Pertubuhan Pembebasan Bersatu Patani

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Pertubuhan Pembebasan Bersatu Patani atau PULO dibentuk pada 1968 di tanah Arab dan menjadi kumpulan pemberontak terbesar di selatan Thailand sejak dua dekad tetapi berpecah pada 1990-an. iatu Kumpulan Bersatu dan kumpulan panyom yang ditubuhkan PULO Baru atau di kenali dengan nama PULO Pedang pada 1997. Perpecahan ini cuma pendapat sahaja yang tidak sama tetapi gerakan gerila masih bersama dan bertugas di dalam negeri.

PULO berjuang di selatan Thailand yang penduduk majoritinya orang Melayu beragama Islam. Wilayah yang terlibat ialah Yala, Narathiwat dan Patani. Selain itu ialah Satun. Penduduk wilayah ini merasakan diri mereka dipinggirkan dari arus pembangunan dan pendidikan dan di tindas oleh penjajah Siam dan dihina di tangkap dibunuh oleh kerajaan Siam Lantaran itu ramai daripada mereka bekerja dan berhijrah ke Malaysia.[1]

Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra mengambil jalan mudah dengan mengamalkan dasar kekerasan terhadap golongan 'pelampau ini dengan mengarahkan mereka ditangkap dan ditembak. Antara yang menjadi mangsa ialah para alim ulama, pemimpin, ustaz di sekolah pondok dan lain-lain.Tidak ada perancangan rapi terhadap sekolah-sekolah pondok yang terdapat di sana. Akibatnya ada yang cenderung ke arah militan.Beberapa pemimpin militan Indonesia bersembunyi di sini.Hampir 1500 orang terbunuh akibat dasar keras Thaksin Shinawatra.

Wilayah-wilayah ini pernah berkerajaan sendiri suatu ketika dahulu iaitu Kerajaan Patani dan tidak dapat menerima dasar pentadbiran dari Bangkok. Cuma, dasar Raja Bhumibol Adulyadej dan kunjungan Permaisuri Sirikit dapat menyejukkan hati mereka.

Rundingan damai[sunting | sunting sumber]

Kerajaan Thailand pimpinan Jeneral Surayud Chulanont akan berunding dengan Pertubuhan Pembebasan Bersatu Patani dan Bersatu di negara yang berkecuali seperti di Singapura. Isu ini adalah keutamaan kepadanya dan Jeneral Sondhi Boonyaratqlin.

Malaysia bukan merupakan lokasi pilihan kerana Kerajaan Thailand sejak sekian lama menuduh Kelantan sebagai lokasi melatih pejuang PULO. Pemimpin selatan Thailand sendiri menyatakan terdapat 200,000 penduduk Thailand berhijrah atau melarikan diri ke Malaysia.

Rampasan kuasa tentera pimpinan Jeneral Sondhi Boonyaratqlin pada 19 September 2006 berjaya menyingkirkan Perdana Menteri, Thaksin Shinawatra. Penduduk selatan Thailand amat berharap kepada jeneral yang berugama Islam ini. Semasa era Thaksin, Jeneral Sondhi Boonyaratqlin pernah mencadangkan rundingan tetapi ditolak kerana tidak perundingan dengan pengganas. Thaksin merupakan sekutu Presiden Bush dan ada menghantar tentera Thailand ke Iraq 2003.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]