Rafael del Riego

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Lukisan Rafael del Riego (kurun ke-19).

Rafael del Riego y Nuñez (9 April, 1784 - 7 November, 1823) adalah seorang ahli politik umum dan liberal Sepanyol.

Kehidupan awal dan penglibatan dalam perang Semenanjung[sunting | sunting sumber]

Del Riego dilahirkan pada 9 April 1784[1] (menurut sumber-sumber lain pula, beliau dilahirkan pada 24 November 1785) di Tineo, Asturias. Selepas memperoleh ijazah daripada Universiti Oviedo pada tahun 1807, beliau berpindah ke Madrid, di mana beliau berkhidmat sebagai tentera. Pada tahun 1808, semasa Perang Kemerdekaan Sepanyol beliau telah dibawa sebagai tawanan oleh tentera perancis dan dikurung di Escorial, di sanalah tempat beliau melarikan diri.

Pada 10 November, beliau telah mengambil bahagian dalam Perperangan Espinosa de los Monteros (Battle of Espinosa), daripada perang ini, beliau sekali lagi menjadi tawanan perang. Tiga hari kemudian, beliau telah dihantar ke Perancis, dan akhirnya dilepaskan. Beliau mengembara di sekitar England dan negeri-negeri Jerman, dan pada tahun 1814 beliau kembali ke Sepanyol dan sekali lagi berkhidmat sebagai tentera dengan pangkat leftenan kolonel.

Semasa enam tahun sistem kuku besi beliau menyertai freemasons dan liberal dalam konspirasi untuk menentang raja Ferdinand VII. Pada tahun 1819, Raja (Ferdinand VII) telah menubuhkan 10 batalion untuk menentang tentangan gerakan-gerakan Amerika Selatan. Riego memegang kuasa batalion Asturian. Bagaimanapun, selepas tiba di Cádiz, bersama-sama dengan pegawai-pegawai lain, beliau memula pemberontakan pada 1 Januari, 1820 dan mendesak untuk mengembalikan perlembagaan 1812. Pertelingkahan ini kemudian dikenali sebagai Perang Saudara Sepanyol 1820-1823. Askar-askar Riego berkawat masuk ke bandar Andalusia dengan harapan untuk memulakan pemberontakan anti-diraja, tetapi kebanyakan penduduk bersikap tidak ambil peduli. Walau bagaimanapun, pemberontakan hanya bermula di Galicia, dan ini kemudianya tersebar dan diikuti seluruh Sepanyol. Pada 7 Mac, 1820, istana diraja di Madrid telah dikelilingi oleh askar-askar di arahan jeneral Ballesteros, dan pada 10 Mac, raja (Sepanyol) telah bersetuju untuk mengembalikan perlembagaan.

Pemberontakan dan pemulihan Perlembagaan Tahun 1820[sunting | sunting sumber]

Pengasasan yang baru (setelah perlembagaan) kerajaan "progressist" telah menaikan pangkat Riego untuk fil marsyal (sepangkat diatas kolonel jeneral atau jeneral dalam pangkat tentera) dan membuat dia jeneral-kapten bagi Galicia. Pada 8 Januari, 1821 beliau telah mengambil pemerintahan Aragon, dan berpindahkan di Saragossa. Pada 18 Jun tahun yang sama beliau berkahwin dengan sepupunya Maria Teresa del Riego y Bustillos. Pada 4 September 1821 disebabkan oleh satu pemberontakan republikan yang gagal, beliau telah dituduh kerana menyertai republikanisme dan dipenjarakan. Walau bagaimanapun, popularitinya yang tinggi, dan demonstrasi untuk pembebasannya di Madrid mendesak pembebasannya. Pada Mac, 1822 beliau telah dilantik untuk menjadi ahli Cortes Generales (Parlimen Sepanyol), dan secara tidak langsung beliau dibebaskan dari penjara.

Rafael del Riego, arka(patung) di Oviedo

Pada Disember 1822, di Kongres Verona, negara-negara Holy Alliance (Perikatan Suci) memutuskan bahawa republikan Sepanyol merupakan ancaman terhadap seimbang Eropah, dan Perancis telah dipilih untuk memperkenalkan semula kerajaan bebas di Sepanyol. Pada 7 April, 1823 tentera Perancis menyebrangi sempadan-sempadan (Sepanyol). Riego mengambil memerintah Tentera Ketiga, dan melawan penjajah (tentera Perancis) serta kumpulan-kumpulan tempatan penyokong setia (Raja Sepanyol). Tetapi pada 15 September beliau telah dikhianati, dan telah menjadi banduan di kampung Anquillas (Jaén). Beliau telah dibawa ke Madrid. Pengampunan mutlak yang telah diumumkan, mahkamah diraja mendapati Riego bersalah atas sebab khianat, hal ini kerana beliau seorang ahli parlimen yang mengundi untuk mengambil alih kuasa raja. Selepas ditembak mati dalam cuba untuk melarikan diri, pada 17 November 1823 mayat Rafael del Riego telah digantung di la Cebada squre di Madrid.

El Himno de Riego, lagu ditulis sebagai penghormatan kepada Riego dan juga merupakan lagu kebangsaan Republik Kedua Sepanyol (1931-1939). Pada ketika ini, potretnya dipamerkan dalam bangunan Cortes Generales.

Nota[sunting | sunting sumber]