Progressive Field

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Progressive Field
"The Jake"
Fail:Progressive Field Logo.svg
Progressive Field in 2022
Nama lamaJacobs Field (1994–2007)
LokasiCleveland, Ohio, A.S.
Koordinat41°29′45″N 81°41′7″W / 41.49583°N 81.68528°W / 41.49583; -81.68528Koordinat: 41°29′45″N 81°41′7″W / 41.49583°N 81.68528°W / 41.49583; -81.68528
Pecah tanah13 Januari 1992 (13 Januari 1992)[1]
Dibuka2 April 1994 (2 April 1994)[1]
DiubahsuaiOktober 2014–April 2015
Oktober 2015–April 2016
Oktober 2023–April 2025[2]
PemilikCuyahoga County
PengendaliGateway Economic Development Corporation
PermukaanKentucky Bluegrass
Papan mataDaktronics
59 kaki (18 m) high by 221 kaki (67 m) wide
Kos pembinaan$175 juta
($259 juta dalam 2016 dolar[3])
ArkitekHOK Sport
Whitley & Whitley Architects
Triad Design
Jurutera strukturOsborn Engineering[4]
Jurutera perkhidmatanPolytech Engineering[5]
Kontraktor umumHuber, Hunt & Nichols[4]
Kapasiti34,830[6]
Rekod kehadiran45,274 (4 Oktober 1997; Division Series Aksi 5)[1]
Dimensi padangKiri Padang – 325 kaki (99 m)
Kiri-Pusat – 370 kaki (113 m)
Pusat Padang – 400 kaki (122 m)
Pusat Dalam Padang – 410 kaki (125 m)
Kanan-Pusat – 375 kaki (114 m)
Kanan Padang– 325 kaki (99 m)
Backstop – 60 kaki (18 m)[7]
Tinggi Pagar
Kiri Padang – 19 kaki (6 m)
Pusat dan Kanan Padang – 9 kaki (3 m)
Penyewa
Cleveland Guardians (MLB) 1994–kini

Progressive Field merupakan stadium yang terletak di Cleveland, Ohio, Amerika Syarikat. Stadium ini merupakan gelanggang bagi pasukan Major League Baseball, Cleveland Guardians dan bersama-sama dengan Rocket Mortgage FieldHouse, yang sebahagian daripada Gateway Sports and Entertainment Complex.[8] Progressive Field dinilai sebagai stadium terbaik MLB dalam undian peminat Sports Illustrated pada tahun 2008.[9]

Stadium ini telah dibuka pada awalnya sebagai Jacobs Field pada tahun 1994 untuk menggantikan Cleveland Stadium. Stadium lama tersebut telah dikongsi dengan pasukan Cleveland Browns yang bersaing di National Football League. Sejak tahun 2008, fasiliti tersebut dinamakan sempena Progressive Corporation yang berpangkalan di Mayfield dan ia telah mendapatkan hak nama berjumlah $58 juta untuk kontrak selama 16 tahun. Nama lama stadium ini pula diambil daripada pemilik pasukan, Richard and David Jacobs yang memperoleh hak nama sebaik sahaja stadium ini dibuka. Stadium ini sering disebut sebagai "The Jake" berdasarkan nama asalnya.[10]

Apabila ia dibuka, kapasiti stadium memilik 42,865 orang. Antara tahun 1995 dan 2001, pasukan ini telah menjual habis tiket perlawanan sepanjang 455 perlawanan berturut-turut. Kerja-kerja pengubahsuaian stadium telah memberi kesan kepada kapasiti apabila ia memuncak kepada 45,569 orang pada 2010. Setelah musim 2014 dan 2015, fasiliti ini dinaiktaraf kepada dua fasa yang akan menambahbaik beberapa kawasan di stadium dan pengurangan kapasiti tempat duduk. Penambahbaikan selanjutnya dirancang pada permulaan tahun 2023. Sehingga 2022, kapasiti tempat duduk stadium secara rasminya sebanyak 34,830 orang,[6] walaupun penonton tambahan boleh dimuatkan melalui ruang berdiri dan kawasan tempat duduk sementara.

Sejak berpindah ke Progressive Field, pasukan Indians/Guardians telah menjuarai 11 American League Central, tiga pennant American League dan melangsungkan perlawanan playoff dalam 13 musim berbeza. Semasa musim 1997, stadium ini menjadi antara fasiliti yang melangsungkan perlawanan Siri Dunia dan All-Star MLB pada musim yang sama. Stadium ini telah menjadi tuan rumah Siri Dunia sebanyak tiga kali iaitu pada tahun 1995, 1997 dan 2016.

Catatan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c "Progressive Field History" (PDF). Cleveland Indians. 2009. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada October 5, 2013. Dicapai pada July 11, 2012.
  2. ^ "Cleveland Guardians delay Progressive Field renovations until after 2023 season" (dalam bahasa Inggeris). December 1, 2022. Dicapai pada December 16, 2022.
  3. ^ Consumer Price Index (estimate) 1800–2008. Federal Reserve Bank of Minneapolis. Diambil pada 7 Disember 2010.
  4. ^ a b "Jacobs Field" (PDF). Modern Steel Construction. April 1998. Dicapai pada July 11, 2012.
  5. ^ "Cleveland Indians Ballpark - Jacobs Field". Trombold Equipment Company. Dicapai pada July 11, 2012.
  6. ^ a b League Baseball Advanced Media%5d%5d "2023 Cleveland Guardians Media Guide" Check |url= value (bantuan). 2023. m/s. 12. Dicapai pada July 21, 2023.
  7. ^ "Progressive Field History and Dimensions".
  8. ^ "Gateway Property". Gateway Economic Development Corporation. Diarkibkan daripada yang asal pada October 4, 2013. Dicapai pada July 11, 2012.
  9. ^ "MLB Ballpark Rankings: Cleveland Indians". Sports Illustrated. April 2008. Dicapai pada May 26, 2008.
  10. ^ Hoynes, Paul (April 2, 2011). "Few Fans and Less Pitching Haunt Cleveland Indians in 8-3 Loss to Chicago White Sox". The Plain Dealer. Cleveland. Dicapai pada April 5, 2011.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]