PNC Park

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
PNC Park
Fail:PNC Park logo.svg
PNC Park pada tahun 2016
Alamat115 Federal Street
LokasiPittsburgh, Pennsylvania, A.S.
Koordinat40°26′49″N 80°0′21″W / 40.44694°N 80.00583°W / 40.44694; -80.00583Koordinat: 40°26′49″N 80°0′21″W / 40.44694°N 80.00583°W / 40.44694; -80.00583
PemilikSports & Exhibition Authority of Pittsburgh and Allegheny County[1]
PentadbirPittsburgh Pirates[1]
Kapasiti37,898 (2001–2003)
38,496 (2004–2007)
38,362 (2008–2017)
38,747 (2018–kini)[2]
Rekod kehadiran40,889 (7 Oktober 2015)
Saiz PadangKiri Padang – 325 kaki (99 m)
Kiri-Pusat – 383 kaki (117 m)
Kiri-Pusat Dalam Padang – 410 kaki (125 m)
Pusat Padang – 399 kaki (122 m)
Kanan-Pusat – 375 kaki (114 m)
Kanan Padang – 320 kaki (98 m)
Backstop – 51 kaki (16 m)
PermukaanKentucky Bluegrass
Pembinaan
Pecah tanah7 April 1999 (7 April 1999)
Dibuka31 Mac 2001 (31 Mac 2001)
Kos pembinaanAS$216 juta
($268 juta dalam 2016 dolar[3])
ArkitekHOK Sport (kini Populous)[4]
L.D. Astorino & Associates
Pengurus projekProject Management Consultants LLC[5]
Jurutera strukturThornton-Tomasetti Group Inc.[6]
Perkhidmatan juruteraM*E Engineers[6]
GAI Consultants, Inc.
Kontraktor amDick Corporation/Barton Malow JV[7]
Tuan rumah
Pittsburgh Pirates (MLB) (2001–kini)

PNC Park merupakan stadium besbol yang terletak di Pittsburgh, Pennsylvania, Amerika Syarikat. Stadium ini merupakan gelanggang bagi pasukan Major League Baseball, Pittsburgh Pirates.[8][9] Stadium ini mula dibuka ketika MLB musim 2001. Stadium ini dibina dengan keluli dan batu kapur serta mempunyai permukaan rumput asli. Kapasiti stadium pula sebanyak 38,747 orang untuk besbol. PNC Park telah dibina di timur stadium lama, Three Rivers Stadium yang telah dirobohkan pada 2001.

Perancangan untuk membina stadium baharu Pirates telah bermula sejak 1991 tetapi ia tidak berhasil selama lima tahun. Sumber dana bersama Acrisure Stadium dan David L. Lawrence Convention Center, sadium ini telah dibina pada kos sebanyak $216 juta dan memakan masa selama 24 bulan. Stadium ini dibina mengikut gaya "klasik retro" berdasarkan venue lama Pittsburgh, Forbes Field. PNC Park juga menampilkan ciri-ciri unik seperti penggunaan batu kapur pada muka bangunan.[10] Terdapat juga beberapa kenangan yang diabadikan kepada Roberto Clemente di stadium ini seperti Sixth Street Bridge yang dinamakan sempena nama bekas pemain Pittsburgh tersebut. Selain dari aksi musim dan postseason Pirates, PNC Park juga melangsungkan acara lain yang termasuklah Perlawanan All-Star Major League Baseball 2006 dan beberapa konsert.

PNC Financial Services pada asalnya telah memperoleh hak nama pada tahun 1998 dengan kontrak selama 20 tahun dan bernilai $30 juta.[11][12] Hak nama itu kini diteruskan sehingga tahun 2031.[13]

Beberapa penulis telah mendapati PNC Park sebagai salah sebuah stadium besbol terbaik yang pernah ada di Amerika. Perkembangan ini diambil daripada lokasinya, pemandangan langit Pittsburgh dan Sungai Allegheny, reka bentuk tidak mengenal masa, sudut yang jelas menghadap padang dari setiap tempat duduk.[14][15][16][17]

Catatan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b "History". www.pgh-sea.com. Sports & Exhibition Authority of Pittsburgh and Allegheny County. September 1, 2009. Diarkibkan daripada yang asal pada July 19, 2019. Dicapai pada October 28, 2009.
  2. ^ Trdinich, Jim (March 13, 2018). 2018 Pittsburgh Pirates Media Guide [PNC Park Information]. Major League Baseball Advanced Media. m/s. 241.
  3. ^ Consumer Price Index (estimate) 1800–2008. Federal Reserve Bank of Minneapolis. Diambil pada 7 Disember 2010.
  4. ^ "Work: Ballparks". Populous. Dicapai pada June 11, 2014.
  5. ^ "Pittsburgh Pirates PNC Park". Project Management Consultants. Dicapai pada April 29, 2018.
  6. ^ a b "Architects, Contractors and Subcontractors of Current Big Five Facility Projects". Street & Smith's SportsBusiness Journal. July 24, 2000. Dicapai pada June 11, 2014.
  7. ^ "PNC Park". Ballparks.com. Dicapai pada June 14, 2014.
  8. ^ name="official"
  9. ^ name="ESPN"
  10. ^ name="official"
  11. ^ Jaeger, Lauren (August 17, 1998). "PNC Bank Purchases Naming Rights To Pittsburgh Pirates' New Stadium". Amusement Business. 110 (33): 10.
  12. ^ Gorman, Kevin (4 March 2021). "Pirates, PNC agree to 10-year extension of stadium naming rights deal for PNC Park". TribLIVE.com. Dicapai pada 25 January 2022.
  13. ^ "Pittsburgh Pirates add ten years to PNC Park naming rights deal". SportsPro. 5 March 2021. Dicapai pada 25 January 2022.
  14. ^ PNC Park Voted Best Ballpark In America By Fans
  15. ^ How many ballparks have you visited? (Washington Post)
  16. ^ How does PNC Park rank in a list of MLB's 'best ball parks'?
  17. ^ All 30 MLB stadiums, ranked

Pautan luar[sunting | sunting sumber]