Kejohanan Dunia BWF

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Logo rasmi sehingga 2006

Kejohanan Dunia BWF (pernah dikenali sebagai Kejohanan Dunia IBF, juga dikenali sebagai Kejohanan Badminton Dunia) merupakan sebuah kejohanan yang dianjurkan oleh Persekutuan Badminton Dunia (BWF) untuk mengurniakan takhta pemain badminton terbaik di dunia.

Kejohanan bermula pada 1977 dan diadakan setiap tiga tahun sejak 1983. Walau bagaimanapun, IBF menghadapi kesukaran untuk menganjurkan disebabkan dua acara pertama yang mana Persekutuan Badminton Dunia (yang mana kemudian digabungkan dengan IBF untuk membentuk satu persekutuan badminton) menganjurkan kejohanan sama pada satu-satu tahun selepas Kejohanan Dunia IBF yang mana kedua-duanya memiliki matlamat yang sama.

Bermula 1985, kejohanan ini diadakan secara dwi-tahunan dan beraksi setiap dua tahun sehingga 2005. Bermula 2006, kejohanan ini diubah kepada acara tahunan dalam kalendar BWF yang mana matlamatnya mahu memberikan peluang kepada ramai pemain untuk dikurniakan gelaran "Juara Dunia".

Walaupun demikian, kejohanan ini tidak akan diadakan setiap empat tahun bagi memberi laluan kepada penganjuran temasya Sukan Olimpik.

Isi kandungan

[sunting] Lokasi penganjuran Kejohanan Dunia

Senarai di bawah memaparkan semua tuan rumah dan negara yang terlibat dalam penganjuran Kejohanan Dunia. Ini termasuk New Delhi dan Paris yang bakal menganjurkan kejohanan ini.

Nombor yang diletakkan berkaitan berapa kali bandar raya/negara pernah menganjurkan kejohanan ini. Dari 1989 hingga 2001, kejohanan dunia ini diadakan sejurus selepas Piala Sudirman di lokasi yang sama.

     Negara yang telah menganjurkan kejohanan ini
     Negara yang bakal menganjurkan kejohanan ini
Tahun No. Tuan rumah Negara
1977 I Malmö (1) Bendera Sweden Sweden (1)
1980 II Jakarta (1) Bendera Indonesia Indonesia (1)
1983 III Copenhagen (1) Denmark Denmark (1)
1985 IV Calgary (1) Bendera Kanada Kanada (1)
1987 V Beijing (1) Bendera China China (1)
1989 VI Jakarta (2) Bendera Indonesia Indonesia (2)
1991 VII Copenhagen (2) Denmark Denmark (2)
1993 VIII Birmingham (1) Bendera England England (1)
1995 IX Lausanne (1) Bendera Switzerland Switzerland (1)
1997 X Glasgow (1) Bendera Scotland Scotland (1)
Tahun No. Tuan rumah Negara
1999 XI Copenhagen (3) Denmark Denmark (3)
2001 XII Seville (1) Bendera Sepanyol Sepanyol (1)
2003 XIII Birmingham (2) Bendera England England (2)
2005 XIV Anaheim (1) Bendera Amerika Syarikat Amerika Syarikat (1)
2006 XV Madrid (1) Bendera Sepanyol Sepanyol (2)
2007 XVI Kuala Lumpur (1) Bendera Malaysia Malaysia (1)
2009 XVII New Delhi (1) Bendera India India (1)
2010 XVIII Paris (1) Bendera Perancis Perancis (1)
2011 XIX London (1) Bendera England England (3)

Acara akan datang:

[sunting] Kejuaraan yang lalu

Peta menunjukkan negara yang mana ia sekurang-kurangnya merangkul pingat gangsa bagi kejohanan ini

Meskipun begitu, hanya 17 negara yang pernah mencapai sekurang-kurangnya pingat gangsa bagi kejohanan ini. Mereka terdiri daripada sembilan negara di Asia, lima negara di Eropah, dan setiap satu masing-masing di Amerika dan Oceania. Afrika merupakan satu-satunya benua yang tidak pernah memenangi sebarang pingat di sebarang kejohanan yang lalu.

[sunting] Pemain dan pasukan nasional yang berjaya

[sunting] Pemain yang berjaya

Beberapa pemain yang memenangi pingat emas dalam lebih daripada satu kategori bagi penerimaan solo dalam Kejohanan Dunia, ini termasuk

  1. Bendera Denmark Lene Køppen, 1977, beregu campuran dan perseorangan wanita
  2. Bendera Indonesia Christian Hadinata, 1980, beregu lelaki dan beregu campuran
  3. Bendera Korea Selatan Park Joo-bong, 1985, beregu lelaki dan beregu campuran, 1991, perseorangan lelaki dan beregu campuran
  4. Flag of the People's Republic of China Han Aiping, 1985, perseorangan wanita dan beregu wanita
  5. Flag of the People's Republic of China Ge Fei, 1997, beregu wanita dan beregu campuran
  6. Bendera Korea Selatan Kim Dong-moon, 1999, beregu lelaki dan beregu campuran
  7. Flag of the People's Republic of China Gao Ling, 2001, beregu wanita dan beregu campuran

Dari 1977 hingga 2001, pingat ini biasanya didominasi penuh oleh lima negara seperti China, Korea, Denmark, Indonesia, Malaysia. Walau bagaimanapun, pada 2003, juara termasuk tujuh negara dan pada 2005 papan pungutan pingat mengandungi rekod tertinggi iaitu sepuluh negara.

