Stadium Busch

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Stadium Busch
Busch Stadium III
Baseball Heaven
Fail:Busch Stadium.svg
Busch Stadium pada 2009
Alamat700 Clark Ave
LokasiSt. Louis, Missouri
Koordinat38°37′21″N 90°11′35″W / 38.62250°N 90.19306°W / 38.62250; -90.19306Koordinat: 38°37′21″N 90°11′35″W / 38.62250°N 90.19306°W / 38.62250; -90.19306
Transit awam  Red   Blue 
Di Stadium
PemilikSt. Louis Cardinals
PentadbirSt. Louis Cardinals[1]
Kapasiti44,383 (2020–kini)[2]

44,494 (2018–2019)[3]
45,529 (2017)[4]
45,538 (2016)[5]
45,399 (2014–2015)[6]
43,975 (2006–2013)[7]

47,514 (dengan ruang tempat duduk)[8]
Rekod kehadiranBola sepak: 48,263 Chelsea vs Manchester City (3–4)[9]
Besbol: 48,581 (6 Ogos 2022) Cardinals vs New York Yankees[10]
Hoki: 46,556 (2 Januari 2017) St. Louis Blues vs Chicago Blackhawks: Winter Classic NHL 2017
Konsert: U2 dalam U2 360° Tour 52,273 (largest non-sporting event)
Saiz PadangKiri padang — 336 kaki (102 m)
Kiri pusat padang — 375 kaki (114 m)
Pusat padang — 400 kaki (122 m)
Kanan pusat padang — 375 kaki (114 m)
Kanan padang — 335 kaki (102 m)
PermukaanBermuda Grass
Pembinaan
Pecah tanah17 Januari 2004 (17 Januari 2004)
Dibuka4 April 2006 (4 April 2006) (Persahabatan MiLB)
10 April 2006 (10 April 2006) (MLB)
Kos pembinaan$365 juta[11][12]
($398 juta in 2016 dollars[13])
ArkitekHOK Sport
Kennedy Associates/Architects Inc.[14]
Pengurus projekClayco Corp.[15]
Jurutera strukturBliss & Nyitray, Inc
Perkhidmatan juruteraM-E Engineers, Inc.[16]
Kontraktor amHunt/Kwame[17]
Tuan rumah
St. Louis Cardinals (MLB) (2006–kini)

Busch Stadium (Melayu: Stadium Busch) dikenali secara tidak formal sebagai "New Busch Stadium" atau "Busch Stadium III", ialah stadium besbol yang terletak di St. Louis, Missouri, Amerika Syarikat. Stadium ini merupakan venue bagi pasukan Major League Baseball, St. Louis Cardinals. Stadium ini memiliki kapasiti tempat duduk sebanyak 44,383, serta 3,706 tempat duduk pasukan dan 61 ruang mewah. Ia telah menggantikan Busch Memorial Stadium (dikenali Busch Stadium II) dan menduduki sebahagian daripada tapak lama stadium tersebut. Satu kawasan komersial yang dikenali sebagai Ballpark Village telah dibina bersebelahan dengan stadium bagi mengingatkan tapak stadium lama berkenaan.

Stadium ini telah dibuka pada 4 April 2006 yang melangsungkan perlawanan persahabatan Minor League Baseball. Perlawanan rasmi pertama Major League Baseball diadakan pada 10 April 2006 apabila Cardinals menewaskan Milwaukee Brewers 6–4.

Pada tahun 2004, Presiden Anheuser-Busch sebelum ini iaitu August Busch IV mengumumkan bahawa syarikat gergasi bru itu membeli dan memperoleh hak penamaan selama 20 tahun pada stadium ini. Pemilik pasukan, William DeWitt Jr. berkata: "Dari hari mula-mula kami merancang membina stadium baharu, kami sudah ingin mengekalkan nama 'Busch Stadium.' August Busch IV dan Anheuser-Busch berkongsi impian untuk meneruskan tradisi buat penyokong setia kami dan buat seluruh komuniti St. Louis."[18]

