Piala Super UEFA 2015

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Piala Super UEFA 2015
AET
Tarikh11 Ogos 2015
TempatBoris Paichadze Dinamo Arena, Tbilisi, Georgia
Permain terbaikLionel Messi
PengadilWillie Collum
Kehadiran51,940
2014
2016

Piala Super UEFA 2015 akan menjadi edisi ke-40 Piala Super UEFA, perlawanan tahunan yang dikawal oleh UEFA dan dipertandingkan kepada juara bertahan dua pertandingan utama Eropah, iaitu Liga Juara-Juara-UEFA dan Liga Europa UEFA. Perlawanan ini akan menyaksikan dua pasukan Sepanyol Barcelona dan Sevilla, juara Liga Juara-Juara UEFA 2014-15 dan Liga Europa 2014-15. Ia akan dimainkan di Boris Paichadze Dinamo Arena dekat Tbilisi, Georgia, pada 11 Ogos 2015. Ini merupakan pertama kali dalam sejarah pertandingan Piala Super yang perlawanan adalah ulangan edisi lepas. 2 pasukan dalam soalan perjumpaan sebelum dalam Piala Super UEFA 2006 di Stade Louis II di Monaco, apabila Sevilla menang 3-0.

Kedua-dua pasukan layak apabila memenangi dua pertandingan utama Eropah.Barcelona memenangi Liga Juara-Juara UEFA 2014-15 menewaskan kelab Itali Juventus F.C. di dalam perlawanan akhir.Sevilla pula layak sebagai pemenang Liga Europa UEFA 2014-15.Mereka menewaskan kelab Ukraine Dnipro Dnipropetrovsk 3–2 di dalam perlawanan akhir.

Barcelona memenangi perlawanan 5-4 selepas masa tambahan untuk menerima trofi kelima Piala Super, menyamai rekod A.C. Milan.Penampilan kesembilan mereka juga merupakan rekod, dua dihadapan Milan.Kemenangan Dani Alves yang ke-4 dan penampilan kelima menyamai rekod Paolo Maldini, dimana Luis Enrique menjadi orang keempat memenangi Piala Super UEFA sebagai pemain dan jurulatih selepas Pep Guardiola, Carlo Ancelotti dan Diego Simeone.9 gol dijaringkan juga adalah yang paling banyak di mana-mana perlawanan Piala Super, dan kedatangan sebanyak 51,940 adalah rekod untuk venue tertentu Piala Super UEFA.

Venue[sunting | sunting sumber]

Boris Paichadze Dinamo Arena di Tbilisi, Georgia, akan menghoskan perlawanan ini.

  Stadium Mikheil Meskhi asalnya dipilih sebagai venue Piala Super di mesyuarat pada 5 Mac 2014, tetapi venue telah ditukar ke Boris Paichandze Dinamo Arena. Ini akan menjadi Piala Super UEFA pertama dihoskan di Georgia. Boris Paichadze Dinamo Arena dibina pada 1976 dan dibaiki pada 2011. Stadium ini merupakan stadium bagi pasukan bola sepak kebangsaan Georgia dan FC Dinamo Tbilisi.

Pasukan[sunting | sunting sumber]

Pasukan Kelayakan Penampilan terdahulu

(Tahun menang ditebalkan)

Sepanyol Barcelona Pemenang Liga Juara- Juara UEFA 2014-15 1979, 1982, 1989, 1992, 1997, 2006, 2009, 2011
Sepanyol Sevilla Pemenang Liga Europa 2014-15 2006, 2007, 2014

Perlawanan[sunting | sunting sumber]

Barcelona mengangkat trofi selepas memenangi perlawanan menentang Sevilla.

Sevilla mendahului seawal minit ketiga menerusi sepakan percuma lencong dari Éver Banega, kerana kesalahan yang dilakukan oleh Javier Mascherano terhadap José Antonio Reyes.Barcelona menyamakan kedudukan 4 minit kemudian menerusi sepakan yang sama, apabila Lionel Messi menyepak sepakan percuma kerana Grzegorz Krychowiak menjatuhkan Luis Suárez, dan kemudian mendahului dengan sepakan percuma yang lain dari Messi pada minit ke 16, selepas Banega mengasari bekas pemain tengah Sevilla Ivan Rakitic.Suárez membuat gol tetapi dikira offside.Rafinha kemdiannya menjaringkan gol supaya keputusan 3-1 memihak kepada Barcelona pada minit ke 44.

Suarez meledak gol pertama di separuh masa kedua selepas menerima hantaran dari Sergio Busquets, tetapi Reyes membuat gol kedua Sevilla menerusi hantaran lintang dari Vitolo.Pada minit ke 72, Vitolo telah dijatuhkan di kawasan penalti Barcelona oleh Jérémy Mathieu dan Kevin Gameiro berjaya menyudahkan sepakan penalti terseput dengan gol unk menjadikan keputusan 4-3.Dengan 10 minit tinggal, dua pemain simpanan Sevilla bergabung untuk gol penyamaan, apabila Ciro Immobile membuat hantaran ke dalam kawasan gol untuk Yevhen Konoplyanka menyudahkanya.Messi hampir membuat hatrik menerusi sepakan percuma pada minit ke 89, tetapi hanya singgah di palang gol.

