimpin kanan tenteranya bahawa matlamat utama fasa operasi masakini adalah pengepungan bandar Ruhr oleh Kumpulan Tentera ke-21 dari utara dengan sokongan Tentera Amerika Syarikat Pertama.

Operasi itu dirancang dengan operasi udara besar-besaran “Market Garden” yang akan mengundurkan sayap kanan Jerman dan menempatkan Kumpulan Tentera ke-21 di bawah pimpinan Jeneral Montgomery di Rhine Bawah di utara Ruhr.

Bahagian sayap kanan Montgomery telah mara 80 km (50 batu) dan menjelang 5 March 1944 mereka telah berada di tebing kanan Rhine dari Moers hingga ke Dusseldorf. Menjelang keesokkan sayap kiri Tentera ke-12 di bawah pimpinan Jeneral Omar N. Bradley pula telah maju hingga ke Euskirchen dan Cologne. Pada 7 March pasukan kereta kebalnya telah menguasai jambatan kereta api Euskirchen dan Jeneral Bradley serta merta menghantar empat division menyeberangi Rhine untuk membuat pendaratan awal (bridgehead) 25 km (15 batu) di sebelah timur Rhine.

Sebelum itu Presiden Eisenhower sedang menimbang pilihan antara kemaraan di sepanjang medan tempur seperti yang dicadangkan oleh Montgomery atau satu kemaraan sempit bagi menembusi barisan pertahanan musuh. Pada awal February 1945 bahawa dia memutuskan bagi menyeberangi Rhine dengan kekuatan penuh di utara. Tetapi dengan perkembangan pantas di pendaratan awal di Remagen dan penyeberangan mengejut Rhine oleh Tentera Amerika Syarikat Ke-tiga di bawah pimpinan Leftenan Jeneral George S. Patton di Oppenheim pada 22 March membolehkan beliau menimbang semula pilihannya.

Sungguhpun peta Hitler menunjukkan 60 Division Jerman di Barat, ia sebenarnya hanya mempunyai kekuatan 23 division tentera pejalan kaki dan enam division Panzer, dan setiap satu hanya memiliki kekuatan Kampfgruppe, sekitar satu per tiga division. Mereka berhadapan dengan serangan dari 94 division lengkap pihak Berikat, 22 darinya merupakan division berperisai. Berhadapan dengan 10,000 pesawat udara Berikat, Luftwaffe hanya mampu menggerakkan 1,000 pesawat yang 80 darinya adalah jet pejuang terbaru. Sungguhpun dengan mengambil kira kelebihan kelengkapan dan kemahiran tentera Jerman, ini sudah jelas merupakan perlawanan yang tidak seimbang dan tidak mampu bertahan lama.

Field Marshal Walther Model, komander Tentera Kumpulan B Jerman yang berpusat di Ruhr sudah pasti tentang hasil pertempuran itu nanti tetapi dia memutuskan bahawa pertahanan kental Ruhr adalah tugasnya dan ini juga akan melewatkan penjajahan terhadap tanahairnya, Jerman.

Menjelang akhir bulan March 1945, gabungan serangan Tentera Amerika Syarikat ke-Sembilan di bawah pimpinan Montgomery dan Tentera Amerika Syarikat Pertama di bawah pimpinan Bradley telah mengasak tiga Tentera Jerman sepanjang medan Rhine Tengah antara sungai Lippe dan Sieg, sektor Tentera Kumpulan B.

Keseluruhan tiga tentera Jerman berjumlah 19 division tidak memiliki kelengkapan berat yang hilang ketika menyelamatkan diri menyeberangi Rhine. Kumpulan Tentera B Jerman hanya memiliki 65 kereta kebal, dari mana 50 darinya berjuang di sempadan utara pendaratan awal Remagen. Keseluruhan Ruhr diselongkar bagi persenjataan dan bagi menentang kemaraan pihak Berikat, Field Marshal Walther Model, komander Tentera Kumpulan B akan menggerakkan suku juta tentera, sesetengahnya tidak terlatih, yang lain adalah veteran yang lasak.

Serangan hadapan yang dijangka[sunting | sunting sumber]

Kaki tangan Tentera Panzer ke Lima menjangkakan serangan berhadapan menyeberangi sungai Rhine antara Duisburg dan Dusseldorf digabung dengan kemaraan baru menyeberangi sungai Sieg dalam gerakan mengepit bagi memotong suku barat daya Ruhr. Field Marshal Walther Model memindahkan ibu pejabat tempur ke Olpe, yang merupakan pusat jalan dan kereta api terletak sekitar 55 km (35 batu) timur dari Cologne dan 20 km (12 batu) di utara Sieg.

