Ryuji Sato

Laman separuh dilindungi
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Sato Ryuji
佐藤隆治
Nama penuh Sato Ryuji
Tarikh lahir (1977-04-16) 16 April 1977 (umur 47)
Nagoya, Wilayah Aichi, Jepun
Antarabangsa
Tahun Liga Peranan
2009-kini Disenarai FIFA Pengadil

Ryuji Sato (佐藤 隆治, Satō Ryūji, lahir 16 April 1977) ialah pengadil bola sepak antarabangsa dari Jepun. Beliau telah mengadili banyak perlawanan di Liga Juara-Juara AFC dan kelayakan Piala Dunia FIFA di peringkat antarabangsa. Beliau juga merupakan pengadil di Liga J1 di Jepun.[1]

Kontroversi

Piala AFF 2022: Malaysia lwn Vietnam

Perlawanan kumpulan B antara Malaysia dan Vietnam dicemari kontroversi, apabila Sato yang merasmikan perlawanan memberikan keputusan kontroversi secara tiba-tiba menghadiahkan penalti kepada Vietnam berikutan pertembungan antara pemain Malaysia Azam Azmi dan pemain Vietnam Đoàn Văn Hậu di luar kotak penalti yang menyaksikan Azam dibuang padang walaupun kekasaran serupa yang dilakukan oleh Văn Hậu terhadap Azam pula tidak diendahkan.[2][3] Aduan telah dibuat oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) terhadap Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) berhubung "persepsi berat sebelah terhadap tingkah laku perasmian Sato" sejak insiden serupa juga pernah berlaku sebelum ini dalam satu lagi pertemuan Malaysia-Vietnam dalam kelayakan Piala Dunia FIFA 2022 diadakan di Emiriah Arab Bersatu.[4][5] Namun begitu, lebih awal sebelum keputusan kontroversi itu dibuat; Sato telah mengumumkan bahawa 2022 akan menjadi yang terakhir dalam kerjaya pengadilnya apabila dia mengumumkan persaraannya menjelang akhir tahun.[6][7]

Piala Asia AFC

Piala Asia AFC 2019 – Emiriah Arab Bersatu
Tarikh Perlawanan Tempat Pusingan
7 Januari 2019  Iran Yaman Abu Dhabi Peringkat kumpulan
14 Januari 2019  Emiriah Arab Bersatu Thailand Al Ain Peringkat kumpulan
22 Januari 2019  Korea Selatan Bahrain Dubai Pusingan 16
25 Januari 2019  Emiriah Arab Bersatu Australia Al Ain Suku akhir

Rujukan

  1. ^ Profile
  2. ^ Kin Fai, Ooi (27 Disember 2022). "Malaysia fall to Vietnam in controversial AFF Cup match". New Straits Times. Dicapai pada 30 Disember 2022.
  3. ^ Looi, Sylvia (29 Disember 2022). "AFF Cup: Japanese referee draws ire of Malaysians after controversial red for defender in Vietnam clash". The Malay Mail. Dicapai pada 30 Disember 2022.
  4. ^ Azharie, Farah (29 Disember 2022). "Malaysia file complaint against Japanese referee". New Straits Times. Dicapai pada 30 Disember 2022.
  5. ^ "Malaysia Sudah Dua Kali Bermasalah dengan Wasit Ryuji Sato". CNN Indonesia (dalam bahasa Indonesia). 28 Disember 2022. Dicapai pada 30 Disember 2022.
  6. ^ "AFF Cup 2022: Trọng tài bắt chính trận Việt Nam - Malaysia nghỉ hưu" [Piala AFF 2022: Pengadil perlawanan Vietnam - Malaysia bersara]. VTV (dalam bahasa Vietnam). 29 Disember 2022. Dicapai pada 31 Disember 2022.
  7. ^ Cuong, Kim (31 Disember 2022). "Trọng tài bắt chính trận Việt Nam - Malaysia giải nghệ" [Pengadil perlawanan antara Vietnam dengan Malaysia bersara]. Đời sống Việt Nam.vn (dalam bahasa Vietnam). Dicapai pada 31 Disember 2022.