Tony Gunawan juga memiliki kemenangan pingat emas berganda dalam acara beregu lelaki, mewakili dua negara berbeza, 2001; digandingkan dengan Halim Haryanto dari Indonesia dan pada 2005; digandingkan dengan Howard Bach untuk membolehkan Amerika Syarikat mengumpul pingat pertama bagi kejohanan ini.

Edisi 2005 memperlihatkan muka baru dalam acara beregu campuran yang mana ia sering didominasi oleh China dan Korea sejak 1997. Dengan penarikan diri juara bertahan dan juara dua kali Kim Dong-moon/Ra Kyung-min (Korea), Nova Widianto/Lilyana Natsir memenangi pingat emas pertama dalam acara beregu campuran buat Indonesia sejak 1980 yang mana Christian Hadinata/Imelda Wijuno memenangi acara itu kali terakhir buat Indonesia sebelum itu.

Berikut merupakan senara pemain paling berjaya yang memiliki 3 pingat emas.[3]

Player MS WS MD WD XD Jumlah
Bendera Korea Selatan Park Joo-bong 2 3 5
Flag of the People's Republic of China Gao Ling 3 1 4
Flag of the People's Republic of China Han Aiping 2 1 3
Flag of the People's Republic of China Li Lingwei 2 1 3
Flag of the People's Republic of China Lin Ying 3 3
Flag of the People's Republic of China Guan Weizhen 3 3
Flag of the People's Republic of China Ge Fei 2 1 3
Bendera Korea Selatan Kim Dong-moon 1 2 3
Flag of the People's Republic of China Huang Sui 3 3

[sunting] Pasukan nasional yang berjaya

Berikut merupakan senarai pemenang pingat yang dipaparkan mengikut kategori dan negara selepas Kejohanan Dunia BWF 2007.

China muncul pasukan nasional paling berjaya dalam Kejohan Dunia sejak diperkenalkan pada 1977. China menjadi satu-satunya negara yang menyapu bersih pingat emas bagi kesemua kategori pada 1987 di Beijing. Mereka diikuti rapat oleh Indonesia dan Korea Selatan dengan Denmark mengetuai negara Eropah dalam senarai kejuaraan.

Negara 77 80 83 85 87 89 91 93 95 97 99 01 03 05 06 07 Jumlah
Bendera China China 2 3 5 4 3 1 1 3 21 3 3 22 4 3 40
Bendera Indonesia Indonesia 1 4 1 3 2 1 2 22 2 18
Denmark Denmark 3 1 1 1 1 1 1 9
Bendera Korea Selatan Korea 2 1 2 1 21 1 9
Bendera England England 1 1 1 3
Bendera Sweden Sweden 1 1 2
Bendera Jepun Jepun 1 1
Bendera Amerika Syarikat Amerika Syarikat 1 1

DICETAK TEBAL bermaksud juara keseluruhan bagi sesuatu Kejohanan Dunia

Nota 1: China dan Korea terikat dengan dua pingat emas. Namun begitu, Korea memenangi dua pingat perak dan China tidak memenangi sebarang pingat perak, maka Korea layak menjadi juara keseluruhan.
Nota 2: China memenangi empat pingat perak berbanding satu pingat perak buat Indonesia, jadi, China diangkat menjadi juara keseluruhan.

[sunting] Perseorangan lelaki

Negara 77 80 83 85 87 89 91 93 95 97 99 01 03 05 06 07 Jumlah
Bendera China China X X X X X X X X 8
Bendera Indonesia Indonesia X X X X X X 6
Denmark Denmark X X 2

[sunting] Perseorangan wanita

Negara 77 80 83 85 87 89 91 93 95 97 99 01 03 05 06 07 Jumlah
Bendera China China X X X X X X X X X X X X 12
Denmark Denmark X X 2
Bendera Indonesia Indonesia X X 2

[sunting] Beregu lelaki

Negara 77 80 83 85 87 89 91 93 95 97 99 01 03 05 06 07 Jumlah
Bendera Indonesia Indonesia X X X X X X X 7
Bendera Korea Selatan Korea X X X 3
Bendera China China X X X 3
Denmark Denmark X X 2
Bendera Amerika Syarikat Amerika Syarikat X 1

[sunting] Beregu wanita

Negara 77 80 83 85 87 89 91 93 95 97 99 01 03 05 06 07 Jumlah
Bendera China China X X X X X X X X X X X X X 13
Bendera England England X 1
Bendera Jepun Jepun X 1
Bendera Korea Selatan Korea X 1

[sunting] Beregu campuran

Negara 77 80 83 85 87 89 91 93 95 97 99 01 03 05 06 07 Jumlah
Bendera Korea Selatan Korea X X X X X 5
Denmark Denmark X X X 3
Bendera China China X X X 3
Bendera Indonesia Indonesia X X X 3
Bendera England England X X 2
Bendera Sweden Sweden X X 2

[sunting] Rujukan

[sunting] Pautan luar

Alatan peribadi
Ruang nama

Kelainan
Tindakan
Pandu arah
Perhubungan
Cetak/eksport
Alatan
Bahasa lain