Ahli Fiqir
| Ahli Fiqir | |
|---|---|
Kumpulan Ahli Fiqir. |
|
| Latar belakang | |
| Genre | hip-hop |
| Pekerjaan | Vokal |
| Label | Warner Music Malaysia KL-based Powder Records |
| Kegiatan berkait | Berkumpulan |
| Ahli | |
| Fadali Mohd Darif Noor Hidayati Mohamed Yusop Ceza Mutyara |
|
| Bekas ahli | |
| Samsolnahar Sibengat |
|
Kumpulan Ahli Fiqir merupakan sebuah kumpulan muzik hip-hop Melayu yang di rantau Nusantara (Malaysia, Indonesia dan Singapura). Kumpulan ini berasal dari Singapura dan dikemudi oleh tiga orang warga Singapura dan seorang warga Indonesia yang menyumbangkan vokal, serta seorang penggubah lagu rakyat Malaysia yang tidak giat dalam vokal.
Kumpulan Ahli Fiqir pada mulanya disertai oleh tiga orang anggota kumpulan – Fadali Mohd Darif atau Daly (ahlifiqir), Samsolnahar Sibengat atau Samsol (tukangkata) dan Noor Hidayati Mohamed Yusop atau Dayat (juga dikenali sebagai mawar berduri). Tidak lama selepas itu, sewaktu dalam proses mengembangkan muzik yang mereka perjuangkan, muncul seorang lagi anggota baru.
Beliau ialah Ceza Mutyara atau dj cza, seorang rakyat Indonesia yang berkebolehan besar dan mampu menyumbangkan bakat muziknya untuk kumpulan ini melalui sentuhannya yang unik.
Pada April 2010, kumpulan ini mengumumkan bahawa kumpulan ini dibubarkan secara rasmi. [1], [2]
Isi kandungan |
Ahli-ahli [sunting]
Diskografi [sunting]
Album [sunting]
- Hari ini Dalam Sejarah (2005)
- Rap Untuk Rakyat (2007)
EP [sunting]
- Irama Berima (2009)
Lagu Dalam Album [sunting]
- Angguk-angguk Geleng-geleng
- Tik-tok Simpati
- Samseng (Movie soundtrack for the Malaysian film Gangster)
- Inilah Barisan Kita
- Kalau Melayu…Memang Melayu
- Ambillah Ambila
- HIDS (Interlud)
- Narapidana
- Ahli Fiqir Boleh
- Palsu
- Topeng Wajah
- Ahli Fiqir dan 7 Penyamun
- Merdeka Minda
- Kembalikan Kampung Halamanku
- Syair Si Ahli Fiqir
- Pesta
Senarai Lagu [sunting]
- Angguk-angguk Geleng-geleng
- Tik-tok Sedetik Simpati
- Samseng (Filem soundtrack dari filem Gangster dari Malaysia)
- A.E.I.O.U(feat.Elliza)
Senarai Anugerah [sunting]
- Anugerah Planet Muzik 2006 - Artis Singapura Terbaik
- Anugerah Planet Muzik 2006 - Album Terbaik Singapura: Hari in Dalam Sejarah
Rujukan [sunting]
- ↑ CAK: Ahli Fiqir berpecah
- ↑ http://202.190.126.84/utusan/info.asp?y=2010&dt=0418&pub=Utusan_Malaysia&sec=Hiburan&pg=hi_25.htm Ahli Fiqir 'rasmi' berpecah, 18/04/2010.
Pautan luar [sunting]
- (Bahasa Melayu) Ahli Fiqir Rujuk DBP
- (Inggeris) SONGS FOR EVERYONE.
- http://www.amacam.com.my/amacam/contenttext/amc_ahlifiqir_info.htm
- (Bahasa Melayu) Rap Untuk Rakyat ubati rindu peminat Ahli Fiqir.