Stadium ini merupakan stadium ketiga di St. Louis yang mengguna pakai nama Busch Stadium. Sportsman's Park telah dinamakan semula kepada Busch Stadium pada tahun 1953. Pemilik pasukan pada ketika itu, August Busch Jr. bercadang untuk menamakan stadium itu sebagai Budweiser Stadium tetapi peraturan liga melarang penamaan stadium sempena minuman alkohol pada ketika itu.[19] Busch menamakan stadium itu sempena dirinya dan syarikat Anheuser-Busch kemudiannya memperkenalkan "Busch Beer". Busch Stadium yang pertama telah ditutup pada 1966 dan pasukan Cardinals, serta pasukan National Football League (NFL) yang menggunakan nama serupa (kini dikenali sebagai Arizona Cardinals) telah berpindah ke stadium pelbagai guna baharu yang bernama Busch Memorial Stadium (Busch Stadium II).[20]

Catatan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Muret, Don (April 17, 2006). "Another round of Busch for St. Louis". SportsBusiness Journal. Street & Smith's. Diarkibkan daripada yang asal pada November 29, 2014. Dicapai pada September 14, 2011.
  2. ^ Kronheim, David P. (May 23, 2020). "Major League Baseball 2019 Attendance Analysis" (PDF). Number Tamer. Dicapai pada July 4, 2023.
  3. ^ Bausch, Mark; Orf, Tom; Schott, Tom (March 19, 2018). 2018 St. Louis Cardinals Official Media Guide [Busch Stadium Facts and Figures]. Major League Baseball Advanced Media. m/s. 458.
  4. ^ Bausch, Mark; Orf, Tom; Schott, Tom (March 1, 2017). 2017 St. Louis Cardinals Official Media Guide. Major League Baseball Advanced Media. m/s. 432.
  5. ^ Kronheim, David P. (June 1, 2016). "Major League Baseball 2015 Attendance Analysis" (PDF). Number Tamer. Dicapai pada April 5, 2017.
  6. ^ Kronheim, David P. (June 8, 2014). "Major League Baseball 2013 Attendance Analysis" (PDF). Number Tamer. Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada October 5, 2018. Dicapai pada April 5, 2017.
  7. ^ Kronheim, David P. "Major League Baseball 2012 Attendance Analysis" (PDF). Number Tamer. Dicapai pada July 4, 2023.
  8. ^ "Cardinals make 65,000 additional tickets available" [pautan mati kekal] St. Louis Cardinals Press Release, April 28, 2006.
  9. ^ "Busch Stadium as a soccer venue" (Photo). CBSSports.com. May 24, 2013. Diarkibkan daripada yang asal pada September 17, 2020. Dicapai pada September 16, 2020.
  10. ^ Hummel, Rick (May 12, 2019). "The Bell tolls for Brebbia, Cardinals as Pirates rally late for 10-6 win". St. Louis Post-Dispatch. Diarkibkan daripada yang asal pada June 22, 2019. Dicapai pada June 22, 2019.
  11. ^ Busch Stadium Facts Diarkibkan November 29, 2014, di Wayback Machine MLB.com
  12. ^ "Busch Stadium". Ballparks.com. Diarkibkan daripada yang asal pada May 28, 2012. Dicapai pada February 26, 2009.
  13. ^ Consumer Price Index (estimate) 1800–2008. Federal Reserve Bank of Minneapolis. Diambil pada 7 Disember 2010.
  14. ^ "Busch Stadium". KAI Design & Build. Diarkibkan daripada yang asal pada December 2, 2018. Dicapai pada June 4, 2012.
  15. ^ "Busch Stadium St. Louis, MO Baseball Stadium Design Build Construction Example". Clayco (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada February 14, 2022. Dicapai pada 12 February 2022.
  16. ^ "Projects: Srofessional Sports Stadiums". M-E Engineers, Inc. 2006. Diarkibkan daripada yang asal pada May 23, 2012. Dicapai pada March 9, 2011.
  17. ^ "St. Louis Cardinals Busch Stadium". Kwame Building Group. Diarkibkan daripada yang asal pada March 12, 2011. Dicapai pada May 7, 2014.
  18. ^ "The Tradition Continues: St. Louis Cardinals to Play in Third "Busch Stadium"". www.anheuser-busch.com. August 5, 2004. Diarkibkan daripada yang asal pada August 5, 2004. Dicapai pada September 24, 2019.
  19. ^ "Sportsman's Park (St. Louis) | Society for American Baseball Research". sabr.org. Diarkibkan daripada yang asal pada February 16, 2020. Dicapai pada September 24, 2019.
  20. ^ "Anheuser-Busch Buys Cardinals Stadium Naming Rights". USA Today. Diarkibkan daripada yang asal pada February 8, 2011. Dicapai pada August 25, 2017.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]