Konfederasi Bola Sepak Asia
| Konfederasi Bola Sepak Asia | |
|---|---|
| Moto | "The Future is Asia" |
| Penubuhan | 8 Mei 1954 |
| Jenis | Organisasi sukan |
| Ibu pejabat | Kuala Lumpur, Malaysia |
| Keahlian | 46 ahli (dari 4 wilayah bersekutu) |
| Presiden | |
| Laman web | http://www.the-afc.com |
Konfederasi Bola Sepak Asia [1] atau (Asian Football Confederation - AFC) merupakan badan pentadbiran bola sepak bagi 46 ahlinya, kebanyakan negaranya di Asia. Negara-negara yang mempunyai wilayah di dalam Asia dan Eropah, seperti Turki, Russia, Azerbaijan, Kazakhstan, dan Georgia, juga seperti Israel dan Armenia yang berada di dalam Asia sepenuhnya di bawah pentadbiran UEFA. Sebaliknya Australia yang dulunya bernaung di bawah OFC kini berada di dalam AFC semenjak 2006.
AFC telah ditubuhkan pada 8 Mei 1954 di Manila, Filipina, dan ia merupakan salah satu daripada enam benua/konfederasi FIFA. Ibu pejabatnya terletak di Bukit Jalil, Kuala Lumpur, Malaysia. Presiden AFC terkini adalah Zhang Jilong dari China.
Isi kandungan |
Sejarah pembentukan[sunting]
AFC ditubuhkan secara rasminya pada 5 Ogos 1954 semasa berlangsungnya Sukan Asia. 12 ahli pengasas adalah Afghanistan, Burma (Myanmar), Chinese Taipei, Hong Kong, India, Indonesia, Jepun, Republik Korea, Pakistan, Filipina, Singapura, dan Vietnam. Ia secara rasmi diperakukan oleh FIFA pada 21 Jun 1954, sehari selepas Republik Korea disingkirkan kalah 0-7 kepada Turkey di dalam Piala Dunia FIFA 1954.[2]
Kejohanan-kejohanan AFC[sunting]
Kejohanan yang dianjurkan oleh AFC antaranya ialah Liga Juara-Juara AFC, sebuah kejohanan tahunan yang paling berprestij diperingkat kelab-kelab Asia. Penyertaannya melibatkan juara liga empat belas negara sepak bola terkuat di Asia. AFC juga menganjurkan Piala AFC bagi juara liga dari negara yang berada dirangking ke 15 ke atas.
Bola sepak wanita di Asia[sunting]
Konfederasi Bola Sepak Wanita Asia (ALFC) adalah sebahagian daripada AFC yang menguruskan bola sepak wanita di Asia. Kumpulan ini ditubuhkan secara bebas pada bulan April 1968 di dalam sebuah mesyuarat yang melibatkan Taiwan, Hong Kong, Malaysia dan Singapura. Pada tahun 1986 ALFC bergabung dengan AFC.[3] Konfederasi Bola Sepak Wanita Asia telah membantu menguruskan Piala Asia Wanita AFC, pertama kali diadakan pada tahun 1975, juga Kejohanan Wanita U-19 AFC dan Kejohanan Wanita U-17 AFC.
Kawasan[sunting]
AFC dipecahkan kepada empat kawasan.[4] Di bawah menunjukkan pasukan-pasukan kebangsaan Asia dipecahkan mengikut wilayah (tetapi tidak semestinya sebahagian daripada wilayah persekutuan bola sepak mereka). Oleh kerana ada peraturan, contohnya kekangan agama dan budaya, hanya ASEAN dan Asia Timur mencukupkan pasukan bola sepak wanita.
Persekutuan Bola Sepak ASEAN[sunting] |
Persekutuan Bola Sepak Asia Timur[sunting] |
Persekutuan Bola Sepak Asia Barat[sunting] |
Persekutuan Bola Sepak Asia Tengah dan Selatan[sunting]Ahli-ahli AFC & SAFF Members Ahli-ahli AFC & CAFF |
Rujukan[sunting]
- ↑ AFC tidak berkompromi dengan keputusan
- ↑ "About AFC". The-afc.com. 2007-09-06. http://www.the-afc.com/en/inside-afc/about-afc. Capaian 2010-06-23.
- ↑ [1][pautan luput]
- ↑ [2][pautan luput]
Pautan luar[sunting]
|
||||||||||||||||||||||||||||||||||||
|
|||||||||||