Serangan utama dari selatan Ruhr akan dilakukan oleh Major Jeneral Lawton Collin, Kor ke-7 Tentera Amerika Syarikat Pertama. Division ke-78nya akan mempertahan garis sungai Sieg, sementara Division Pejalan Kaki Pertama akan mempertahankan bahagian utara Kor dan Division Perisai diberikan tugasan penembusan dalam. Pada 25 March 1945, komander tempur Perisai ke-3 setiap satunya disokong oleh satu batalion tentera pejalan kaki memecah keluar dari pendaratan awal Remagen 25 km (15 batu) melalui kawasan desa yang berhutan dan berbukit. Apabila sampai di sana mereka bergerak ke timur bagi menguasai laluan menyeberang sungai Dill, 30 km (20 batu) selatan Siegen.

Menjelang malam hari keempat, 28 March, Pemerintah Tempur B Perisai ke-3 sampai ke Marburg, 130 km (80 batu) dari garis permulaan. Pemerintah Tempur R pula berada di Killenberg dan Pemerintah Tempur A pula menguasai Herborn, 40 km (25 batu) kebelakang. Sisi kiri Model diundurkan secara mutlak. Tentera Amerika Syarikat Ke Sembilan Division Perisai ke-2 di hujung sayap kanan Montgomery meluaskan sempadan selatan pendaratan awal Wesel melalui lembah sungai Lippe sehingga ke Dorsten, dengan itu turut juga mengundurkan sayap kanan Model.

Kemaraan pihak Berikat di utara dan selatan Ruhr merupakan sebahagian pergerakan umum dari utara ke timur dalam medan tempur dari Arnhem hingga ke Strasbourg yang mengancam untuk meninggalkan satu per tiga juta tentera Jerman dalam poket Ruhr yang semakin dalam. Komander Kumpulan Tentera B menyedari bahaya ini.

Kolonel Jeneral Johannes von Blaskowitz Kumpulan Tentera H di utara sedang berundur, disebabkan sayap selatannya diancam berikutan kedudukan Kumpulan Tentera B Model yang semakin buruk. Kedua komander meminta kebenaran bagi berundur di belakang sungai Weser dan membentuk medan baru yang kukuh di situ. Hitler sebaliknya memerintah kesemua pasukan bertahan dan berjuang. Hitler turut mengistihar hukuman mati bagi sebarang komander yang meninggalkan sebarang kawasan yang berpenghuni. Perintah ini telah memastikan kekalahan Kumpulan Tentera B.

Kejayaan Amerika di Ruhr memberangsangkan Presiden Eisenhower untuk mengumumkan keputusannya: Jeneral Bradley akan diberikan peranan utama dalam serangan akhir sementara Jeneral Montgomeryakan akan melindungi sisi kiri Bradley dan membersihkan utara Jerman hingga ke sempadan Danish.

Selepas Ruhr dikepung, Tentera Amerika Syarikat ke-9 akan dikembalikan kepada pemerintahan Bradley tetapi kemaraan ke Elbe akan dilewatkan sehingga pasukan pertahanan Model di Ruhr telah disingkirkan daripada medan pertempuran.

Selepas empat hari mara secara berterusan tanpa berhenti rehat, Pasukan Tugas enam Division Perisai ke-3 gembira dengan kemajuan mereka. Kemudian Major Jeneral Maurice Rose, komander Division Perisai ke-3 diperintahkan untuk ke Paderborn dan terus mara sehingga mereka sampai tanah tinggi di lapangan terbang Paderborn.

Pada 30 March 1945 pasukan peninjau hadapan telah bertempur and Pasukan Petugas Richardson dan Pasukan Petugas Hogan dengan pantas bergerak bagi memusnahkan sebarang tentangan. Mereka ditentang hebat dengan Panzerfaust dan senjata kecil di Kirchborchen hanya 6 km (4 batu) dari Paderborn. Pasukan Petugas Richardson telah kehilangan dua Shermans. Pasukan Infantri Berperisai mengalami ramai korban akibat tembakan mesingan dan tembakan anti-pesawat ringan. 200 orang tentera Jerman tanpa sebarang bantuan kereta kebal telah berjaya menghentikan Pasukan Petugas Richardson lebih dari 24 jam.

Tentera Amerika menerima tentangan hebat dari pasukan Jerman. Tentera Amerika di bawah pimpinan Kolonel John C. Welborn menghabiskan sepanjang hari bagi membebaskan bandar kecil Husen dan Etteln sebelum kembali bergerak ke Paderborn. Mereka diserang hendap oleh empat kereta kebal Tiger yang berjaya memusnahkan tujuh Sherman sementara enam lagi kereta kebal Tiger memotong masuk dari tenggara mengepong sepenuhnya Pasukan Petugas Welborn.

Brigadier Jeneral Doyle O. Hickey, Komander Tempor A mengambil alih kepimpinan division tersebut. Sepanjang March pertempuran berlangsung bagi merebut Panderborn, dengan pasukan Jerman yang lemah berjuang bermati-matian, berjaya menghentikan pasukan Amerika yang lebih ramai dan lebih lengkap bersenjata. Mereka hanya diundurkan dengan serangan tepu motar, tembakan artileri berat, dan penyembur api. Akhirnya, pasukan Pejalan Kaki Division ke-104 di bawa masuk bagi menyerang sektor Lichtenau/Etteln sebelum kereta kebal dan meriam pasukan Perisai ke-3 mampu membuat serangan yang diselaras terhadap Paderborn yang dijadualkan pada 1 April.

