Piala Uber
Piala Uber ialah sebuah trofi yang dianugerahkan kepada pasukan badminton wanita terbaik di dunia. Piala ini didermakan oleh H.S. Uber, seorang pemain badminton wanita dari England pada tahun 1956-1957. Pertandingan badminton bagi berpasukan lelaki pula dikenali sebagai Piala Thomas.
Pusingan kalah mati menentukan juara, lima perlawanan (3 perseorangan dan 2 beregu) pada setiap satu peringkat. Pasukan pertama yang berjaya memenangi 3 perlawanan pertama mara ke pusingan berikutnya.
Mulai tahun 1984, kejohanan ini diadakan bersama-sama dengan kejohanan Piala Thomas di lokasi dan masa yang sama.
Isi kandungan |
Latar belakang [sunting]
Pertandingan Piala Uber yang pertama telah diadakan di Lytham St. Annes di Lancashire, Britain, pada tahun 1957. Hal ini adalah kerana timbul desakan supaya dianjurkan satu kejohanan antarabangsa bagi wanita seperti Piala Thomas. Pasukan dari Amerika Syarikat memenangi kejohanan terbabit selepas menewaskan Denmark 6-1 pada peringkat akhir. Piala Uber diadakan setiap tiga tahun sehinggalah tahun 1984. Mulai tahun 1986 kejohanan ini dianjurkan setiap dua tahun. Cuma empat negara iaitu Amerika Syarikat, Jepun, China, dan Indonesia yang berjaya memenangi piala ini.
Keputusan [sunting]
Mengenai Piala Uber [sunting]
1957 - 1981 [sunting]
| Tahun | Tuan rumah | Akhir | |||
|---|---|---|---|---|---|
| Juara | Mata | Naib juara | |||
| 1957 |
Lancashire, England | Amerika Syarikat |
6–1 | Denmark |
|
| 1960 |
Philadelphia, Amerika Syarikat | Amerika Syarikat |
5–2 | Denmark |
|
| 1963 |
Wilmington, Amerika Syarikat | Amerika Syarikat |
4–3 | England |
|
| 1966 | Wellington, New Zealand | Jepun |
5–2 | Amerika Syarikat |
|
| 1969 | Tokyo, Jepun | Jepun |
6–1 | Indonesia |
|
| 1972 | Tokyo, Jepun | Jepun |
6–1 | Indonesia |
|
| 1975 | Jakarta, Indonesia | Indonesia |
5–2 | Jepun |
|
| 1978 | Auckland, New Zealand | Jepun |
5–2 | Indonesia |
|
| 1981 | Tokyo, Jepun | Jepun |
6–3 | Indonesia |
|
1984 - 1988 [sunting]
| Tahun | Tuan rumah | Akhir | Tempat ketiga | ||||||
|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
| Juara | Mata | Naib juara | Tempat ketiga | Mata | Tempat keempat | ||||
| 1984 | Kuala Lumpur, Malaysia | China |
5–0 | England |
Korea |
5–0 | Denmark |
||
| 1986 | Jakarta, Indonesia | China |
3–2 | Indonesia |
Korea |
3–2 | Jepun |
||
| 1988 | Kuala Lumpur, Malaysia | China |
5–0 | Korea |
Indonesia |
5–0 | Jepun |
||
Selepas 1990 [sunting]
| Tahun | Tuan rumah | Akhir | Separuh akhir | |||||
|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
| Juara | Mata | Naib juara | ||||||
| 1990 | Nagoya & Tokyo, Jepun | China |
3–2 | Korea |
Indonesia |
Jepun |
||
| 1992 | Kuala Lumpur, Malaysia | China |
3–2 | Korea |
Sweden |
Indonesia |
||
| 1994 | Jakarta, Indonesia | Indonesia |
3–2 | China |
Sweden |
Korea |
||
| 1996 | Hong Kong | Indonesia |
4–1 | China |
Korea |
Denmark |
||
| 1998 | Hong Kong, China SAR | China |
4–1 | Indonesia |
Denmark |
Korea |
||
| 2000 | Kuala Lumpur, Malaysia | China |
3–0 | Denmark |
Korea |
Indonesia |
||
| 2002 | Guangzhou, China | China |
3–1 | Korea |
Belanda |
Hong Kong |
||
| 2004 | Jakarta, Indonesia | China |
3–1 | Korea |
Jepun |
Denmark |
||
| 2006 Perincian |
Sendai & Tokyo, Jepun | China |
3–0 | Belanda |
Jerman |
Taipei Cina |
||
| 2008 Perincian |
Jakarta, Indonesia | China |
3–0 | Indonesia |
Korea |
Jerman |
||
Pasukan nasional yang berjaya [sunting]
Walaupun begitu, hanya 4 negara yang pernah merangkul kejuaraan Piala Uber yang mana China muncul sebagai pasukan paling berjaya dengan 11 gelaran, diikuti oleh Jepun (5 gelaran), Indonesia (3 gelaran), dan Amerika Syarikat (3 gelaran). Piala Uber hanya dikuasai penuh oleh dua benua iaitu ; Asia dan Amerika Utara.
Lapan pasukan pernah berentap di perlawanan akhir, Korea mara ke perlawanan akhir sebanyak lima kali, tetapi gagal untuk merangkul kejuaraan selepas tewas kesemuanya kepada China. Ia diikuti oleh Denmark, England, dan Belanda. Selain itu, Sweden, Hong Kong, Jerman, dan Taiperi Cina merupakan empat pasukan lain yang berjaya melangkah ke perlawanan separuh akhir untuk melakar sejarah Kejuaraan.
| Pasukan | Juara | Naib juara |
|---|---|---|
| 11 (1984, 1986, 1988, 1990, 1992, 1998, 2000, 2002, 2004*, 2006, 2008) | 2 (1994, 1996) | |
| 5 (1966, 1969*, 1972*, 1978, 1981*) | 1 (1975) | |
| 3 (1975*, 1994*, 1996) | 7 (1969, 1972, 1978, 1981, 1986*, 1998, 2008*) | |
| 3 (1957, 1960*, 1963*) | 1 (1966) | |
| 5 (1988, 1990, 1992, 2002, 2004) | ||
| 3 (1957, 1960, 2000) | ||
| 1 (1963) | ||
| 1 (2006) |
- * = tuan rumah
Penyertaan pasukan [sunting]
Dua puluh satu pasukan telah melakukan penyertaan dalam Piala Thomas minimum sekali selepas kejohanan 2008. Secara geografi, Asia mempunyai sepuluh pasukan yang mara ke saringan akhir, diikuti oleh Eropah dengan enam pasukan. Amerika dan Oseania memiliki dua pasukan yang layak sementara Afrika Selatan merupakan satu-satunya pasukan yang layak yang mewakili zon Afrika.
|
|
|
Lihat juga [sunting]
Pautan luar [sunting]
|
|||||||||||||||||||||||
|
Kejohanan Berpasukan Dunia
|
||||||
|---|---|---|---|---|---|---|
|
||||||
