Bhumibol Adulyadej

Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.

Lompat ke: navigasi, gelintar


YMM Raja Bhumibol Adulyadej
Raja Thailand
Portrait of King Bhumibol
Poster Raja Bhumibol
Pemerintahan 9 Jun, 1946 - kini
Pertabalan 5 Mei, 1950
Lahir 5 Disember 1927 (umur 80)
Flag of the United StatesCambridge, Massachusetts, Amerika Syarikat
Pendahulu Raja Ananda Mahidol (Rama VIII)
Waris Putera Mahkota Maha Vajiralongkorn
Pasangan Permaisuri Sirikit
Anakanda Puteri Ubol Ratana
Putera Mahkota Maha Vajiralongkorn
Puteri Maha Chakri Sirindhorn
Puteri Chulabhorn Walailak
Kerabat diraja Dinasti Chakri
Ayahanda Mahidol Adulyadej, Putera Songkla
Bonda Sangwal, Bonda Permaisuri
Thailand

Rencana ini sebahagian daripada siri:
Politik dan kerajaan
Thailand



Other countries · Atlas
 Portal Politik
papar  bincang  sunting

Bhumibol Adulyadej (bahasa Thai: ภูมิพลอดุลยเดช; IPA: /pʰuːmipʰon adunjadeːt/; Institut Diraja: Phumiphon Adunyadet; Bunyi dengar?) (lahir Isnin, 5 Disember, 1927, adalah raja Thailand yang terkini dan digelar "yang Agung" (Thai: มหาราช, Maharaja). Beliau juga dikenali sebagai Rama IX. Bhumibol telah memerintah sejak 9 Jun, 1946 dan menjadi raja yang paling lama berada di takhta kerajaan Thai. [1]

Walaupun Bhumibol adalah seorang raja berperlembagaan, beliau telah beberapa kali masuk campur dalam hal ehwal politik Thailand termasuk krisis politik Thailand 2005-2006. Beliau juga mempunyai peranan dalam membawa negara Thai ke arus demokrasi pada 1990an walaupun pada awalnya beliau pernah menyokong pemerintahan rejim tentera. Baru-baru ini beliau menyokongi perbuatan pihak tentera yang mengguling kerajaan Thaksin Shinawatra semasa kudeta Thailand 2006. Sebagai seorang jutawan, Bhumibol banyak menggunakan kemewahannya untuk membiayai projek pembangunan terutama sekali di tempat-tempat perkampungan. Beliau merupakan seorang raja yang sangat dihormati dan disukai rakyatnya dan sering kali didewakan. Para pengkritik, terutama sekali mereka yang berada di luar Thailand, menganggap keadaan ini berlaku akibat dasar tentangan keras kerajaan Thai atas segala bentuk kritikan yang dikenakan kepada institusi diraja.[2]

Bhumibol dilahirkan di Amerika Syarikat dan menerima pendidikannya di Switzerland. Beliau juga merupakan seorang ahli muzik, artis dan pelayar yang ulung.

Alatan peribadi