Major Jeneral Collin, komander Kor ke-7 bimbang mengenai persediaan Jerman ke atas garis pertahanannya yang lemah. Selepas kekeliruan awal, pasukan Jerman menyerang hebat tapak pendaratan awal Amerika di selatan Ruhr; Division Pejalan kaki ke-8 ketika cuba menawan Siegen menerima tentangan hebat dari Division Volksgrenadier yang baru dilatih yang menentang pendaratan awal di Sieg. Di sebelah utara, Division Pejalan kaki ke-9 US ditentang hebat oleh pasukan Panzer dan infantri Kampfgruppe dari Bayerlein dan terpaksa berundur.

Major Jeneral Collin terpaksa meminta bantuan dari Division Perisai ke-2 di bawah pimpinan Liftenan Jeneral William H. Simpson. Dia juga memerintah Division Perisai ke-3 menghantar Pasukan Petugas untuk bergabung dengannya dan bertemu di Lippstadt.

Pertempuran di Lippstadt[sunting | sunting sumber]

Tentera Jerman mendirikan perangkap kereta kebal dan halangan merentangi jalan, dan semua kanak-kanak dan orang deawasa yang mampu mengangkat senjata dikerah mempertahankannya. Division Perisai ke-2 dan Pasukan petugas Kane Amerika diarah bergerak masuk dan akhirnya penentangan Jerman roboh. Menjelang tengahari pasukan perisai Amerika sampai ke tengah bandar dan pada 1 April pasukan tentera Bradley dan Montgomery yang sempadannya berakhir di Rhine bergabung semula di 150 km timur laut mengepong kawasan seluas 10,350 km persegi dan hampir satu per tiga juta tentera Jerman.

Pengepongan itu dicapai dengan jumlah korban yang besar, Division Perisai ke-3 mengalami kehilangan 53 kereta kebal dan 60 kenderaan lain dan Division Pejalan kaki 104 mengalami korban yang ramai. Sayap kiri Tentera Amerika Pertama turut mengalami korban besar dalam pertempuran sengit. Bagaimanapun kedua-dua division mencipta rekod baru bagi kemaraan tentera pejalan kaki, 104 bergerak sejauh 310 km dalam tempoh sembilan hari.

Antara 2-4 April 1945 keseluruhan timur laut Ruhr dibersihkan dari saki-baki tentera Jerman, Division Perisai ke-8 menyerang dari tenggara Paderborn. Tiga division pejalan kaki dari Tentera Kesembilan menyerang dari utara sementara dari selatan Tentera Pertama menyerang dengan Division Perisai ke-13 yang baru dibentuk dan tujuh division infantri. Pada 5 April, sisa Division Panzer ke-9 dimusnahkan oleh Division Pejalankaki ke-9 Pada 7 April, cuaca baik dan Pemerintah Udara taktikal pejuang pengebom menyerang semua sasaran termasuk kenderaan pedati kuda. Tentera Amerika melepaskan tembakan tanpa had dan artileri menyokong satu Kor menembak 259,061 das dalam tempoh dua minggu pertempuran. Ketika poket Ruhr berkecai jumlah tahanan perang melonjak naik.

Menjelang 17 April tentangan di poket Ruhr telah berakhir. Tentera Amerika Pertama bergabung dengan Tentera Amerika Kesembilan dan pertempuran bagi pusat Jerman kini berakhir. Tentera ke-9 mengalami 2,462 korban termasuk 341 terbunuh dan 121 hilang dan Tentera Amerika Pertama yang mengalami tentangan hebat dari Field Marshal Walther Model mengalami angka korban sebanyak tiga kali ganda.

Keputusan akhir Fil Marsyal Walther Model[sunting | sunting sumber]

Pada 17 April 1945, Model memberi pilihan kepada tenteranya samaada hendak memecah keluar kepongan bagi berundur atau menyerah diri. Sebahagian besar tenteranya menyerah diri dan pada 2 May lebih 500,000 tentera Jerman menyerah diri di Itali dan Berlin turut jatuh. Antara 317,000 yang menyerah diri di Ruhr termasuk 29 Jeneral Jerman yang bagaimanapun tidak termasuk Field Marshal Walther Model. Komander Tentera Kumpulan B itu telah masuk ke dalam hutan berhampiran Dusseldorf dan menembak dirinya sendiri.

Nota dan rujukan[sunting | sunting sumber]

Nota a ^  menurut Levine, terdapat hanya sedikit "kilang cukup besar" bersesuaian bagi pensasaran khas seperti dalam kes Essen.[1]

  1. Levine, Alan J.. The Strategic Bombing of Germany, 1940-1945. m/s. 53.