Phlebopus marginatus

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Phlebopus marginatus
Pengelasan saintifik
Alam: Kulat
Divisi: Basidiomikota
Kelas: Agarikomiset
Order: Boletales
Famili: Boletinellaceae
Genus: Phlebopus
Spesies: P. marginatus
Nama binomial
Phlebopus marginatus
(J.Drumm. ex Berk.) Watling & N.M.Greg
Phlebopus marginatus
Ciri-ciri mikologi:
Pores icon.png 
Himenium berliang
Conical cap icon.svg 
Pileus berbentuk cembung
Bare stipe icon.png 
Tangkai terdedah
Brown spore print icon.png 
Cetakan spora berwarna perang
Mycorrhizal ecology icon.png 
Ekologi: Mikoriza
Tidak Diketahui.svg 
Status sebagai makanan: Tidak diketahui

Phlebopus marginatus dikenali orang ramai sebagai cendawan gam salmon di barat Australia dan barangkali adalah cendawan daratan terbesar di Australia dengan berat salah satu cendawan yang dikutip di Victoria ialah 29 kilogram (64 paun). Cendawan ini tampak mengagumkan di dalam hutan di tenggara dan barat daya Australia. Pada awalnya, cendawan ini dinamakan sebagai Boletus marginatus pada tahun 1845[1] malah sebelum ini terkenal dengan nama saintifik Phaeogyroporus portentosus dan Boletus portentosus walaupun cendawan ini jauh sekali tergolong dalam tipikal boletes seperti yang difikirkan sebelum ini.[2]

Nama generik ini merupakan terbitan deripada perkataan Greek iaitu Φλεβο- bermaksud "urat" manakala πους bermaksud "kaki".[3]

Penerangan[sunting | sunting sumber]

Cendawan ini mungkin mencapai tumbesaran maksimum dengan garis pusat pileus berbentuk buah berangan tidak kurang 1 meter (40 inci) dan liang hymenium berwarna kekuning-kuningan. Sporanya berwarna perang kekuning-kuningan dan mempunyai tangkai yang tebal. Spesimen yang matang menjadi tarikan serangga.

Habitat[sunting | sunting sumber]

Phlebopus marginatus merupakan salah satu kulat Gondwana di mana ditemui di Australia, New Zealand, Malaysia, Sri Lanka dan Indonesia dengan spesies saudaranya ditemui di Selatan Amerika. Di Australia, cendawan ini terdapat di hutan eucalypt dan boleh dijumpai bila-bila masa khususnya selepas hujan.

Status sebagai makanan[sunting | sunting sumber]

Sepeti kebanyakan cendawan berasal dari Australia, Phlebopus marginatus secara umumnya tidak diketahui statusnya sebagai makanan walaupun terdapat sebuah buku yang menerangkan cendawan ini dikatakan boleh dimakan dan rasanya agak lembut.[4]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. Berkeley MJ (1845). "Decades of fungi. Dec. III-VII. Australian fungi". London J. Bot. 4: 42-73. 
  2. Watling R & Gregory NM (1988). "Observations on the boletes of the Cooloola sandmass, Queensland and notes on their distribution in Australia. Part 2 B: smooth spored taxa of the family Gyrodontaceae and the genus Pulveroboletus". Proc. Roy. Soc. Queensland 99: 65-76. 
  3. Liddell & Scott (1980). Greek-English Lexicon, Abridged Edition. Oxford University Press, Oxford, UK. ISBN 0-19-910207-4. 
  4. Griffiths K (1985). A field guide to the larger fungi of the Darling Scarp & South West of Western Australia. Griffiths K. ISBN 0-9589705-0-5. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]