Pisang rastali

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Musa 'Latundan'
Pisang rastali
Keturunan kacukanMusa acuminata × Musa balbisiana
Kumpulan kultivarKumpulan AAB (Kumpulan Pome)
Kultivar'Latundan'[1]
AsalFilipina

Pisang rastali, pisang rajastali atau pisang keling,[2] turut dipanggil pisang kelat keling di Pantai Timur, ialah kultivar pisang kacukan triploid bagi Kumpulan "Pome" AAB dari Filipina. Ia salah satu kultivar pisang paling umum di Asia Tenggara dan Filipina sendiri, bersama pisang berangan dan nipah.[3] Ia dipanggil pisang raja sereh di Indonesia,[1] dan latundan, silk atau apple banana dalam bahasa Inggeris.

Penerangan[sunting | sunting sumber]

Pisang rastali putik

Pokok pisang rastali selalunya mencapai ketinggian 10 ke 13 kaki. Ia memerlukan dedahan matahari penuh atau setengah. Bunganya berwarna gading, kuning atau ungu. Buahnya bulat runcing dengan kulit kuning nipis setelah masak sepenuhnya. Ia lebih kecil dari kultivar pisang berangan dan Cavendish yang berpengaruh secara komersial.[4][5] Ia sedikit masam, macam rasa epal.[6]

Taksonomi[sunting | sunting sumber]

Dalam pengelasan lama, kultivar rastali, asalnya tumbuhan yang dirujuk sebagai Musa sapientum. Ia kemudiannya disedari yang Musa sapientum sebenarnya kultivar kacukan pisang liar Musa balbisiana dan Musa acuminata yang berbiji dan bukannya spesies.[7]

Pisang rastali ini kacukan AAB yang triploid.[8] Nama penuhnya ialah Musa acuminata × M. balbisiana (Kumpulan AAB) 'Latundan'.

Kegunaan[sunting | sunting sumber]

Pisang rastali atau kelat keling

Kulinari[sunting | sunting sumber]

Pisang rastali terkenal sebagai pisang pembasuh mulut yang dimakan mentah atau dimasak selain kulitnya. Tangkai dan pucuknya dimakan dengan dimasak. Di Myanmar dan Thailand, bunganya dimasak dan dimakan dalam beberapa resipi.

Hiasan rumah[sunting | sunting sumber]

Ia turut ditanam sebagai tanaman hiasan.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b 'Latundan' ProMusa. Dicapai pada 3 Ogos 2023
  2. ^ "pisang rajastali". Kamus Dewan (ed. ke-4). Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia. 2017.
  3. ^ Hautea, D.M., G.C. Molina, C.H. Balatero, N.B. Coronado, E.B. Perez, M.T.H. Alvarez, A.O. Canama, R.H. Akuba, R.B. Quilloy, R.B. Frankie, C.S. Caspillo (2002-07-19). "Analysis of induced mutants of Philippine bananas with molecular markers". Institute of Plant Breeding, College of Agriculture, University of the Philippines Los Baños, FAO Corporate Document Repository. Dicapai pada 12 January 2011.CS1 maint: multiple names: authors list (link)
  4. ^ "Lacatan, Latundan & Senorita bananas". marketmanila.com. March 8, 2007. Dicapai pada 13 January 2011.
  5. ^ "BANANA". Philippine Department of Agriculture. March 8, 2007. Diarkibkan daripada yang asal pada 26 June 2003. Dicapai pada 13 January 2011.
  6. ^ "Musa 'Silk', AAB Group". learn2grow.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 8 March 2012. Dicapai pada 11 January 2011.
  7. ^ "Musa sapientum". users.globalnet.co.uk. Dicapai pada 11 January 2011.[pautan mati]
  8. ^ Michel H. Porcher; Prof. Snow Barlow (2002-07-19). "Sorting Musa names". The University of Melbourne. Dicapai pada 11 Januari 2011.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]