Pop Shuvit

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Pop Shuvit

Pop Shuvit di Pattaya Music Festival
Latar belakang
Berasal dari Malaysia Malaysia
Genre muzik rock dan hip-hop
Pekerjaan Vokal / Pemuzik
Tahun aktif 2000-an
Label Shuvit Management
Kegiatan berkait Berkumpulan
Ahli
Moots! - MC
Rudy
AJ
JD
DJ Uno


Kumpulan Pop Shuvit merupakan sebuah kumpulan pemuzik dan penyanyi yang aktif di Malaysia. Kumpulan ini menyampaikan lagu-lagu Melayu.


Kumpulan Pop Shuvit merupakan kumpulan muzik indie yang menggabungkan unsur-unsur muzik rock dan hip-hop. Kumpulan ini dianggotai oleh :-

  1. Moots! - MC
  2. Rudy - Pemain dram
  3. AJ - Pemain gitar bass
  4. JD - Pemain gitar
  5. DJ Uno - Turntables

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Kumpulan Pop Shuvit ditubuhkan pada tahun 2000 dan menempah nama pada tahun berikutnya dengan menghasilkan versi baru lagu Jump yang pernah didendangkan oleh Kriss Kross pada awal 90-an. Lagu tersebut mendapat sambutan daripada pendengar radio hitz.fm.

Pada tahun 2002, album pertama mereka Take It & Shuvit keluar di pasaran dan single-single dari album ini turut disambut baik oleh peminat muzik tanahair, termasuk Skaters' Anthem yang dipopularkan di saluran sukan berbayar ESPN sempena temasya X-Games yang diadakan di Malaysia ketika itu.

Pada 20 Disember 2003, Pop Shuvit mengambil kesempatan daripada pelawaan label independant Jepun (S2S) untuk mengeluarkan album mereka di negara matahari terbit. Album mereka Take It & Shuvit Again yang dirakam semula khusus untuk pasaran negara tersebut menerima sambutan yang luar jangkaan daripada muda-mudi Jepun, melangkaui prestasi kumpulan rock Barat pada ketika itu. Satu album remixberjudul The Shuvit Remixes juga dihasilkan khusus untuk pasaran Jepun.

Pada tahun 2005, album kedua mereka Here and Now diterbitkan dan dikeluarkan di Jepun terdahulu sebelum Malaysia memandangkan pasaran Jepun lebih besar dan lumayan bagi kumpulan ini.Album yang diterbitkan oleh Greg Henderson ini memuatkan 12 buah lagu.Antara lagu hits# album ini ialah Old Skool Rocka dan Journey. Sempena pelancaran album mereka, mereka mengadakan tour di beberapa tempat di Jepun sebagai penghargaan mereka kepada peminat-peminat di negara itu.

Pada tahun 2006, album ketiga kumpulan Pop Shuvit, Amped & Dangerous dikeluarkan hanya di Jepun. Namun begitu, lagu-lagu yang terkandung dalam album ini dimainkan di radio Malaysia.

Pada tahun 2008, Kumpulan ini juga telah memenangi Anugerah Kembara pada AIM ke 15.

Pada 11 Mac 2009,Pop Shuvit meriliskan single terbaru mereka berjudul Oh! Sizuka yang akan dimuatkan dalam album Cherry Love Blossom Affair. Single itu dipersembahkan di radio XFM dan ERA FM. Walau bagaimanapun, album itu hanya dikeluarkan pada tahun 2011.

Album[sunting | sunting sumber]

  1. Take It & Shuvit (2002)
  2. Take It & Shuvit Again (2003)
  3. The Shuvit Remixes (2004)
  4. Here and Now (2005)
  5. All I Got HIP HOP Collaboration EP (2006)
  6. Amped and Dangerous (2006; Jepun sahaja)
  7. Freakshow Vol 1: Tales Of The Travelling Tunes (2007)
  8. The Cherry Blossom Love Affair (2011)

Lagu-lagu[sunting | sunting sumber]

  • Conversation (Feat. Shorti@Amylene)
  • Conversations
  • Cruissin (Outtake)
  • Cut The Crap (Outtake)
  • Dog Eat Dog (Feat. Slapshock)
  • Dog Eat Dog World
  • Journey
  • Jump
  • Jump (2001)
  • Kaleidoscope (Feat. Emmet of Butterfingers)
  • Mo' shout Out
  • Pop Shuvit
  • Shout Outz (Outtake)
  • Sideswipe
  • Skaters Anthem
  • Skaters' Anthem
  • Slip Away
  • Trip Wire
  • Wrong
  • Old Skool Rocka
  • Let Sleeping Dogs Lie
  • Freakshow
  • Marabahaya
  • Oh! Sizuka
  • Nebula 11

Anugerah[sunting | sunting sumber]

Pautan Luar[sunting | sunting sumber]