National Geographic Wild

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
National Geographic Wild
National Geographic Wild logo in the UK
Dilancarkan 10 Ogos 2006
30 Ogos 2010 (Malaysia)
Dimiliki oleh National Geographic Society
Format gambar 576i (SDTV 4:3)
Jumlah penonton 0.1% UK
(Februari 2008, [1])
Menggantikan Adventure One UK
Saluran kembar National Geographic Channel, National Geographic Music
Laman sesawang ngwild.com
natgeowild.co.uk
Ketersediaan
Satelit
Digiturk Turki Saluran 82
Sky Digital UK Saluran 528
Digi TV Romania Saluran ?
DStv Afrika Selatan Saluran 261
SKY Italia Itali Saluran 405
Showtime Arabia Timur Tengah Saluran 213
Astro Malaysia Saluran 550
Kabel
Virgin Media UK Saluran 228
StarHub TV Singapura Saluran 77
UPC Ireland Saluran 216
RCS&RDS Romania Saluran 48
UPC Romania Saluran 51
Viet Bao CATV Vietnam Saluran 24
HOT Israel Saluran 45
Cable TV Hong Kong Hong Kong Saluran 56
Ziggo Belanda Saluran 205
UPC Belanda Saluran 316
Kbro Taiwan Saluran 97

National Geographic Wild, selalunya disebut sebagai Nat Geo Wild, ialah sebuah saluran televisyen berlangganan. Ia merupakan saluran terbaru yang dilancarkan National Geographic Society. Pertama kali dilancarkan di Hong Kong dan Singapura pada 10 Ogos 2006,[1] ditujukan pada program hidupan liar dan sejarah alam. Saluran ini kemudian dilancarkan di United Kingdom, Turki, Republik Ireland, Romania dan Vietnam menggantikan Adventure One. Saluran ini menjadi saluran kehidupan liar dwibahasa pertama di dunia, tersedia dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Kantonis di pasaran Hong Kong. Nat Geo Wild dilancarkan di Malaysia pada 30 Ogos 2010 sebagai saluran kuadribahasa dengan audio tersedia dalam bahasa Malaysia serta pilihan audio bahasa Inggeris, Mandarin dan Tamil.

Program[sunting | sunting sumber]

Program Nat Geo Wild bersumber dari berbagai bahan, termasuk pengedar United Kingdom dan Eropah, produksi bersama umum dan produksi National Geographic Television.[2] Semua program didasarkan pada kehidupan liar ala dan sejarah kehidupan liar, dengan fokus besar terhadap pemangsa kejam. Versi Britain dan Asia memiliki program yang dipusatkan pada kehidupan liar di wilayah tempatnya. Program terkenal meliputi:

  • Bug Brother
  • The Kill Zone
  • Gone Wild
  • Killer Instincts
  • Wild Asia
  • Crittercam

Ketersediaan[sunting | sunting sumber]

Saluran ini mencapai angka 10.5 juta penonton di Britain melalui penyedia TV berlangganan Sky Digital, Virgin Media. Di Republik Ireland, saluran ini disaksikan 500,000 penonton melalui UPC Ireland dan Sky Digital. Di Asia, saluran ini disiarkan melalui Star Hub dan Now TV. Showtime Arabia menyiarkan saluran ini bagi penonton Timur Tengah.

Menurut laporan pers, NGCI dijadualkan melancarkan saluran ini secara global, dengan perluasan ke Eropah, juga Afrika Selatan dan Israel.

Fail:National Geographic Wild (2007, Asia).jpg
Logo yang digunakan di pasaran Asia

Trivia[sunting | sunting sumber]

  • Versi Asia dan Britain sedikit berbeza pada penampilannya. Logo di Britain memiliki tanda guratan - kemungkinan untuk menggambarkan alam liar di saluran itu. Asia mengambil logo yang lebih generik.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]