Resident Evil: Extinction
| Resident Evil: Extinction | |
|---|---|
International poster |
|
| Pengarah | Russell Mulcahy |
| Penerbit | Paul W. S. Anderson Jeremy Bolt Robert Kulzer Bernd Eichinger Samuel Hadida |
| Pengarang | Paul W. S. Anderson |
| Lakonan | Milla Jovovich Ali Larter Oded Fehr Mike Epps Iain Glen Ashanti Douglas Matthew Marsden Chris Egan Spencer Locke |
| Muzik | Charlie Clouser |
| Sinematografi | David Johnson |
| Suntingan | Ryan Folsey |
| Pengedar | Screen Gems |
| Mula tayangan | September 20,2007 September 21,2007 October 5,2007 September 25,2007 September 27,2007 September 28, 2007 October 11, 2007 October 12, 2007 November 15,2007 |
| Tempoh tayangan | 95 minutes |
| Negara | Germany / UK / France |
| Bahasa | English |
| Perbelanjaan | $45,000,000 |
| Didahului oleh | Resident Evil: Apocalypse |
| Laman web rasmi | |
| Rujukan All Movie Guide | |
| Rujukan IMDb | |
Resident Evil: Extinction merupakan filem tahun 2007 , sebuah filem aksi, sains seram. Filem diadaptasi dari siri permainan komputer terbitan Capcom yang bercorak seram dan penyelamatan diri. Filem ini diarahkan oleh Russell Mulcahy dan produser Paul Anderson. Beberapa plot diadaptasi dari Resident Evil: Code Veronica dan kebanyakan watak-watak ganas seram diambil dari siri permainan komputer. Banyak situasi berada di dalam gelap dan zombi mengambil alih Gurun Mojave.
Filem Resident Evil: Extinction ini mula ditayangkan di Amerika Utara pada 21 Sptember 2007 . Di Malaysia, filem berstatus 18 SG, tidak sesuai untuk mereka 18 tahun ke bawah.
[sunting] Sinopsis
selepas insiden di Raccoon City pada 2002, banyak virus T tersebar hingga memusnahkan makhluk manusia dan binatang yang berubah menjadi hodoh , ganas dan bijak menyerang manusia lain. Jangkitan virus ini dengan mudah merebak ke tempat lain sehingga manusia yang tinggal di bawah tanah dan di gurun Mojave sahaja yang selamat. Syarikat Umbrella Corporation yang mengeluarkan dan menyelidik virus tersebut akhirnya tidak berupaya mengawalnya kerana ramai yang belot dan ingin mengambil keuntungan daripadanya. Selepas 5 tahun , semua manusia yang dijangkiti virus itu bertukar menjadi zombi dan dunia berada di pinggir kepupusan.
Di saat inilah munculnya pelakon utama Alice ( Milla Jovovich) yang mempunyai senjata hebat bio organik . Pelakon utama filem ini seorang wanita , mengetahui kedudukan beliau boleh dikesan dari stesen satelit. Dia merupakan seorang super-human iaitu mempunyai kuasa ajaib yang dibekalkan oleh Umbrella Corporation satu ketika dahulu. Dr. Sam Isaacs pula yakin dapat membangunkan penyembuh kepada virus T itu menerusi klon darah dari wanita tersebut. Sebenarnya telah banyak ujikaji telah dilakukan tetapi semuanya tidak berjaya. Ujian ini dilakukan di Hospital Raccoon City.
Sementara itu sebuah lori yang penuh dengan manusia yang selamat dari virus itu telah cuba mencari mereka yang selamat. Mereka yang terselamat ini termasuklah Claire Redfield (Ali Larter) , Carlos Olivera (Oded Fehr) ,LJ, (Mike Epps), K-Mart (Spencer Locke), Mikey (Egan) dan Nurse Betty (Ashanti).
Dari sebuah diari yang dijumpai di sebuah lokasi, Alice dapat tahu satu bandar di Alaska ada manusia yang hidup. Oleh itu mereka pergi ke sana.