Barcelona memasukkan Pedro bagi menggantikan Mascherano pada permulaan masa tambahan.Hanya tinggal 5 minit perlawanan akan tamat dalam separuh masa kedua masa tambahan, Pedro menyepak bola ke dalam gol apabila sepakan percuma Messi tidak masuk ke gawang untuk meletakkan Barcelona di depan, seperti yang dia buat sewaktu menentang Shakhtar Donetsk pada 2009.Adil Rami mempunyai percubaan tepat ke sasaran di dalam kawasan gol di masa kecederaan apabila tamat masa tambahan tapi dia gagal dan Barcelona memenangi Piala Super untuk rekod 5 kali.

Barcelona Sepanyol5-4 (s.m.t.)Sepanyol Sevilla
Messi Goal 7'16'
Rafinha Goal 44'
Suárez Goal 52'
Pedro Goal 115'
Laporan Banega Goal 3'
Reyes Goal 57'
Gameiro Goal 72' (pen.)
Konoplyanka Goal 81'
Kehadiran: 51,940
Pengadil: Willie Collum

</ref>

}}

Barcelona
Sevilla
GK 1 Jerman Marc-André ter Stegen
RB 6 Brazil Dani Alves Diberi kad kuning selepas 120 minit 120'
CB 3 Sepanyol Gerard Piqué
CB 14 Argentina Javier Mascherano Dikeluarkan selepas 93 minit 93'
LB 24 Perancis Jérémy Mathieu Diberi kad kuning selepas 71 minit 71'
RM 4 Croatia Ivan Rakitić
CM 5 Sepanyol Sergio Busquets Diberi kad kuning selepas 117 minit 117'
LM 8 Sepanyol Andrés Iniesta (c) Dikeluarkan selepas 63 minit 63'
RF 10 Argentina Lionel Messi
CF 9 Uruguay Luis Suárez
LF 12 Brazil Rafinha Dikeluarkan selepas 78 minit 78'
Simpanan:
GK 13 Chile Claudio Bravo
DF 15 Sepanyol Marc Bartra Dimasukkan selepas 78 minit 78'
DF 21 Brazil Adriano
MF 20 Sepanyol Sergi Roberto Dimasukkan selepas 63 minit 63'
FW 7 Sepanyol Pedro Diberi kad kuning selepas 94 minit 94' Dimasukkan selepas 93 minit 93'
FW 29 Sepanyol Sandro Ramírez
FW 31 Sepanyol Munir El Haddadi
Pengurus:
Sepanyol Luis Enrique
GK 13 Portugal Beto
RB 23 Sepanyol Coke Diberi kad kuning selepas 87 minit 87'
CB 3 Perancis Adil Rami
CB 4 Poland Grzegorz Krychowiak Diberi kad kuning selepas 14 minit 14'
LB 2 Perancis Benoît Trémoulinas
CM 7 Denmark Michael Krohn-Dehli Diberi kad kuning selepas 120 minit 120'
CM 19 Argentina Éver Banega Diberi kad kuning selepas 90+2 minit 90+2'
RM 10 Sepanyol José Antonio Reyes (c) Dikeluarkan selepas 68 minit 68'
AM 8 Sepanyol Vicente Iborra Dikeluarkan selepas 80 minit 80'
LM 20 Sepanyol Vitolo
CF 9 Perancis Kévin Gameiro Dikeluarkan selepas 80 minit 80'
Simpanan:
GK 1 Sepanyol Sergio Rico
DF 25 Brazil Mariano Dimasukkan selepas 80 minit 80'
MF 12 Perancis Gaël Kakuta
MF 16 Sepanyol Luismi
MF 17 Sepanyol Denis Suárez
MF 22 Ukraine Yevhen Konoplyanka Dimasukkan selepas 68 minit 68'
FW 11 Itali Ciro Immobile Diberi kad kuning selepas 92 minit 92' Dimasukkan selepas 80 minit 80'
Pengurus:
Sepanyol Unai Emery

Man of the Match:
Lionel Messi (Barcelona)[1]

Pembantu pengadil:
Damien MacGraith (Republic of Ireland)[2]
Francis Connor (Scotland)[2]
Penolong Keempat:
Graham Chambers (Scotland)[2]
Penolong pengadil tambahan:
Bobby Madden (Scotland)[2]
Kevin Clancy (Scotland)[2]

  1. ^ James, Andy (11 August 2015). "Messi thanks Tbilisi fans after Barça beat Sevilla". UEFA.com. Union of European Football Associations. Dicapai pada 12 August 2015.
  2. ^ a b c d e Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan referee tidak disediakan