Raja Farouk I

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Farouk I
King of Egypt and Sudan, Sovereign of Nubia, of Kordofan and of Darfur

Coat of arms of the Egyptian Kingdom.gif

Kingfarouk1948.jpg
Pemerintahan April 28, 1936 – July 26, 1952
Gelaran King of Egypt and Sudan, Sovereign of Nubia, of Kordofan and of Darfur
Lahir Templat:Birthdate
Cairo, Egypt
Mangkat 18 Mac 1965 (umur 45)
Rome, Italy
Dikebumikan Cairo
Pendahulu Fuad I
Pengganti Fuad II
Permaisuri Safinaz Zulficar, Nariman Sadek
Anakanda Princess Farial, Princess Fawzia Farouk, Princess Fadia, Fuad II
Dinasti Muhammad Ali Dynasty
Ayahanda Fuad I
Bonda Nazli Sabri


Raja Farouk I (11 Februari 1920 - 18 Mac 1965) merupakan raja mutlak yang mewarisi tampuk pemerintahan daripada bapanya Raja Fuad I pada tahun 1936. Raja Farouk adalah raja dari Dinasti Muhammad Ali. Gelaran baginda ialah 'Seri Paduka Farouk I, Raja Mesir dan sudan, jajahan Nubian, Kordofan dan Darfur'. Raja Farouk digulingkan dalam Revolusi Msir 1952 dan mati dalam buangan di Itali. Kakaknya Fawzia Shirin adalah isteri tua dan permaisuri Shah Iran Mohammad Reza Pahlavi.

Isi kandungan

[sunting] Biodata

Baginda adalah cucu lelaki Muhammad Ali Pasha dari keturunan Albania. Ibunya rakyat Mesir. Raja Farouk belajar di Akademi Militer Diraja, Woolwich, England.Selepas pertabalannya, raja yang berusia 16 tahun itu membuat ucapan di radio, dengan itu menjadi raja Mesir pertama yang berucap secara langsung kepada rakyatnya.

[sunting] Hidup mewah

Raja Farouk I yang masih remaja ini hanyut dengan kehidupan yang mewah. Walaupun mempunyai beribu ekar tanah, berdozen istana, dan beratus kereta, beliau tidak pernah merasa puas dengan kekayaannya. Malah, beliau sering melancung ke Eropah untuk membeli-belah.

Ketika kesukaran semasa Perang Dunia II, Raja Farouk I kerap dikritik kerana gaya hidupnya yang mewah. Keputusan Raja Farouk I untuk menyalakan kesemua lampu istananya di Alexandria manakala rakyat lain diperintah untuk memadam semua semua lampu ketika pengeboman tentera Itali-Jerman, telah menyebabkan beliau dibenci oleh rakyat jelata. Akibat penerusan penjajahan British, ramai rakyat Mesir termasuk Raja Farouk I mahu berpihak kepada Jerman dan Itali. Namun begitu Mesir kekal menyebelahi British.

[sunting] Suka mencuri

Apabila semakin berusia, Raja Farouk I mula mencuri barangan ketika membuat lawatan rasmi termasuk pedang istiadat daripada Shah Iran dan jam poket berharga daripada Winston Churchill. Raja Farouk I juga merupakan penyeluk saku yang handal dan turut mencuri daripada rakyat biasa sehingga dia digelar "Pencuri Cairo". Ini merupakan salah satu penyebab rampasan kuasa tentera 1952.

[sunting] Revolusi Mesir 1952

Disebabkan oleh tuduhan salahguna kuasa dan kekalahan Mesir ketika Perang Arab-Israel 1948, Raja Farouk I telah digulingkan dalam satu rampasan kuasa ketenteraan pada 23 Julai 1952, diketuai oleh Muhammad Naguib dan Gamal Abdel Nasser . Perang ini menyebabkan 78 tanah Palestin telah dirampas oleh Israel dan negara Israel telah ditubuhkan.

Raja Farouk 1 terpaksa turun takhta dan disingkirkan ke Monaco, dimana Raja Farouk 1 tinggal sepanjang hidupnya. Selepas Raja Farouk 1 disingkirkan, anaknya yang masih bayi diisytiharkan sebagai raja dengan gelaran Raja Fuad II.Pemerintahan beraja sebenarnya telahpun dimansuhkan. Pada tahun 1953 pemerintahan beraja dimansuhkan secara rasmi . Dinasti Muhammad Ali selama 150 berkahir. Mesir diistiharkan sebagai sebuah kerajaan republik. Pemerintahan baru dengan segera melelong koleksi harta peninggalan dan harta dicuri yang banyak.

[sunting] Hidup dalam buangan

Raja Farouk 1 hidup dalam buangan di Monaco dan kemudian di [[Rom],Itali. Pada tahun 1959 baginda diberi kewarganegaraan Monégasque.

Baginda terus hidup dengan cara hidup yang mewah dan terus dengan ketagihan untuk mengumpul harta benda. Kecenderungannya untuk makanan yang lazat menyebabkan Raja Farouk 1 menjadi gemuk mencecah 136 kg. Pada 3 March 1965, beliau rebah dimeja makan di sebuah restoran Itali selepas makan dengan banyaknya. Raja Farouk 1 meninggal pada 18 March 1965. Ada dakwaan baginda telah diracun tetapi tiada bedah siasat dilakukan ketika itu.


Pengkebumian sepatutnya di Masjid Al Rifa'saya di Kaherah ,tetapi permintaan itu telah ditolak oleh kerajaan Mesir di bawah Gamal Abdel Nasser. Akhirnya baginda dikebumikan di Itali. Tindakan Gamal Nasser menyebabka beliau tidak disenangi oleh rakyat Mesir yang masih mencintai zaman ekonomi mewah di bawah Raja Farouk I. Raja Faisal Arab Saudi setuju Raja Farouk dikebumikan di Arab Saudi. , Kemudian Presiden Nasser bersetuju bekas raja itu dikebumikan di Mesir, bukan dalam Masjid Al Rifai' tetapi di Makam Ibrahim Pasha.

[sunting] Perkahwinan

Raja Farouk I erkahwin dua kali. Pertama dengan Permaisuri Safinaz Zulficar (1921–1988), anak perempuan Pasha dan ditukar nama kepada Farida selepas perkahwinannya. Mereka berkahwin pada 1938, dan bercerai pada 1948 mendapat tiga orang anak perempuan.

Isteri keduanya adalah rakyat biasa bernama Narriman Sadek (1934–2005). Mereka berkahwin pada 1951, dan bercerai pada 1954, mempunyai seorang anak yang dikenali kemudian sebagai Raja Fuad II. Semasa dalam buangan di Itali, Farouk bertemu Irma Capece Minutolo, penyanyi opera, yang menjadi temannya. Pada 2005, Irma mendakwa berkahwin bekas Raja Farouk pada 1957.


[sunting] Anak-anak

  • Farial (1938-)
  • Fawzia (1940- 2005)
  • Fadia (1943-2002)
  • Fuad II (1952-)
Alatan peribadi
Ruang nama
Kelainan
Tindakan
Pandu arah
Perhubungan
Cetak/eksport
Alatan
Bahasa lain