CONMEBOL

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Koordinat: 25°15′38″S 57°30′58″B / 25.26056°S 57.51611°B / -25.26056; -57.51611

Confederación Sudamericana de Fútbol
South American Football Confederation

186px

Penubuhan 9 July, 1916
Jenis Sports organization
Ibu pejabat Luque, Paraguay
Keahlian 10 member associations
Setiausaha Agung Eduardo de Luca
Presiden Nicolás Leoz
Laman sesawang http://www.conmebol.com/

CONMEBOL atau CSF (Confederación Sudamericana de Fútbol, Konfederasi Sepak bola Amerika Selatan) merupakan gabungan persatuan bolasepak negara-negara di Amerika Selatan. Organisasi ini ditubuhkan pada 9 Julai 1916, di atas usaha Héctor Rivadavia Gómez (dari Uruguay) untuk menyatukan persatuan bolasepak di benua ini. CONMEBOL merupakan ahli gabungan FIFA dan bermarkas di Luque, Paraguay (dekat Asunción). Presiden CONMEBOL sekarang (2006) adalah Dr. Nicolás Leoz.

Argentina, Uruguay, Brazil, dan Chile merupakan negara-negara awal yang menyertai CONMEBOL melalui satu kejohanan bolasepak Amerika Selatan pada tahun 1915 di Buenos Aires, Argentina. Tahun penyertaan negara-negara ke dalam CONMEBOL ialah Paraguay (1921), Peru (1925), Bolivia (1926), Ecuador (1927), Colombia(1936) dan yang terakhir ialah Venezuela (1952). Walaubagaimanapun 3 negara yang berada di Amerika Selatan, Guyana, Suriname, dan Guyana Perancis tidak bergabung dengan CONMEBOL, tetapi sebaliknya menyertai CONCACAF.

Kejohanan yang dianjurkan oleh CONMEBOL antara lain adalah Copa Libertadores, Copa Sudamericana, dan Copa América.