Thaksin Shinawatra

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Thaksin Shinawatra
ทักษิณ ชินวัตร
Perdana Menteri Thailand ke-23
Dalam jawatan
9 Februari 2001 – 19 September 2006
RajaRama IX
Didahului olehChuan Leekpai
Digantikan olehSonthi Boonyaratglin (sementara)
Surayud Chulanont
Butiran peribadi
Lahir (1949-07-26) 26 Julai 1949 (umur 74)
San Kamphaeng, Wilayah Chiang Mai
KerakyatanThailand
Parti politikThai Rak Thai (dahulu)
PasanganPotjaman Shinawatra (1980-2008)
ProfesionAhli perniagaan
Tandatangan

Thaksin Shinawatra (Bahasa Thai: ทักษิณ ชินวัตร, IPA: [tʰáksǐn tɕʰinnawátMengenai audio ini] ; lahir 26 Julai 1949), ialah Perdana Menteri Thailand dari 2001 sehingga 2006, apabila beliau disingkirkan tentera. Beliau merupakan ketua parti populis Thai Rak Thai (TRT) sebelum pengharamannya. Beliau memulakan kerjayanya sebagai seorang pegawai polis, namun kemudian menjadi usahawan telekom dan antara orang terkaya di thailand.

Satu rampasan kuasa ketenteraan berlaku pada 19 September 2006 ketika Thaksin berada di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk berucap pada pembukaan Perhimpunan Agung. Tribunal yang dilantik Majlis Keselamatan Kebangsaan (MKK) membubarkan parti Thai Rak Thai atas sebab penipuan undi, dan menyekatnya dan pimpinan TRT daripada berpolitik selama 5 tahun.[1] Jawatankuasa Pemeriksaan Aset yang turut dilantik MKK pula membekukan 76 billon baht ($2.2 bilion) asetnya di Thailand, mendakwa dia menjadi terlalu kaya ketika berkuasa.[2] Thaksin dan keluarganya mengisytiharkan aset bernilai cuma 15.1 bilion baht ketika mula berkuasa pada 2001.[3] Sehingga kini, tiada keputusan undung-undang telah dibuat mengenai hartanya.

Thaksin yang ketika itu tinggal di London kembali ke Thailand pada 28 Februari 2008, selepas parti pengganti TRT memenangi pilihan raya baru.[4] Namun selepas melawat Beijing untuk Sukan Olimpik 2008, dia tidak kembali untuk mendengar dakwaan dan memohon suaka di United Kingdom. Pada Oktober, Mahkamah Agung Thailand mendapati beliau bersalah dalam kes konflik kepentingan dan menghukumnya 2 tahun penjara in absentia.[5] Asetnya sebanyak $4.2 bilion di UK kemudian dikatakan dibekukan kerajaan UK, namun ini tidak disahkan atau dinafikan kerajaan UK.[6]

Pada April 2009, Thaksin menyokong bantahan anti-kerajaan oleh Barisan Demokrasi Bersatu menentang Kediktatoran (UDD) terhadap kerajaan Abhisit Vejjajiva, yang menuntut Thaksin dibenarkan kembali dan bebas daripada semua dakwaan rasuahnya.[7] Kerajaan membatalkan pasport Thaksin kerana peranannya dalam mengapi-apikan bantahan hingga menyebabkan pembatalan sidang kemuncak ASEAN di Pattaya dan rusuhan yang terjadi.[8][9][10] Thaksin menafikan memimpin UDD, sebaliknya mendakwa cuma memberikan "sokongan moral."[11]

Pada 4 November 2009 Thaksin dilantik oleh kerajaan Kemboja sebagai penasihat ekonomi, menyebabkan Perdana Menteri Thailand Abhisit Vejjajiva memanggil dutanya pulang dari Kemboja sehari kemudian.[12] Beliau juga menyatakan yang Kemboja masuk campur hal dalaman Thailand dan akibatnya persetujuan kerjasama dua negara itu akan disemak semula. Kemboja kemudian mengumumkan yang dutanya ke Thailand juga akan dipanggil pulang sebagai tindakan balas.[13]

Protes jalanan baju merah[sunting | sunting sumber]

Pada 25 Mei 2010, Mahkamah Jenayah Thailand telah meluluskan satu waran tangkap terhadap beliau kerana menghasut dan membiayai bantahan besar-besaran sehingga mencetuskan kekacauan dan kematian lebih 88 orang. Thaksin dikatakan menaja protes kumpulan baju merah di tengah bandar raya Bangkok dari 12 Mac hingga Mei 2010.

Beliau dilaporkan menjadi pemegang pasport Montenegro dan berurusan di bank Podgorica, ibu negara Montenegro. Sebelum ini beliau telah melarikan diri ke Dubai dan Phnom Penh bagi mengelakkan sabitan rasuah di Thailand. Aset bernilai $1.4 bilion milik Thaksin telah dibekukan oleh mahkamah bersabit kes rasuah syarikat telekomunikasi. Thaksin menggunakan siaran video secara langsung dan rakaman bagi mengekalkan pengaruhnya.[14][15]

Sastera[sunting | sunting sumber]

  • Bidhya Bowornwathana (2004). "Thaksin's model of government reform: Prime Ministerialisation through "a country is my company" approach". Asian Journal of Political Science. 12 (1): 135–153. doi:10.1080/02185370408434237.
  • Pavin Chachavalpongpun (2010). Reinventing Thailand: Thaksin and His Foreign Policy. Singapura: Institute of Southeast Asian Studies. ISBN 978-616-215-000-5.
  • John Funston, penyunting (2009), Divided over Thaksin: Thailand's Coup and Problematic Transition, Singapore: Institute of Southeast Asian Studies, ISBN 978-981-230-961-7
  • Kevin Hewison (2010). "Thaksin Shinawatra and the reshaping of Thai politics". Contemporary Politics. 16 (2): 119–133. doi:10.1080/13569771003783810.
  • Duncan McCargo; Ukrist Pathmanand (2005), The Thaksinization of Thailand, Copenhagen: NIAS Press, ISBN 87-91114-46-2
  • Pasuk Phongpaichit; Chris Baker (2009), Thaksin (ed. 2nd), Silkworm Books, ISBN 9789749511794
  • Pasuk Phongpaichit; Chris Baker (2008). "Thaksin's populism". Journal of Contemporary Asia. 38 (1): 62–83. doi:10.1080/00472330701651960.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Wikinews
Wikinews
Wikinews mempunyai berita-berita  
yang berkaitan dengan:
Thaksin Shinawatra


Penyandang Terdahulu Perdana Menteri Thailand
2001–2006
Penyandang Kemudian
Chuan Leekpai Surayud Chulanont