Procter & Gamble

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Procter & Gamble Co.
Jenis Awam (NYSE: PG)
Ditubuhkan 1837
Ibu pejabat One Procter & Gamble Plaza, Cincinnati, Ohio, USA 45202
Orang utama A. G. Lafley, Pengerusi dan CEO
Industri Barangan pengguna
Hasil AS$83.503[1] bilion (2008)
Pendapatan bersih AS$12.075[1] bilion (2008)
Pekerja 138,000
Laman web www.pg.com

Procter & Gamble Co. (P&G, NYSE: PG) ialah sebuah perbadanan multinasional Amerika Syarikat dan pengeluar beraneka barangan pengguna yang bertapak di Cincinnati, Ohio. Pada tahun 2008, P&G merupakan syarikat AS ke-23 terbesar dari segi hasil pendapatan dan ke-14 terbesar dari segi keuntungan. P&G menduduki tangga ke-10 dalam senarai Syarikat Paling Dikagumi terbitan majalah Fortune (pada tahun 2007).[2][3] P&G banyak disanjungi kerana inovasi-inovasi perniagaannya termasuk pengurusan jenama, drama lipur lara, dan "Connect & Develop".

Menurut syarikat Nielsen, pada tahun 2007, P&G paling banyak berbelanja untuk pengiklanan di AS di kalangan semua syarikat-syarikat; perbelanjaannya sebanyak $2.62 bilion itu hampir dua kali ganda perbelanjaan iklan General Motors yang berada di tangga kedua dalam senarai Nielsen.[4] P&G was named 2008 Advertiser of the Year by Cannes International Advertising Festival.[5]

Isi kandungan

[sunting] Operasi

Mulai 1 Julai 2007, operasi syarikat P&G terbahagi kepada tiga "Global Business Units", yang mana setiap satunya terbahagi kepada "Business Segments," menurut keluaran hasil pendapatan syarikat pada Jun 2007.

  • Beauty Care
    • Beauty segment
    • Grooming segment
  • Household Care
    • Baby Care and Family Care segment
    • Fabric Care and Home Care segment
  • Health & Well-Being
    • Health Care
    • Snacks, Coffee and Pet Care

[sunting] Jenama Procter & Gamble

23 jenama P&G bernilai lebih sebilion dolar dari segi jualan tahunan bersih sementara 18 lagi mencatat jualan antara $500 juta dan $1 bilion.

Jenama berbilion dolar

[sunting] Pengilangan

Procter & Gamble mengilangkan produk-produknya di serata dunia Operasi pengilangannya bertapak di rantau-rantau berikut:

[sunting] Terbitan

Procter & Gamble pernah memiliki sebuah syarikat penerbitan rancangan TV, Procter & Gamble Productions (PGP), yang kini sudah dijual kepada TeleNext Media, Inc pada pertengahan tahun 2008.

Procter & Gamble menerbitkan dan menaja drama-drama radio lipur lara terawalnya pada awal 1930-an (Procter & Gamble yang terkenal kerana bahan cuciannya, mungkin menjadi asal-usul istilah "soap opera"). Apabila televisyen makin popular pada 1950-an dan 1960-an, kebanyakan siri TV baru turut diterbitkan dan ditaja syarikat ini. Dua siri terbitannya iaitu As the World Turns dan Guiding Light, masih bersiaran hari ini dan diterbit oleh TeleNext bagi pihak Procter & Gamble. Siri The Young and the Restless juga ditaja oleh keluaran Procter & Gamble, di samping drama waktu siang yang lain.

Antara terbitan Procter & Gamble terdahulu termasuk:

Procter & Gamble juga merupakan syarikat pertama yang menerbitkan dan menaja rancangan waktu perdana, iaitu keluaran sampingan drama lipur lara waktu siang As the World Turns iaitu Our Private World pada tahun 1965. PGP juga pernah menerbitkan siri Shirley, sebuah siri waktu perdana di rangkaian NBC yang dibintangi Shirley Jones, yang bertahan selama 13 episod pada tahun 1979. PGP juga menerbitkan siri komedi asli pertama rangkaian TBS bertajuk Down to Earth, yang bertahan dari tahun 1984 hingga 1987 (iaitu selama 110 episod), dan juga siri komedi bersindiket yang berjudul Throb. Procter & Gamble Productions asalnya menerbitkan Dawson's Creek bersama Sony Pictures Television tetapi menarik diri sebelum tayangan perdana siri tersebut gara-gara ulasan awal oleh media. PGP juga menerbitkan telefilem A Triumph of the Heart: The Ricky Bell Story bersama The Landsburg Company pada tahun 1991.

Selain hasil penerbitan sendirinya, Procter and Gamble juga menyokong banyak telenovela berbahasa Sepanyol di AS melalui pengiklanan di rangkaian Univision, Telemundo, Telefutura, Azteca dan lain-lain lagi. Procter & Gamble merupakan salah sebuah pengiklan arus perdana terawal dalam Tv berbahasa Sepanyol pada pertengahan 1980-an.

[sunting] Rujukan

[sunting] Pautan luar

Alatan peribadi
Ruang nama

Kelainan
Tindakan
Pandu arah
Perhubungan
Cetak/eksport
Alatan
Bahasa lain