Wrigley Field

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Wrigley Field
"The Friendly Confines"
Cubs Park
Fail:Wrigley Field Logo.svg
Wrigley Field pada 2022
Nama silamWeeghman Park (1914–1920)
Cubs Park (1920–1926)
Alamat1060 West Addison Street
LokasiChicago, Illinois (60613-4397)
Koordinat41°56′53″N 87°39′20″W / 41.94806°N 87.65556°W / 41.94806; -87.65556Koordinat: 41°56′53″N 87°39′20″W / 41.94806°N 87.65556°W / 41.94806; -87.65556
Transit awamRed di Addison
PemilikKeluarga Ricketts
PentadbirChicago Cubs
Kapasiti41,649[1]
Rekod kehadiran47,171[2]
(31 Ogos 1948 vs. Brooklyn Dodgers)
Saiz PadangKiri Padang – 355 ka (108.2 m)
Kiri Pusat – 368 ka (112.2 m)
Pusat Padang – 400 ka (121.9 m)
Kanan Pusat – 368 ka (112.2 m)
Kanan Padang – 353 ka (107.6 m)
Backstop – 55 ka (16.8 m)
Ketinggian Dinding:
Tembok – 11 ft 6 in (3.5 m)
Sudut – 15 ka (4.6 m)[3]
PermukaanMerion bluegrass
Pembinaan
Pecah tanah4 Mac 1911; 113 tahun yang lalu (1911-03-04)
Dibuka23 April 1914; 109 tahun yang lalu (1914-04-23)
Pengubahsuaian1937, 1988, 2014–2019
Diperluas1922, 1927, 2006
Kos pembinaanUS$250,000
(US$5.46 juta in 2016 dollars[4])
ArkitekZachary Taylor Davis
Kontraktor amBlome-Sinek Company
Tuan rumah
Chicago Whales (FL) (1914–1915)
Chicago Cubs (MLB) (1916–kini)
Chicago Tigers (APFA) (1920)
Hammond Pros (NFL) (1920–1926)
Chicago Bears (NFL) (1921–1970)
Chicago Cardinals (NFL) (1931–1939)
Chicago Sting (NASL) (1977–1982, 1984)[5]
Ditetapkan1 Februari 2004
Ditetapkan23 September 2020[a]

Wrigley Field (/ˈrɪɡli/) ialah stadium yang terletak di North Side Chicago, Illinois, Amerika Syarikat. Stadium besbol ini merupakan venue bagi pasukan Major League Baseball, Chicago Cubs yang merupakan satu daripada dua pasukan MLB di Chicago. Stadium ini telah mula beroperasi pada 1914 yang dikenali dengan nama Weeghman Park sempena Charles Weeghman dari pasukan Chicago Whales yang bertanding di Federal League. Cubs telah mula menggunakan venue ini pada 20 April 1916. William Wrigley Jr. dari Wrigley Company telah memiliki Cubs pada tahun 1921. Stadium ini dinamakan kepada Cubs Park dari tahun 1920 sehingga 1926 sebelum dinamakan semula kepada Wrigley Field pada tahun 1927. Stadium ini memiliki kapasiti sebanyak 41,649 orang dan menjadi stadium kedua dinamakan Wrigley Field, selepas stadium di Los Angeles yang mempunyai nama serupa telah dibuka pada 1925.

Stadium ini merupakan stadium tertua bagi mana-mana stadium pasukan dari National League manakala ia menjadi stadium kedua tertua dalam MLB selepas Fenway Park (1912) serta kekal bagi satu-satunya stadium Federal League.[8] Stadium ini juga diisytiharkan sebagai Mercu Tanda Bersejarah Kebangsaan Amerika Syarikat pada tahun 2020.[9]

Dari tahun 1921 sehingga tahun 1970, stadium ini merupakan gelanggang bagi pasukan Chicago Bears yang bertanding di National Football League. Stadium ini juga melangsungkan perlawanan Chicago Cardinals (kini Arizona Cardinals) dari National Football League dari tahun 1931 sehingga tahun 1938. Stadium ini juga terletak 600 kaki (180 m) dari paras laut.

Nota[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Kelayakan diluluskan pada 1987[6][7]

Catatan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Wrigley Field". baseballinstadiums.com. Dicapai pada July 6, 2023.
  2. ^ "Brooklyn Dodgers at Chicago Cubs Box Score, August 31, 1948". Baseball-Reference.com. Dicapai pada July 22, 2022.
  3. ^ "Wrigley Field History". MLB.com. Dicapai pada July 6, 2023.
  4. ^ Consumer Price Index (estimate) 1800–2008. Federal Reserve Bank of Minneapolis. Diambil pada 7 Disember 2010.
  5. ^ "Hockey Adds Another Moment to Wrigley's History". FOX Sports. Dicapai pada March 27, 2011.[pautan mati kekal]
  6. ^ "Wrigley Field - National Historic Landmarks (U.S. National Park Service)". Diarkibkan daripada yang asal pada May 30, 2020.
  7. ^ "Weekly list of actions, 11/27/20 to 12/04/20". National Park Service. Dicapai pada 2020-12-04.
  8. ^ Focus; Wrigley Field: the Unauthorized Biography, Interview with Stuart Shea, March 9, 2005, WILL Illinois Public Media, American Archive of Public Broadcasting (WGBH and the Library of Congress), Boston, MA and Washington, D.C., accessed October 3, 2016.
  9. ^ "Wrigley Field Designated as a National Historic Landmark" (Siaran akhbar) (dalam bahasa Inggeris). United States Department of the Interior. November 19, 2020. Dicapai pada November 19, 2020.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]